Pusat Rawatan Islam As'Syifah

Pusat Rawatan Islam As'Syifah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Rawatan Islam As'Syifah, Medical Center, Sandakan.

Kami dari pusat Rawatan Islam As'Syifah menyediakan perkhidmatan Rawatan Islam

perkhidmatan yang di sediakan seperti berikut οΏ½

membantu menyelesaikan masaalah gangguan jin sihir/saka/santau & penyakit misteri Dan lain-lain

π—£π—˜π—‘π—œπ—‘π—š π—žπ—˜π—£π—”π—Ÿπ—” π—”π—‘π—”π—ž π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨ π— π—˜π—₯π—”π—šπ—”π—  & π— π—˜π—‘π—”π—‘π—šπ—œπ—¦ π—ͺπ—”π—žπ—§π—¨ π— π—”π—Ÿπ—”π— ? 😨Boleh jadi disebabkan gangguan-gangguan yang ada dirumah. Ibu...
13/08/2025

π—£π—˜π—‘π—œπ—‘π—š π—žπ—˜π—£π—”π—Ÿπ—” π—”π—‘π—”π—ž π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—Ÿπ—¨ π— π—˜π—₯π—”π—šπ—”π—  & π— π—˜π—‘π—”π—‘π—šπ—œπ—¦ π—ͺπ—”π—žπ—§π—¨ π— π—”π—Ÿπ—”π— ? 😨
Boleh jadi disebabkan gangguan-gangguan yang ada dirumah. Ibubapa perlu segera rawat anak dengan Wangian Kasturi Kijang Asli Kami.

=-=-=-=-=-=--=-=-=
βœ… Wangian sunnah kegemaran Nabi kita
βœ… Benteng diri & keluarga dari gangguan
βœ… Mengelakkan mimpi yang menakutkan
βœ… Menenangkan jiwa yang tidak tenteram

Beberapa pesakit kami telah mendapat manfaat daripada Wangian Kasturi Kijang Kami.
Jom dapatkan dengan Harga,
SPECIAL BULAN NI!
Nak Cod πŸ‘‰ Area sandakan
Luar daerah post

Untuk info lanjut boleh klik butang whatsapp dibawah

wassap.my/60146058637/pmkasturikijang
wassap.my/601151703274/pmkasturikijang

PAGAR RUMAH DIGANGGU JINRamai yang mengadu pada saya semasa sesi rawatan, rasa resah gelisah bila balik ke rumah, ada sa...
13/01/2024

PAGAR RUMAH DIGANGGU JIN

Ramai yang mengadu pada saya semasa sesi rawatan, rasa resah gelisah bila balik ke rumah, ada sahaja perkara tak kena bila ada dirumah, rasa diperhatikan, rasa ada kelibat lalu lalang, anak-anak kuat mengamuk menangis, kita sendiri mudah marah, terasa panas.. pendek kata rasa tak seronok berada di rumah sendiri. Bila nak balik kampung rasa takut, sebab nak tidur sahaja ada bunyi-bunyi atau benda yang menyeramkan, anak-anak sering jatuh sakit bila ada dirumah pusaka tokwan. Isteri kerap mimpi didatangi lembaga menakutkan tiap kali cuti dirumah mak ayah kita.

Bagaimana mahu atasi masalah begini?
Semua masalah ini berpunca dari pada gangguan jin sama ada pada diri sendiri atau pun ahli keluarga. Untuk mengatasi masalah ini, perkara pertama yg perlu dilakukan adalah dgn merawat gangguan yg ada pada diri dan juga bina benteng pertahanan diri melalui amal ibadat, zikir-zikir benteng diri yang disarankan oleh Rasulullah SAW. Kenapa perlu rawat gangguan yg ada pd diri dahulu?
Bila ada gangguan jin pada diri seperti saka & sihir, jin yang menganggu kita itu akan turut menganggu rumah tempat kediaman kita. Jin ini sudah menjadi tugasnya merosakkan kehidupan manusia. Bila rumah diganggu, sebagai pesakit gangguan kita akan mudah rasa stress dan tertekan. Tekanan akan menyebabkan pesakit gangguan menjadi lebih lemah dan putus asa.
Perkara ini memudahkan jin menyakiti manusia dan merampas akal fikiran manusia yg diberi Allah. Akal fikiran adalah kelebihan yang dikurniakan Allah khusus buat manusia. Janganlah kita menjadi penyumbang pada kemenangan jin dan syaitan dengan sifat putus asa.. teruskan rawatan tanpa jemu. Bila sihat mudah untuk kita tumpu pada amal ibadat dan melindungi diri.

Nabi Muhammad SAW telah mengajarkan kepada kita beberapa kaedah yang mudah dan berkesan bagi memelihara dan menjaga tempat kediaman:

1) Pastikan rumah kita bersih dari segala perkara khurafat dan syirik yang menghalang kedatangan malaikat rahmat. Perbuatan menggantung tangkal, azimat, wafaq, gambar atau patung yang dipuja merupakan perbuatan syirik. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud: ”Sesungguhnya jampi, tangkal dan tiwalah itu syirik.”

2) kita perlu pastikan kediaman kita bersih dari patung-patung hiasan dan juga anjing. Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada kedua-dua perkara ini.

Sabda Nabi SAW dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:β€œSuatu ketika Malaikat Jibril berjanji kepada Nabi yang mana dia akan datang menemui Nabi, tetapi dia tidak datang-datang. Dan kemudiannya dia (Jibril) memberitahu: β€œKami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.”

Sebahagian ulama mentafsirkan perkataan anjing dalam hadis di atas merujuk kepada syaitan dan jin yang jahat. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Thalabah al Khisyni r.a.: β€œJin terdiri dari tiga golongan: Golongan yang bersayap terbang di udara, golongan yang berupa ular serta anjing dan golongan yang menetap dan berpindah randah.”
Perlu diketahui bahawa tangkal dan azimat serta pagar pendinding merupakan kediaman dan tumpuan jin. Selain itu, jin juga s**a mendiami barang-barang pusaka yang ditinggalkan oleh seseorang yang diketahui mempunyai amalan khurafat seperti senjata atau barang perhiasan lama. Sekiranya kita mahu malaikat datang membawa rahmat ke dalam kediaman kita, maka kita perlu memastikan barang-barang yang menjadi sarang dan tempat tinggal jin itu dimusnahkan.

3) laungkan azan di premis atau kediaman kita. Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru atau mana-mana premis bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Menurut satu hadis Rasulullah s.a.w., sesebuah premis atau rumah yang ditinggalkan kosong tanpa penghuni akan dimasuki sejenis jin yang bernama al-’Ammar.
Apabila dilaungkan azan, syaitan yang berada di sekeliling kita akan melarikan diri. Imam al-Bukhari meriwayatkan satu hadis dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda: ”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu p**a apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali.” Imam Muslim dalam sahihnya: Dari Abu Sufyan dari Jabir beliau berkata aku mendengar Nabi SAW bersabda Sesungguhnya syaitan ketika ia mendengar seruan azan, ia lari hingga sampai ke Rauha.” Berkata Sulaiman, maka aku bertanya tentang Rauha. Maka ia menjawab ia adalah satu tempat yang terletak kira-kira 36 batu dari Madinah." Disarankan agar azan dilaungkan sebanyak 7 kali.

4) Bacalah al-Quran di rumah khususnya surah al-Baqarah. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: β€œJanganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah al-Baqarah.” Selain surah al-Baqarah, surah lain yang disarankan untuk dibaca ialah surah Yasin, ayat al-Kursi, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Nas.

5) Memperbanyakkan solat dan ibadah-ibadah sunat di rumah. Imam al-Baihaqi meriwayatkan satu hadis dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: β€œSinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran.”
Jika benar-benar ada gangguan selain lakukan kelima-lima diatas:
Perlu pagar rumah juga ya bagi mematikan unsur sihir, saka atau sebagainya.

TIPS MUDAH PAGAR RUMAH

Sebelum memulakan proses pagar rumah, pastikan didalam rumah tiada tersimpan segala jenis tangkal, azimat dan perkara-perkara syirik seperti alat atau bahan-bahan yang pernah diberi oleh bomoh-bomoh atau perawat yang ada pendamping. Buang semuanya dan matikan segala tangkal azimat yg ada. Ini perlu di lakukan bagi memastikan proses pagar rumah yg dijalankan tidak sia-sia.
Saya kongsikan kaedah mudah bersihkan rumah ya..boleh ikuti seperti dibawah.

Bahan-Bahan:
1) Minyak Wangi kasturi As-syifa
2) Botol spray berisi air

Cara Pagar Rumah:
1) Masukkan 3Titisan wangian kasturi kijang as-syifa
2) Baca al-fatihah 3 kali
3) Baca 3 Qul 3 kali (niat untuk bersih dan pagar rumah)
4) Isikan campuran td ke dalam bekas spray.
5) Spray dinding rumah bermula pintu hadapan (ikut lawan arah jam) sehingga keseluruhan rumah sambil baca ayat qursi tanpa henti. Akhiri dengan azan ditengah rumah.
6) Rumah wangi harum semerbak, ada bau Kasturi kijang as-syifa. sudah diruqyah dengan bacaan khusus utk bersihkan rumah. Boleh cuba ya.
7) Ini langkah asas untuk bersihkan rumah, kita usaha langkah demi langkah. Insyaallah ada pelbagai usaha yang boleh kita usahakan.

Semoga Allah permudahkan kita semua.

Address

Sandakan
90300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60146058637

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Islam As'Syifah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Rawatan Islam As'Syifah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category