22/04/2026
Ramai ibu sebenarnya tak pakai param.
Bukan sebab tak nak, tapi sebab tak nampak kepentingannya.
Ada yang anggap param tu sekadar “aksesori berpantang” sahaja.
Tapi hakikatnya…
badan ibu selepas bersalin, bukan badan seperti biasa.
Bayangkan,
Badan yang telah mengandung 9 bulan 10 hari,
melalui proses kelahiran,
kehilangan darah, sebenarnya badan ibu sedang berada dalam keadaan lemah dan "terbuka".
Dan pada waktu inilah,
angin mudah masuk ke dalam tubuh.
Mungkin masa dalam pantang, ibu tak rasa apa-apa lagi-lagi.
Tapi selepas 3 hingga 6 bulan,
Barulah mula terasa.
Badan jadi bisa-bisa,
cepat letih,
Emosi mudah penat,
dan rasa seperti badan tak pernah kembali “fit” seperti dulu.
Kami selalu jumpa keadaan ini pada klien.
Dan bila ditanya, ramai yang beritahu,
“Masa pantang dulu, tak pakai param pun…”
Sedangkan pemakaian param bukan sekadar untuk hangatkan badan.
Ia membantu :
– Memberi kehangatan berterusan pada tubuh
– Menghalang angin masuk hingga ke saraf
– Menyokong proses pemulihan dalaman ibu
Bila param disapu ke seluruh badan,
ia seperti satu lapisan perlindungan yang menjaga tubuh ibu sepanjang tempoh pemulihan.
Sebab itu, nenek saya selalu pesan…
Badan yang telah melalui proses mengembang seperti mengandung dan melahirkan, tak boleh dijaga sambil lewa.
Jangan tunggu badan mula sakit… baru nak jaga.
Kalau nak tahu rawatan yang sesuai, boleh PM kami 012-584 2725
Pemulihan itu bukan pilihan.
Ia satu keperluan.