Depresi Bukan Gila

Depresi Bukan Gila Manusia hanya mahukan solusi untuk dikongsi, bukan kontroversi yang menambah depresi.

Cara kita bercakap sama ada dengan diri sendiri atau dengan orang lain boleh menyuburkan atau merosakkan seseorang.Bila ...
31/03/2026

Cara kita bercakap sama ada dengan diri sendiri atau dengan orang lain boleh menyuburkan atau merosakkan seseorang.

Bila kita ulang-ulang kata macam:

“aku gagal”,

lama-lama ia jadi kepercayaan dalam diri. Keyakinan jatuh, usaha pun jadi separuh jalan.

Tapi bila kita tukar naratif, contohnya:

“aku belum berjaya lagi”,

otak kita akan nampak ruang untuk cuba lagi. Bezanya halus, tapi kesannya besar.

Setiap orang ada kepakaran masing-masing. Ada orang hebat akademik, ada yang kuat dari segi emosi, ada yang kreatif, ada yang pandai bergaul.

Masalahnya masyarakat selalu ukur semua orang dengan satu pembaris yang sama. Bila tak capai standard tu, terus dilabel gagal.

Padahal mungkin dia cuma belum jumpa tempat dia bersinar.

Kata-kata ibarat baja dalam hidup. Apa yang kita tanam, itu yang akan tumbuh. Jadi jangan mudah melabel diri atau orang lain sebagai gagal. Debab setiap orang ada ladang dan musimnya yang berbeza.

Kadang orang bukan tak mampu, cuma belum jumpa tanah yang sesuai untuk dia tumbuh 🌱

Kita kena cakap terus terang, benda ni dah makin jadi masalah serius. Apa yang orang panggil Alcohol Use Disorder bukan ...
31/03/2026

Kita kena cakap terus terang, benda ni dah makin jadi masalah serius. Apa yang orang panggil Alcohol Use Disorder bukan sekadar s**a minum atau nak happy-happy. Ini ketagihan. Bila dah ketagih, otak pun dah tak jalan betul. Tahu salah, tapi tetap buat.

Masalahnya, ramai masih ambil ringan. Siap boleh gelak, normalize, buat macam biasa. Tapi hakikatnya, kesan dia bukan kena kat diri sendiri je... orang sekeliling pun kena tempias, kadang-kadang sampai hancur hidup.

Dalam rumah, orang yang minum ni mungkin rasa dia okay. Tapi pasangan dia? Anak-anak dia? Diorang yang tanggung stress, takut, trauma.

Anak-anak membesar dalam keadaan tak stabil. Hari ni ayah okay, esok balik mabuk. Jerit sana sini. Janji tak pernah ditepati.

Ini bukan sekadar keluarga ada masalah, ini luka yang boleh bawa sampai dewasa.

Bab paling tak boleh terima bila orang mabuk decide nak drive. Ini bukan lagi kesilapan, ini pilihan. Kau tahu kau mabuk. Kau tahu risiko. Tapi kau tetap pegang stereng.

Alkohol buat otak slow, fokus hilang, judgement hancur. Dalam beberapa saat je, boleh langgar orang. Dan mangsa tu selalunya orang yang tak bersalah. Rider nak balik kerja, family dalam kereta, orang lintas jalan.

Kau mabuk, tapi orang lain mati.
Itu realiti.

Selalu jadi, bila kes berlaku orang cepat kesian kat pemandu mabuk.

"Dia ada masalah... dia stress..."

Ya, betul. Ketagihan tu penyakit. Tapi bila kau pilih untuk drive dalam keadaan mabuk, itu bukan lagi semata-mata penyakit. Itu tindakan yang bahayakan orang lain.

Empati tak boleh sampai hilangkan tanggungjawab.

Pasal undang-undang, sampai bila nak berlembut?

Ada yang cadang haramkan terus penjualan arak. Itu satu sudut yang orang tengah bincang sebab nak kurangkan akses dan kes macam ni.

Tapi realitinya, kalau haram total tanpa kawalan yang betul, boleh jadi lagi teruk. Muncul pasaran gelap, minuman tiruan, lagi bahaya.

Jadi apa yang lebih penting sekarang:

• Undang-undang terhadap pemandu mabuk kena lebih keras, bukan sekadar denda ringan

• Penguatkuasaan kena konsisten, bukan bermusim

• Kawalan jualan kena ketat, bukan ses**a hati

• Rawatan untuk yang ketagih kena mudah capai

Simple je. Kalau kau nak rosakkan hidup sendiri, itu pilihan kau. Tapi jangan heret orang lain sekali.

Jalan raya tu bukan milik kau seorang. Setiap kali kau pegang stereng dalam keadaan mabuk, kau tengah letakkan nyawa orang lain dalam tangan kau tanpa izin mereka.

Dan bila benda buruk jadi, dah tak boleh patah balik.

31/03/2026

Justice For Amirul Hafiz Omar.

Ada kematian yang terlalu kejam untuk dipanggil sekadar kemalangan.

Seorang suami keluar rumah.
Seorang ayah keluar untuk urusan kecil.

Tetapi semuanya dirampas dalam beberapa saat sahaja, bila nyawa orang tidak berdosa dihentam oleh pemandu yang memilih untuk mabuk dan masih berani memegang stereng.

Yang pergi itu bukan sekadar nama.

Itu Amirul Hafiz Omar.

Seorang pencari rezeki.
Seorang ayah kepada anak-anak yang masih kecil.
Satu keluarga kini dipaksa belajar hidup dengan lompong yang tidak akan tertutup sampai bila-bila. 

Paling menyayat hati, mangsa bukan sedang mencari masalah. Beliau hanya meneruskan hidup seperti biasa. Tetapi dalam negara ini, orang baik pun boleh mati di jalan raya hanya kerana ada manusia lain yang mabuk, hilang pertimbangan,

Kita sudah terlalu lama lembut dengan pemandu mabuk.

Setiap kali tragedi berlaku, kita marah.
Setiap kali ada keluarga menangis, kita bersimpati.Kemudian beberapa minggu berlalu, semuanya senyap semula.

Sampai ada lagi mayat baru, ada lagi anak hilang ayah, ada lagi ibu hilang anak.

Ini bukan lagi isu individu semata-mata.
Ini isu keselamatan awam.
Ini isu kegagalan sistem mencegah sebelum nyawa melayang.

Kalau pemandu mabuk masih boleh membunuh orang di jalan raya, maknanya masih ada ruang besar yang belum diperketat.

Penguatkuasaan mesti lebih keras.
Sekatan mesti lebih tegas.
Pampasan untuk keluarga mangsa mesti lebih adil.
Dan hukuman mesti cukup berat sampai orang benar-benar takut untuk ulangi. 

Jangan panggil ini kemalangan kalau ia bermula dengan pilihan sedar untuk minum, mabuk, dan memandu.

Kepada keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar, rakyat melihat tangisan kalian.
Rakyat faham marah kalian.
Dan rakyat juga berhak bersuara bersama kalian.

Justice for Amirul Hafiz Omar.
Justice for every innocent victim of drunk driving.
Kerana orang yang tidak bersalah tidak patut mati hanya kerana orang lain memilih untuk mabuk.

Autisme ni majoritinya orang yang bijak. Cuma orang yang tak benar-benar faham keadaan mereka yang rasa tidak yakin dan ...
31/03/2026

Autisme ni majoritinya orang yang bijak. Cuma orang yang tak benar-benar faham keadaan mereka yang rasa tidak yakin dan mahu cuba ubah mereka ikut acuan yang dia mahukan.

🌟🧩 Autism Was Never Her Limit — Nur Syahirah Proved It with 10A in SPM 2025

Nur Syahirah Syazwani Zailani, 18, has shown that autism does not define a person’s ceiling. Her story gained attention after she was reported to have achieved 10A in SPM 2025, a result that stands as a powerful reminder that autistic individuals can thrive when their strengths are recognised and supported.

Timeline
Start → Nur Syahirah was diagnosed with autism by specialists at Hospital Raja Perempuan Zainab II.
SPM 2025 → She sat for the national examination and achieved an outstanding 10A result.
31 Mar 2026 → Her achievement was highlighted publicly, inspiring many with a story of perseverance, ability, and success.
Now → Her result stands as a strong example that autism is not a barrier to academic excellence.

💙 Every child deserves to be seen beyond a label.
📚 With the right support, potential can speak louder than limitation.

📍 Autism Talent is a therapy centre based in Cheras, Kuala Lumpur, dedicated to helping autistic children thrive through personalised ABA therapy, communication support, and life skills programmes. If you’re looking for autism support and therapy services in Cheras, Kuala Lumpur, we’re here to guide your child every step of the way.

Contact us at 017-879-2697

31/03/2026

Pernah tak rasa, bila nak mulakan sesuatu, mula-mula rasa semangat je. Tetapi, bila dah mula, terus rasa tak semangat?

Ataupun, mula-mula mood ok je.
Tiba-tiba je datang mood tak ok. Rasa nak menangis, rasa down, rasa tak berguna. Tengah gembira pun tiba-tiba boleh jadi sedih. Sampai pernah fikir:

"Aku gila ke?"

Lama-lama saya sedar, sebenarnya bukan saya yang gila, tetapi terlalu banyak memendam, mendengar yang negatif tanpa tapisan, kuat sangat berfikir sehingga terlampau jauh ke laut dalam.

Saya seorang yang sensitif. Disebabkan sensitif ini, saya mudah serap emosi orang lain. Yang baik, alhamdulillah. Tetapi apabila yang datang membawa emosi yang tak cantik, saya pun serap juga. Ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada emosi saya. Sebab itu, bila berlaku perkara ini, yang negatif mula menyerang fikiran dan saya hanya mampu menepis sedikit demi sedikit untuk hilangkan rasa tak berguna.

Saya anggap apa yang saya rasa ini sebagai cara untuk muhasabah diri. Allah sahaja yang tahu kekuatan saya. Perasaan ini Allah adakan pasti ada sebab kan?

Tapi macamana nak atasi rasa tak semangat tiba-tiba ni?

1. Rehatkan diri. Jangan paksa buat sesuatu yang boleh membuatkan kita makin down.
2. Cari perkara yang boleh menghilangkan rasa itu. Sebagai contoh, hobi melukis.
3. Tukar suasana. Jalan-jalan. Tadabbur alam.
4. Ingat tujuan asal kita.
5. Be soft on yourself. Jangan keras sangat. Ingat, kita ni manusia. Bukan robot.

Alhamdulillah. Lega p**a rasa dapat menulis malam ni. Terima kasih kepada yang sudi membaca. 🥰

31/03/2026

Tak kira apapun keputusan SPM yang adik-adik dapatkan, ucapkan tahniah pada diri sendiri.

31/03/2026

'Brain fog' ialah sindrom apabila seseorang mengalami kes**aran untuk memberi tumpuan dan menumpukan perhatian pada satu perkara. Walaupun ia mungkin tidak berbahaya, rawatan segera digalakkan bagi mengelakkan gangguan dalam kehidupan seharian.

Ditulis oleh : Nurul Farah Iman, pelajar psikologi UTM
Disahkan oleh : Psikologis Klinikal Jiwadamai

Jangan malu untuk berkongsi dengan kami pada ruangan komen dan bantu kami untuk sebar-sebarkan pengisian yang baik dan berguna untuk semua.

Terus ikuti kami dengan pelbagai lagi pengisian menarik dan berguna mengenai psikologi.

☎️ 017-269 4852 (Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai)

Lokasi : Shah Alam, Klang, Kota Damansara, Putrajaya, Gombak, Gua Musang

Ayat “Saya cuma nak bantu” sering kedengaran mesra, meyakinkan, dan nampak profesional. Tapi dalam realiti sebenar, ayat...
30/03/2026

Ayat “Saya cuma nak bantu” sering kedengaran mesra, meyakinkan, dan nampak profesional. Tapi dalam realiti sebenar, ayat ini kadang-kadang hanya berhenti sebagai skrip komunikasi, bukan tindakan.

Dalam banyak situasi, akan ada individu yang cepat menawarkan bantuan di hadapan orang ramai atau dalam mesyuarat. Mereka nampak proaktif, seolah-olah boleh diharapkan.

Namun apabila tiba masa untuk melaksanakan, mereka mula menghilang. Sibuk dengan hal lain, beri alasan, atau sekadar diam tanpa sebarang susulan. Akhirnya, beban kerja itu tetap jatuh kepada orang yang sama.

Inilah realiti yang jarang dibincangkan secara terbuka, wujudnya budaya sweet talker. Mereka pandai membina persepsi, tapi kurang dari segi komitmen. Kata-kata mereka membina harapan, tapi tindakan mereka tidak menyokong.

Kesan daripada situasi ini bukan kecil. Contoh di tempat kerja, rakan sekerja yang benar-benar bekerja akan mula rasa:

• Penat kerana memikul tanggungjawab tambahan
• Kecewa kerana harapan tidak dipenuhi
• Hilang kepercayaan terhadap pas**an

Lebih lama keadaan ini berlaku, lebih mudah tercetusnya konflik dalaman, walaupun tidak diluahkan secara terang-terangan. Hubungan kerja jadi renggang, komunikasi jadi hambar, dan suasana kerja bertukar menjadi toksik secara perlahan.

Dalam dunia kerja yang sihat, bantuan bukan diukur melalui kata-kata, tetapi melalui konsistensi tindakan.

Kadang bantuan itu tak perlu besar, cukup sekadar buat apa yang dijanjikan, atau bertanya semula jika masih diperlukan. Itu sudah cukup untuk membina kepercayaan.

Hakikatnya, tidak salah untuk tidak mampu membantu. Yang menjadi masalah adalah apabila seseorang memilih untuk berkata ya tetapi tidak menunaikan. Kejujuran sebenarnya lebih bernilai daripada janji yang tidak ditepati.

Tempat kerja bukan sekadar ruang untuk menunjukkan imej profesional, tetapi ruang untuk membina integriti.

Kerana dalam jangka masa panjang, orang tidak akan ingat siapa yang paling banyak bercakap, tetapi mereka akan ingat siapa yang benar-benar hadir dan membantu ketika diperlukan.

29/03/2026

Stress dan depression bukan benda yang sama.

Ada orang yang sedang stress, lalu bila dia kemas rumah, susun barang, mop lantai, dia rasa sedikit lega. Ya, itu boleh berlaku. Sebab dia sedang mencari rasa kawalan dalam hidup yang sedang berselerak.

Tapi bagi orang yang mengalami major depression, bangun dari katil pun boleh terasa seperti mengangkat batu yang sangat berat. Nak mandi pun susah. Nak makan pun tak lalu. Nak balas mesej pun rasa penat. Dunia jadi kelam, badan jadi lemah, hati jadi kosong.

Dalam keadaan itu, menyuruh dia berus lantai sampai berkilat bukan nasihat yang membantu. Kadang-kadang itu cuma menambah rasa gagal, malu, dan bersalah.

Inilah masalah bila masyarakat masih keliru antara penat biasa, stress, burnout, dan depression.

Bila orang kemurungan tidak mampu berfungsi seperti biasa, mereka bukan sedang mengada-ngada. Mereka bukan malas. Mereka bukan kurang iman.

Mereka sedang SAKIT

Kita tak suruh orang yang patah kaki berlari untuk sembuh.

Jadi kenapa kita suruh orang yang jiwanya sedang patah buat kerja berat untuk “pulih sendiri”?

Ya, rutin kecil kadang-kadang boleh membantu sesetengah orang. Buka langsir. Basuh muka. Duduk di luar sekejap. Minum air. Lipat sehelai dua baju. Tetapi itu bukan penyelesaian untuk semua. Lebih-lebih lagi jika seseorang sudah sampai tahap hilang harapan, hilang fungsi, hilang minat, dan rasa hidup ini terlalu berat untuk diteruskan.

Kita perlu bekerja lebih kuat untuk mendidik masyarakat tentang beza stress dan depression.

Sebab selagi kita masih menyamakan penyakit mental dengan “kurang rajin”, selagi itu ramai orang akan terus diam, terus menanggung sendiri, dan terus rasa mereka gagal hanya kerana tidak mampu melakukan perkara yang orang sihat anggap mudah.

Jangan permudahkan depression.
Jangan hina kesakitan yang kita sendiri belum pernah rasa.

Address

Sabak
45200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Depresi Bukan Gila posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Depresi Bukan Gila:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram