Pejabat Kesihatan Segamat

Pejabat Kesihatan Segamat Pejabat Kesihatan Segamat official page. https://jknjohor.moh.gov.my/pkdsegamat/

02/03/2026

Pastikan anda minum air yang cukup di bulan Ramadan.

Jom ikuti tip minum 8 gelas air 🚰 supaya anda kekal hidrat sepanjang hari.



Ismuni Bin Bohari
Program Kesihatan Awam, KKM

02/03/2026

Selepas seharian berpuasa, memang rasa tak sabar nak makan. Tapi ingat… badan kita perlukan masa ⏳
Tubuh mengambil masa sekitar 15–20 minit untuk menghantar isyarat kenyang ke otak.

Jadi,
👉 Makanlah dengan tenang.
👉 Kunyah perlahan-lahan.
👉 Nikmati setiap suapan.

Bila kita makan terlalu laju, kita cenderung untuk terlebih makan tanpa sedar dan membuatkan kita rasa tidak selesa, perut kembung dan terlalu kenyang.
Berbuka bukan perlumbaan 😊
Ambil masa, kawal diri dan dengar isyarat tubuh.




02/03/2026

Susu kaya dengan protein, vitamin dan kalsium yang mudah diserap badan. Pengambilan susu harian membantu memenuhi keperluan kalsium, dan semua jenis susu adalah pilihan berkhasiat. ✨

Orang dewasa perlu ambil 2 sajian susu atau produk tenusu sehari untuk manfaat kesihatan🥛✨

Susu penuh krim sesuai untuk individu aktif yang memerlukan lebih kalori, manakala susu rendah lemak sesuai untuk mereka yang ingin mengawal pengambilan lemak dan kalori.

Baca label untuk kenal pasti kandungan nutrien dan pilih susu dengan Logo Pilihan Lebih Sihat. ✔️




📢  𝐏𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 ‼️ 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬 𝐃𝐞𝐦𝐚𝐦 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐝𝐢 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐠𝐚𝐦𝐚𝐭.Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu je!Bersihk...
02/03/2026

📢 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 ‼️ 𝐊𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬 𝐃𝐞𝐦𝐚𝐦 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐝𝐢 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐠𝐚𝐦𝐚𝐭.

Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu je!
Bersihkan dalam & luar rumah.
Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

每个星期只需抽出10分钟时间
清理屋内和屋外
防止黑斑纹的滋生

வாரம் ஒன்றுக்கு குறைந்தது 10 நிமிடம் ஒதுக்குங்கள்!
வீட்டின் உள்ளும் வெளியும் சுத்தம் செய்யுங்கள்.
ஏடிஸ் (Aedes) கொசுக்கள் இனப்பெருக்கும் இடங்களை அழிக்குங்கள்.”

28/02/2026

🌙 5S Kekal Bertenaga di Bulan Ramadan

Nak kekal cergas dan bertenaga sepanjang berpuasa? Amalkan konsep 5S sebagai panduan harian anda! 💪✨

🥣 Sahur – Jangan tinggal
🍽️ Sederhana – Elak makan berlebihan
🥗 Seimbang – Ikut konsep
🌾 Serat – Bantu rasa kenyang lebih lama
💧 Secukupnya – Minum air 6-8 gelas atau 1.5-2.0 liter sehari

Jom amalkan pemakanan sihat sepanjang Ramadan supaya ibadah lebih lancar dan tubuh kekal bertenaga ❤️

28/02/2026

Berbuka dengan bijak supaya badan rasa selesa dan tenaga kembali secara berperingkat 💚

🥤 Mulakan dengan makanan yang mudah dihadam seperti karbohidrat ringkas contohnya buah-buahan. Karbohidrat ringkas memberikan sumber tenaga segera kepada tubuh badan.

🍽 Amalkan konsep Pinggan Sihat Malaysia – Suku Suku Separuh
✔ Suku karbohidrat
✔ Suku protein
✔ Separuh sayur & buah
Makan secara seimbang, sederhana dan pelbagai.

🍳 Pilih kaedah masakan yang lebih sihat
Kurang berminyak, kurang manis & kurang masin untuk elakkan pengambilan lemak, kalori, gula dan garam secara berlebihan.

💧 Utamakan air kosong
Minum air kosong secukupnya ketika berbuka.
Air kosong = 0 kalori ✔
Lebih jimat tenaga, lebih baik untuk badan.

Berbuka bukan masa “balas dendam” makan 😉
Makan secara terkawal, badan pun lebih selesa!




📢 PEMERIKSAAN PREMIS BAZAR RAMADAN 2026📍 Daerah Segamat | 27 Februari 2026 | JumaatPemeriksaan Bazar Ramadan seterusnya ...
28/02/2026

📢 PEMERIKSAAN PREMIS BAZAR RAMADAN 2026

📍 Daerah Segamat | 27 Februari 2026 | Jumaat

Pemeriksaan Bazar Ramadan seterusnya telah dijalankan di Bazar Ramadan Paya Pulai, Segamat, sebagai sebahagian daripada pemantauan berkala sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Operasi ini bertujuan memastikan kebersihan premis, keselamatan makanan, dan pematuhan peraturan kesihatan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Operasi ini dijalankan bersama beberapa agensi iaitu Majlis Perbandaran Segamat dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Cawangan Segamat bagi memastikan keberkesanan pemantauan.

📊 Ringkasan Aktiviti:
🔎 19 premis / 54 pengendali makanan diperiksa
📄 50 risalah kesihatan diedarkan
👥 Kaunseling kesihatan & nasihat individu kepada pengunjung
📢 Bahan promosi kesihatan dipasang di kawasan bazar

🎯 Fokus Operasi:
✔ Kebersihan & pengendalian makanan
✔ Nasihat keselamatan makanan

💡 Nasihat Kesihatan:
• Amalkan kebersihan diri & premis: cuci tangan dengan sabun, pakai apron & penutup kepala.
• Elakkan mengendalikan makanan jika tidak sihat.




27/02/2026

💧 Kekal hidrat sepanjang Ramadan!
Amalkan pengambilan 8 gelas air kosong dari sahur hingga sebelum tidur bagi memastikan badan kekal bertenaga semasa berpuasa. 🌙✨

Minum secara berkala, elakkan dehidrasi dan nikmati ibadah dengan lebih sihat.

27/02/2026

Korang, jangan lupa pakai deodoran. Jagalah kebersihan diri dan keterampilan diri.

📢 PEMERIKSAAN & PROMOSI PENCEGAHAN TIBI BAZAR RAMADAN 2026📍 Daerah Segamat | 26 Februari 2026 | KhamisPemeriksaan Bazar ...
26/02/2026

📢 PEMERIKSAAN & PROMOSI PENCEGAHAN TIBI BAZAR RAMADAN 2026

📍 Daerah Segamat | 26 Februari 2026 | Khamis

Pemeriksaan Bazar Ramadan kali ini telah dilaksanakan di Bazar Ramadan Taman Yayasan, Segamat sebagai sebahagian daripada pemantauan berterusan sepanjang bulan Ramadan. Inisiatif ini bertujuan memastikan tahap kebersihan premis, keselamatan makanan serta pematuhan kepada peraturan kesihatan sentiasa berada dalam keadaan optimum.

Pada masa yang sama, promosi pencegahan Tibi turut dijalankan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai tanda dan gejala penyakit tersebut, di samping menekankan kepentingan menjalani saringan awal.

Pelaksanaan aktiviti ini digerakkan secara bersepadu bersama agensi berkaitan, termasuk anggota daripada Majlis Perbandaran Segamat (MPS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Segamat, yang bersama-sama memperkukuh aspek penguatkuasaan serta memastikan tahap pematuhan sentiasa terpelihara.

📊 Ringkasan Aktiviti:
🔎 44 premis / 143 pengendali makanan diperiksa
📄 100 risalah kesihatan diedarkan
👥 Kaunseling kesihatan, nasihat individu & info Tibi kepada pengunjung
📢 Bahan promosi dipasang di kawasan bazar

🎯 Fokus Operasi:
✔ Kebersihan & pengendalian makanan
✔ Nasihat keselamatan makanan
✔ Penerangan tanda & gejala Tibi
✔ Galakan saringan awal bagi batuk berpanjangan

💡 Nasihat Kesihatan:
• Amalkan kebersihan diri & premis seperti mencuci tangan dengan sabun, pakai apron & penutup kepala.
• Elakkan mengendalikan makanan jika tidak sihat.
• Jika mengalami batuk berpanjangan atau demam berulang, segera dapatkan pemeriksaan di klinik.





26/02/2026

Lauk berbuka banyak? Simpan untuk sahur?

Ingat ⚠️

Setiap kali makanan dipanaskan dan disejukkan semula, bakteria boleh membiak dalam suhu berisiko (5°C–60°C).

Panaskan sekali sahaja dan simpan dengan betul.

✨ Beli berpada.
✨ Simpan selamat.
✨ Lindungi keluarga.



Ismuni Bin Bohari
Program Kesihatan Awam, KKM

26/02/2026

Rakyat Malaysia sering menjadikan Bazar Ramadan sebagai destinasi utama untuk membeli juadah berbuka puasa kegemaran seisi keluarga.

Namun begitu, pengguna disarankan agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan makanan ketika berkunjung ke bazar Ramadan. Amalkan konsep “Perhati dan Pilih” serta “Lihat, Hidu dan Rasa” sebagai langkah bagi mengelakkan keracunan makanan yang boleh memudaratkan kesihatan.

“Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama”

Address

Segamat
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6079313355

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram