21/06/2025
Maka celakalah orang yang solat.
Iaitu orang yang lalai terhadap solat nya.
Yang berbuat riyak.
Dan enggan memberikan bantuan.
( Surah Al-Ma'un ayat 4-7 )
Ibrah :
Kecelakaan bagi orang yang LALAI dari solatnya.
Al Quran memperingatkan kepada orang-orang yang solat, iaitu mereka yang lalai terhadap hakikat solat. Allah memperingatkan mereka dengan azab dan kebinasaan.
Maksudnya mereka yang lalai terhadap makna makna solat, iaitu sekiranya mereka faham solat itu maka dengan solat dapat mencegah mereka dari mengerjakan perbuatan keji, mungkar dan dapat membersihkan jiwa serta membangkitkan dorongan kasih sayang yang ada dalam hati.
Sebagaimana diungkapkan dalam firman-NYA
" Sesungguhnya SOLAT itu mencegah perbuatan perbuatan keji dan mungkar" ( Surah Al-Ankabut ayat 45 )