10/10/2025
💚Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 💚
Sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun, satu program sambutan telah berjaya dilaksanakan di Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam, Sandakan. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Psikiatri, Hospital Duchess of Kent Sandakan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Kesihatan Mental Sandakan serta barisan ahli jawatankuasa penganjur yang berdedikasi.
Pelaksanaan program ini merangkumi pelbagai pengisian yang bermanfaat, antaranya aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh Nadiah Fit Dance, pameran kesihatan mental, serta forum bertemakan “Menganyam Harapan Selepas STPM: Jejak Pertama ke Gerbang Kedewasaan.”
Pameran kesihatan mental ini turut disertai oleh lima agensi dan bahagian utama, iaitu MENTARI Elopura Sandakan, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Sandakan, Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, Unit Pemulihan Carakerja Hospital Duchess of Kent Sandakan, dan Jabatan Penjara Sandakan. Setiap agensi telah mempersembahkan bahan pameran interaktif, risalah maklumat, serta aktiviti yang menarik. Melalui pendekatan ini, para peserta bukan sahaja dapat memperoleh ilmu, malah turut berpeluang berinteraksi secara langsung dengan petugas profesional bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan sokongan dan intervensi awal kesihatan mental.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Dr. Mohd Fahmie bin Othman, Pengarah Hospital Duchess of Kent Sandakan; Tuan Haji Jefri bin Abdul Ahmad, Pengarah Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam.
Tidak dilupakan, ucapan penghargaan ditujukan kepada Dr. Nur ‘Aqilah Mohd Hodori, mantan Ketua Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental HDOK selaku Penasihat Program, serta Dr. Nurhaidah binti Mohmad Rouyan, Ketua Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental HDOK atas sokongan berterusan dalam perancangan program serta komitmen tinggi terhadap inisiatif kesihatan mental di peringkat komuniti.
Ucapan penghargaan turut disampaikan kepada panelis jemputan yang telah berkongsi pandangan dan pengalaman berharga sepanjang sesi forum, iaitu Cik Rachel Chai ( Kaunsellor Hospital Duchess of Kent Sandakan) , Puan Nur Ira Fazierah Binti John (wakil PERKESO) , dan Encik Dongo Hanann Olson (wakil pelajar UMS) . Sumbangan ilmu serta perspektif yang dikongsikan amat bermakna dalam meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai isu kesejahteraan mental dalam kalangan pelajar prauniversiti.
Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada Kelab Seni Kebudayaan Kolej Tingkatan Enam Datuk Pengiran Galpam atas persembahan istimewa yang telah menyerikan lagi suasana sambutan. Komitmen dan bakat para pelajar dalam mempersembahkan elemen seni dan budaya tempatan telah menambahkan seri serta semangat positif sepanjang program berlangsung.
Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada para penaja, iaitu K2 Life Water Industries Sdn. Bhd., Novelty Bakery & Confectionery Sdn Bhd., Encik Chan Boon Thian daripada Ahli Lembaga Pelawat Psikiatri HDOK, serta Pn. Amnah (pesara staf Psikiatri) atas sumbangan dan kerjasama yang amat bermakna.
Pihak penganjur juga merakamkan penghargaan kepada lebih 600 orang peserta yang telah mengambil bahagian. Ribuan terima kasih kepada Pengerusi Program Dr. Lynncilla Shakira, Pengarah Program Dr. Ong Jing Heng, bersama ahli jawatankuasa penganjur atas komitmen dan dedikasi tinggi dalam memastikan kelancaran keseluruhan acara.
Semoga usaha sebegini dapat terus memperkukuh kesedaran, kefahaman, dan kesejahteraan mental, khususnya dalam kalangan golongan remaja.