Farmasi Bagan Datuk

Farmasi Bagan Datuk WAKTU OPERASI: SETIAP HARI TERMASUK CUTI UMUM
(8.00PG-10.00MLM)
wasap.my/60143053577

27/09/2024

Psoriasis adalah sejenis penyakit keradangan kulit kronik yang boleh berulang, di mana kulit menjadi merah, tebal dan bersisik. Komplikasi psoriasis boleh melibatkan radang pada sendi dikenali sebagai “psoriatic arthritis”. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi.

Lakukan pemeriksaan di fasiliti kesihatan bagi membolehkan penilaian keadaan dan rawatan awal yang sesuai dimulakan.



26/09/2024

Ahli farmasi merupakan individu terlatih dengan pengetahuan khusus dan mendalam berkaitan ubat-ubatan.

Tugas ahli farmasi tidak terhad di kaunter farmasi sahaja, bahkan turut melibatkan pelbagai bidang termasuk bidang pengurusan, regulatori, penguatkuasaan, industri farmaseutikal, farmasi komuniti, fasiliti kesihatan swasta, akademia, militari dan maritim.

Jom jadikan ahli farmasi sebagai rakan ubat anda!



25/09/2024

📌 Dengarkan temu bual bersama Dr Mohd Izzar Anwari bin Abdul Khani, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM hari ini.

Platform: TV Alhijrah 📻
Tarikh: 25 September 2024 (Rabu) 🗓️
Masa: 9.00 Pagi
Topik: Bahaya Wabak MPOX (Monkeypox)



23/09/2024

Semasa membeli bahan makanan di kedai runcit ataupun pasar raya, kita diingatkan agar sentiasa membeli secara selamat 👍🏻

Kita juga disarankan untuk merancang urusan pembelian barangan terutamanya barangan mentah 🥕🥚🍗 sama ada kering mahupun basah. Ianya penting agar tidak berlakunya percampuran di antara bahan mentah kering dan basah sehingga boleh mengakibatkan keracunan makanan.

‼️ Jom ikuti tip membeli bahan makanan secara selamat



20/09/2024

⚠️ Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut.

🔎 Lakukan pemeriksaan mulut kendiri.

Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.



19/09/2024
18/09/2024

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meningkatkan pengawasan dan aktiviti advokasi mengenai mpox selepas WHO mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa.

KKM ingin menasihati individu yang mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan mengalami gejala seperti ruam dan lepuh pada kulit untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan tanpa bertangguh. Elakkan bersentuhan secara langsung dengan individu yang dijangkiti dan segera cuci tangan sekiranya tersentuh objek yang tercemar.

Langkah pencegahan kesihatan awam perlu diamalkan bagi mengelakkan penularan jangkitan mpox.



12/09/2024

Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.

Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam.

Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.

06/09/2024

Kedai kami tetap buka walaupun cuti umum! Kami berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk memenuhi keperluan anda. Jangan ragu untuk datang dan menikmati perkhidmatan kami walaupun pada hari perayaan. Terima kasih atas sokongan anda! 🥰
OPEN HOURS
8.00AM – 10.00PM
Alamat : No. 5, Tingkat Bwh, Lorong Simpang Tiga 1, Taman Simpang Tiga, 36200 Selekoh, Hilir Perak
https://maps.app.goo.gl/wW5Hoe1yJGs4F5FL6
No Tel : 014-305 3577 (Farmasi Bagan Datuk)
https://wa.link/cuv3cm

📢 Pengumuman Penting! 📢Kami ingin memaklumkan kepada semua pelanggan tentang waktu operasi kedai kami:🕒 Isnin - Ahad: 08...
20/08/2024

📢 Pengumuman Penting! 📢

Kami ingin memaklumkan kepada semua pelanggan tentang waktu operasi kedai kami:

🕒 Isnin - Ahad: 08:00AM - 10:00PM

📍 Alamat Kedai: No. 5, Tingkat Bwh, Lorong Simpang Tiga 1, Taman Simpang Tiga, 36200 Selekoh, Perak
https://maps.app.goo.gl/83CKCWuEcGmcjP149

Jangan ragu untuk mengunjungi kami di Farmasi Bagan Datuk pada waktu operasi yang telah dinyatakan. Kami menantikan kehadiran anda! 😘😘😉

Address

No 5, Lorong Simpang Tiga 1, Taman Simpang Tiga
Selekoh
36200

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+6056466098

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Bagan Datuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farmasi Bagan Datuk:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram