06/04/2026
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN MAC JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR TAHUN 2026.
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi bulan Mac Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Perdana, Hospital Segamat, anjuran bersama Bahagian Pengurusan Hospital Segamat.
Kehadiran majlis telah diserikan oleh YBrs. Dr. Hj Mohtar bin Pungut . Ahmad, Pengarah Kesihatan Negeri Johor, bersama-sama barisan Pengurusan Tertinggi Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ). Turut hadir adalah YBrs. Dr. Mohd Anwar Rasyid bin Ahmad, Pengarah Hospital Segamat, barisan Pengurusan Tertinggi Hospital Segamat, Ketua-ketua Jabatan dan Unit, serta seluruh warga kerja Hospital Segamat.
Intipati majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Dr. Mohd Anwar Rasyid, bersempena pelantikan beliau sebagai Pengarah Hospital Segamat yang baharu. Seterusnya, YBrs. Dr. Hj. Mohtar bin Pungut . Ahmad telah menyampaikan amanat beliau kepada semua hadirin yang hadir.
Majlis turut diserikan dengan tayangan video montaj berhubung Inisiatif Pendigitalan Hospital Segamat, Video Raya, dan sorotan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan Januari hingga Mac 2026. Kemuncak tayangan video ialah Pelancaran Buku Laporan Tahunan Hospital Mesra Ibadah (HMI) Hospital Segamat Tahun 2025. Sesi simbolik penyerahan Buku Laporan Tahunan HMI ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Faidzal Adlee kepada YBrs. Dr. Mohd Anwar Rasyid, sebelum diserahkan kepada YBrs. Dr. Hj Mohtar.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan Sesi Serah Tugas Pengarah Hospital oleh YBrs. Dr Faidzal Adlee (Mantan Pengarah Hospital Segamat) kepada YBrs. Dr. Mohd Anwar Rasyid (Pengarah Baharu) yang disaksikan YBrs. Dr. Hj Mohtar, Pengarah Kesihatan Negeri. Acara perhimpunan diakhiri dengan sesi tandatangan buku pelawat oleh YBrs. Dr. Hj Mohtar.
Jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan Mac JKNJ ini. Diharapkan seluruh warga kerja Hospital Segamat akan terus komited dan bersemangat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.