Mentari Segamat

Mentari Segamat MENTARI Segamat ataupun Pusat Kesihatan Mental Masyarakat merupakan unit di bawah Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hospital Segamat.

Kami menyediakan perkhidmatan seperti saringan, rawatan, rehabilitasi dan promosi kesihatan mental dalam komuniti.

26/04/2026

RAWAT DEPRESI, JANGAN SALAHKAN TAKDIR

Pernah tak kita rasa dunia ini terlalu berat untuk dipikul?

Emosi tertekan, rasa sangat letih dengan ujian silih berganti, sehingga ada yang rasa mahu putus asa dengan kehidupan.

Namun, apabila kita meluahkan rasa penat dan sedih itu, ada p**a suara sumbang membalas, "Engkau ini kurang iman rasanya. Kurang berdoa, jarang solat malam, sebab itulah jiwa jadi tidak tenang."

Aduh, pedih sungguh hati apabila mendengarnya!

Isu kesihatan mental seperti depresi atau kebimbangan melampau memang selalu disalah faham dalam masyarakat kita.

Seolah-olah kita ini tersepit di antara dua puak yang berfikiran agak ekstrem dan tertutup.

Di satu sudut, ada golongan yang memandang serong terhadap rawatan psikiatri moden.

Mereka dengan mudah melabel pesakit mental sebagai orang yang jauh daripada Tuhan.

Di sudut berbeza p**a, wujud pesakit yang sedang teruk bergelut dengan emosi, sehingga sampai satu tahap mula menyalahkan takdir.

Mulalah terdetik di dalam hati, "Kenapa Tuhan asyik uji aku sebegini? Kenapa Dia tidak adil?"

Perkara sebegini sangat bahaya kerana ia boleh mengikis asas akidah perlahan-lahan tanpa kita sedar.

Mari kita renungkan hal ini secara santai dan berlapang dada.

Kesihatan mental ini bukannya satu perkara rekaan atau sekadar mengada-ngada.

Ia merupakan satu penyakit realiti yang sangat memerlukan rawatan tepat, sama seperti sakit fizikal.

Bayangkan kalau kita sakit gigi yang teruk, kita pasti akan pergi ke klinik gigi, bukan?

Tidak logik jika kita cuma duduk di rumah, membaca doa tanpa sebarang usaha berjumpa doktor.

Begitu jugalah realitinya dengan depresi.

Otak manusia adalah organ fizikal kompleks yang boleh terjejas dari sudut keseimbangan bahan kimia dan fungsi biologi.

Berjumpa dengan pakar psikologi, ahli terapi, atau doktor psikiatri tidak bermaksud kita ini manusia lemah iman.

Ia adalah satu ikhtiar perubatan yang sah.

Mencari penawar itu merupakan tuntutan sunnah dan amat digalakkan dalam ajaran Islam yang sangat harmoni.

Namun begitu, dalam kesibukan kita berikhtiar mencari kesembuhan, kita wajib menjaga hati.

Walaupun diuji dengan kesakitan emosi yang cukup memeritkan, jangan sesekali kita merungut lalu menyalahkan susunan takdir Ilahi.

Reda dengan qada dan qadar bukanlah bermakna kita menyerah kalah dan pasrah membisu, tetapi kita menerima teguran ujian ini dengan hati yang tenang, sambil terus gigih mencari jalan keluar terbaik.

Rasulullah SAW bersabda:

تَدَاوَوْا عِبَادَ اللَّهِ، فَإِنَّ اللَّهَ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلَّا وَضَعَ مَعَهُ شِفَاءً

Maksudnya: "Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan suatu penyakit melainkan Dia juga meletakkan bersamanya penawar."

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Jelaslah bahawa agama Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa berusaha gigih mencari penawar penyakit.

Kunci utama kehidupan ini ialah keseimbangan.

Kita usahakan rawatan klinikal secara fizikal biologi, dan rawat jiwa rohani dengan ibadah kukuh.

Buat sahabat yang sedang berjuang, pergilah dapatkan rawatan, pekakkan telinga, dan jangan pernah salahkan takdir Tuhan Yang Maha Mengetahui.





21/04/2026

Bila dengar je perkataan "Pesakit Mental", ramai terus terbayang orang mengamuk pegang parang atau menjerit-jerit di tengah jalan.

Realitinya, majoriti individu yang ada gangguan mental TIDAK GANAS. Sebaliknya, mereka lebih kerap menjadi MANGSA keganasan, buli, dan penipuan berbanding menjadi pelaku jenayah.

Jadi, dari mana datangnya risiko bahaya tu?

Risiko untuk menjadi agresif biasanya hanya meningkat dalam keadaan tertentu yang tidak terkawal, yang berpunca dari tidak mendapat rawatan atau terhenti rawatan tanpa pemantauan doktor

🚨 Pesakit sedang mengalami Psikosis (halusinasi/delusi) yang tidak dirawat.

🚨 Gejala psikiatri yang bercampur dengan penyalahgunaan ALKOHOL atau DADAH.

Sebab itu, masyarakat kena berhenti terus menghukum dan melabel. Bukan semua orang yang sakit mental itu berbahaya.

Rawatan ubat-ubatan psikiatri terbukti boleh menurunkan risiko bahaya dan menstabilkan bahan kimia dalam otak mereka.

Jangan jadikan STIGMA masyarakat jauh lebih menakutkan daripada penyakit itu sendiri.

Berhenti panggil mereka orang gila.

04/11/2025
16/10/2025
Program Mental Health Carnival & Fun Run 2025 sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia telah berlangsung dengan penuh meria...
15/10/2025

Program Mental Health Carnival & Fun Run 2025 sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia telah berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan hangat daripada warga komuniti. 💚
Pelbagai aktiviti menarik, pameran kesihatan, pertandingan dan sesi interaktif diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan mental.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang turut serta menjayakan program ini! 🌿

Warna, senyuman dan semangat positif di Mental Health Carnival 2025! 💚✨Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokon...
15/10/2025

Warna, senyuman dan semangat positif di Mental Health Carnival 2025! 💚✨
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025.
Bersama kita bina masyarakat yang prihatin dan sihat mindanya 🧠💪

Semangat, senyuman dan sokongan! 💚Terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan Mental Health Fun Run 2025 sempena H...
15/10/2025

Semangat, senyuman dan sokongan! 💚
Terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan Mental Health Fun Run 2025 sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.
Bersama kita pupuk gaya hidup sihat — fizikal dan mental 🌿✨

Setiap langkah adalah simbol kekuatan 💚Terima kasih kepada semua yang bersama menjayakan Mental Health Fun Run 2025.Bers...
15/10/2025

Setiap langkah adalah simbol kekuatan 💚
Terima kasih kepada semua yang bersama menjayakan Mental Health Fun Run 2025.
Bersama kita hapuskan stigma dan raikan kesihatan mental untuk semua 🌿

Program Mental Health Fun Run 2025 sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia telah berlangsung dengan penuh meriah!...
15/10/2025

Program Mental Health Fun Run 2025 sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia telah berlangsung dengan penuh meriah!
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta atas komitmen serta semangat yang luar biasa.💚

Peluh yang menitis, senyuman yang terukir, semangat yang tak pernah luntur! 💪Tahniah semua peserta Mental Health Fun Run...
15/10/2025

Peluh yang menitis, senyuman yang terukir, semangat yang tak pernah luntur! 💪
Tahniah semua peserta Mental Health Fun Run 2025 — anda hebat!
Mari teruskan langkah kecil menuju minda yang sihat 💚

🎉 MENTAL HEALTH DAY CARNIVAL 2025 🎪📅 Tarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu)🕗 Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang📍 Tempat: Ruang Parki...
04/10/2025

🎉 MENTAL HEALTH DAY CARNIVAL 2025 🎪
📅 Tarikh: 11 Oktober 2025 (Sabtu)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Ruang Parkir Jabatan Kecemasan, Hospital Segamat
💫 Terbuka kepada semua! – Masuk adalah PERCUMA!



Anjuran bersama:
1️⃣ Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Segamat
2️⃣ Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Psikiatri Hospital Segamat
3️⃣ Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) Segamat



✨ Program julung kali diadakan bersempena World Mental Health Day!
Ayuh hadir beramai-ramai dan raikan hari kesihatan mental bersama kami 💚



Aktiviti Menarik Menanti Anda!
🩸 Derma Darah
🧠 Saringan & Kuiz Kesihatan Mental
🎨 Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
🎒 Penyertaan terbuka kepada
kanak-kanak sekolah rendah
💸 Kemasukan adalah percuma
dan secara walk-in
🏆 3 pemenang akan dipilih
mengikut setiap tahap
(Tahap 1, Tahap 2 & Tahap 3)
🖍️ Peserta digalakkan
membawa pensil warna
sendiri
🎯 Simple Games untuk Kanak-kanak
🧩 Word Search Games &
Interactive Games
🎁 Setiap penyertaan akan
menerima goodies menarik!
🏃‍♂️ Fun Run
🛍️ Jumbo Sales
🍔 Food Truck & Food Stalls
📚 Booth Pameran
🎉 Cabutan Bertuah



🍴 Menarik di Zon Food Truck!
Nikmati pelbagai juadah sedap seperti:
🥶 Cendol
🍗 Ayam Gunting
🍢 Takoyaki
🍦 Aiskrim Gula Apong
🐟 Keropok Lekor
🍜 Ramen
🍧 Soft Aiskrim



🌈 Sertai kami untuk hari penuh kecerdasan, kegembiraan dan kesihatan!
Sambil berhibur, marilah sama-sama memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mental 💪🏻😊



📢 Jumpa anda di Hospital Segamat!

🌿✨ MENTARI dan Jabatan Psikiatri Hospital Segamat dengan sukacitanya membuka peluang menjayakan Jumbo Sale Jualan Amal –...
25/09/2025

🌿✨ MENTARI dan Jabatan Psikiatri Hospital Segamat dengan sukacitanya membuka peluang menjayakan Jumbo Sale Jualan Amal – Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 ✨🌿

Mari bersama-sama menyemarakkan semangat memberi! 💚

Sumbangkan barangan yang berkeadaan baik, bersih dan menarik seperti:
🧸 Pakaian kanak-kanak dan permainan
📚 Buku /bahan bacaan ilmiah
🎒 Barangan "preloved branded" dan bernilai

**Pakaian dewasa TIDAK DITERIMA*

📍 Hantarkan sumbangan anda di dalam plastik atau kotak yang *dibungkus kemas*, mengikut ketetapan berikut
🕘 Isnin-Jumaat, 9 pagi – 4 petang (Waktu bekerja)
📅 Sehingga 26 September 2025
📍Klinik Pakar 2, Hospital Segamat

Setiap sumbangan anda membawa senyuman dan harapan baru buat komuniti kerana Hasil Jualan Amal ini akan disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Psikiatri Hospital Segamat .. 🌸

Address

Klinik Kesihatan Segamat, Jalan Muar
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 13:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 13:00

Telephone

+601156432426

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mentari Segamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share