Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam

Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam Ini merupakan page rasmi Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam.

Berperanan untuk memaparkan hebahan dan maklumat berkaitan aktiviti di hospital ini disamping memberi maklumat penting yang berkaitan dengan kesihatan kepada orang ramai.

MAKLUMAN:KENYATAAN SEBUT HARGA Bagi kerja-kerja naiktaraf sistem pendawaian elektrik di Kuarters Kakitangan Hospital Ten...
20/02/2026

MAKLUMAN:

KENYATAAN SEBUT HARGA Bagi kerja-kerja naiktaraf sistem pendawaian elektrik di Kuarters Kakitangan Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam.

Sila Rujuk pada Iklan yang tertera.

Hebahan Umum:Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam MADANI. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Bersyukur ke hadrat Allah s...
17/02/2026

Hebahan Umum:

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam MADANI. Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Bersyukur ke hadrat Allah swt di atas segala limpah kurniaNya kita sampai semula di bulan yang mulia lagi barakah iaitu Ramdhan.

Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) melalui jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HTAJ) dan jawatankuasa Surau Al Ikhlas (HTAJ) ingin mewar-warkan kepada orang ramai mengenai penganjuran Solat Sunat Tarawih sepanjang bulan Ramadhan di Surau Al Ikhlas (HTAJ) bagi tahun kedua semenjak penubuhan Surau Al Ikhlas (HTAJ).

Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan dan mengajak orang ramai yang berada di Hospital Tengku Ampuan Jemaah untuk sama-sama melaksanakan solat sunat tarawih. Solat sunat tarawih ini diimamkan oleh pelajar Mahaad Tahfiz As Solehin Sungai Besar, Selangor. Moreh juga disediakan selepas selesai solat sunat tarawih.

Marilah kita sama-sama mengumpul sebanyak mungkin pahala dan sebarkan kebaikan serta silaturrahim di bulan yang mulia ini. Moga asbab dari segala kebaikan, kita semua dipilih oleh Allah swt menjadi penghuni syurga dan mendapat syafaat dari junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubbarak 1447H.

Makluman | Gangguan talian telefon di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam. Maaf atas kesulitan ini.
03/02/2026

Makluman | Gangguan talian telefon di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam. Maaf atas kesulitan ini.

Sabak Bernam, 28.01.2026 | Berlangsung Program Penghayatan Nilai-Nilai Murni (Bacaan Yasin dan Tahlil) di Hospital Tengk...
29/01/2026

Sabak Bernam, 28.01.2026 | Berlangsung Program Penghayatan Nilai-Nilai Murni (Bacaan Yasin dan Tahlil) di Hospital Tengku Ampuan Jemaah bagi tahun 2026.

Program di anjurkan oleh Unit Pengurusan dan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI), dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH).

Program berlangsung di Surau Al-Ikhlas HTAJ .

Program ini dihadiri oleh Pengarah Hospital HTAJ, Ahli ALPH, Kakitangan HTAJ dan juga Kakitangan Radicare.

Merafak Sembah Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selan...
11/12/2025

Merafak Sembah Tahniah dan Ucap Selamat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku dan sentiasa berada dibawah lindungan Allah.

Daulat Tuanku!

PENILAIAN AKREDITASI MSQH EDISI KE-6 HOSPITAL TENGKU AMPUAN JEMAAH SABAK BERNAMHospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Berna...
31/10/2025

PENILAIAN AKREDITASI MSQH EDISI KE-6
HOSPITAL TENGKU AMPUAN JEMAAH SABAK BERNAM

Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam telah berjaya melalui Penilaian Akreditasi MSQH Edisi Ke-6 pada 27 hingga 29 Oktober 2025 yang lalu.

Penilaian ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Hospital untuk memastikan setiap aspek pengurusan, kualiti perkhidmatan klinikal, keselamatan pesakit dan juga penyelenggaraan alatan dan fasiliti berada pada tahap optimum, selaras dengan piawaian Malaysian Society for Quality in Health (MSQH).

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan Surveyor yang terdiri daripada Dr. Mithali Abdullah sebagai Ketua Surveyor, Prof Dr. Mohamed Rusli bin Abdullah, Assc. Prof. Dr. Tan Chew Khang, Madam Sarasivathy a/p Eddiah dan En. Md Jukni Hussin di atas segala nasihat dan teguran yang membina sepanjang 3 hari tersebut.

Fun Run HTAJ 2025Sabak Bernam, 11.10.2025 : Bersempena Hari Sukan Negara Pihak Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bern...
14/10/2025

Fun Run HTAJ 2025

Sabak Bernam, 11.10.2025 : Bersempena Hari Sukan Negara Pihak Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam telah mengadakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Hospital pada 11/10/2025.

Sambutan Hari Sukan Negara ini melibatkan anggota hospital dan org awam. Sambutan ini di rasmikan oleh Ahli Lembaga Pelawat Htaj.

Pelbagai acara yang djalankan selain Fun Run iaitu, sukaneka untuk org awam, cabutan bertuah dan acara rumah sukan antara anggota hospital. Program ini dijalankan agar warga Sabak Bernam mengaktifkan diri dan menerapkan gaya hidup yang sihat.

Jom beramai-ramai datang derma darah ☺️..
08/10/2025

Jom beramai-ramai datang derma darah ☺️..

Selamat petang!

Setitis darah anda amat bermakna, kerana ia mampu menyelamatkan nyawa!

πŸ—“οΈ : Khamis, 9 Oktober 2025
πŸ“ : Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam.
⏰: 9.00 pagi - 2.00 petang

Jangan tunggu lagi, mari hadir beramai-ramai! Setitis darah anda mungkin jadi penyelamat untuk seseorang di luar sana.

Assalammualaikum dan Salam sejahtera Team HTI akan berada di *HTAJ* pada esok hari *Khamis, 9 Oktober 2025* jam *9.00 pa...
08/10/2025

Assalammualaikum dan Salam sejahtera

Team HTI akan berada di *HTAJ* pada esok hari *Khamis, 9 Oktober 2025* jam *9.00 pagi sehingga 2.00 petang*.

Jemput hadir untuk menderma. Bantu kami war war kepada rakan dan keluarga yang ingin menderma πŸ˜‡

Unit Transfusi Darah Hospital Teluk Intan akan hadir ke HTAJ untuk program derma darah bulan September seperti ketetapan...
10/09/2025

Unit Transfusi Darah Hospital Teluk Intan akan hadir ke HTAJ untuk program derma darah bulan September seperti ketetapan berikut:

πŸ“Makmal Patologi, HTAJ, Sabak Bernam
πŸ—“ Khamis, 11 September 2025
πŸ•’ 9.00 pagi - 2.00 petang

Kami menjemput anda untuk tampil sebagai wira dengan menderma darah. Setiap titisan amat bermakna untuk mereka yang memerlukan πŸ˜‡

29/07/2025
12/06/2025

*[HEBAHAN]*
*IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MySTEP DI BAWAH INISIATIF MALAYSIA SHORT-TERMA EMPLOYMENT PROGRAMME TAHUN 2025*

Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam ingin mempelawa warganegara yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan
MyStep seperti berikut:

*JAWATAN* :
1. Personel Mystep (SPM/Gred 1) - 1 KEKOSONGAN

*GAJI DITAWARKAN* : RM1,700 SEBULAN
*KEMUDAHAN* : CUTI REHAT DAN CUTI SAKIT

*SYARAT KELAYAKAN:*
1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
2. Memiliki kelulusan minima Sijil Pelajaran Malaysia.
3. Mahir menggunakan komputer

Permohonan boleh dibuat di atas talian seperti berikut :

https://candidates.myfuturejobs.gov.my/search-jobs?jobId=05eafe0be6564fbbbc621f100d87a414

*PERMOHONAN DIBUKA DARI 12 JUN 2025 SEHINGGA 18 JUN 2025*

**Hanya calon yang berjaya akan dipanggil ke sesi temuduga.

Sekian, terima kasih.

Address

Jalan Hospital
Sabak
45200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category