Bioptron And Wound Care Semenyih

  • Home
  • Bioptron And Wound Care Semenyih

Bioptron And Wound Care Semenyih Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bioptron And Wound Care Semenyih, Medical and health, NO. 26G, Jalan SEMENYIH SENTRAL 4, .

Assalamualaikum kesayangan kami semua🥰🥰🥰Poliklinik Penawar Semenyih sudah mula waktu operasi yang baru ye 🙂 jemput datan...
07/07/2023

Assalamualaikum kesayangan kami semua🥰🥰🥰
Poliklinik Penawar Semenyih sudah mula waktu operasi yang baru ye 🙂 jemput datang ke Poliklinik Penawar Semenyih .. kami sedia membantu anda 🙂
hai untuk dapatkan info lanjut, boleh hubungi shira ye www.wasap.my/60133881484/INFOKLINIK 🙂 tq

RAWATAN YANG MUDAH Allhamdulilah nampak perkembangan makcik ini makin ceria walaupun datang dari Johor .Rawatan  hanya m...
12/01/2020

RAWATAN YANG MUDAH

Allhamdulilah nampak perkembangan makcik ini makin ceria walaupun datang dari Johor .

Rawatan hanya mengunakan Sinaran Cahaya Sahaja dapat merawat sakit :

- Merawat luka, mematikan kuman dan aktifkan sel baru
- Merawat ECZEMA, RUAM DAN KUDIS
- Merawat sakit belakang, sendi dan saraf
- Merawat jerawat dan jeragat
- Merawat gastrik
- kecutkan buasir dan lain-lain
- Asma dan batuk

Anda mengalami masalah yang sama boleh hubungi kami
untuk temujanji .

Lokasi Kami :
Poliklinik Penawar Semenyih
No 26G Jalan Semenyih Sentral 4, Semenyih Sentral ,
43500 Semenyih Selangor.

click link ini untuk buat temujanji https://senang.la/nak/BioptronHafiz

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi ,Semoga segala urusan kita Allah permudahkan hendaknya ." Team Bioptron And Wound Care ...
09/01/2020

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi ,
Semoga segala urusan kita Allah permudahkan hendaknya .

" Team Bioptron And Wound Care Semenyih "
akan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik .

BIOPTRON LIGHT THERAPY FOR WOUND INFECTIONIngin tahu cara untuk menyembuhkan luka kencing manis yang effective ?✄ ✄Tak i...
06/11/2019

BIOPTRON LIGHT THERAPY FOR WOUND INFECTION

Ingin tahu cara untuk menyembuhkan luka kencing manis yang effective ?

✄ ✄Tak ingin potong kaki sebab ade luka. JANGAN POTONG DULU !!!! ✄ ✄

Masalah kaki bernanah atau berulat adalah amat biasa terjadi di kalangan pesakit kencing manis. Keadaan ini bertambah kronik lagi dengan kecenderungan masyarakat kita yang lebih s**a mencuba rawatan tradisional dan herbal. Kebanyakan pesakit pergi ke klinik apabila kaki mereka telah membusuk ketahap tidak dapat diselamatkan lagi.Malah, ada yang datang dengan keadaan dimana, kuman telah pun merebak kedalam sistem peredaran darah dan boleh merosakkan organ dalaman pesakit. Sebagai jalan pintas, doktor pakar yang merawat pesakit biasanya menyarankan kaki itu dipotong agar luka tidak merebak dan mengancam nyawa penderita. Sebab itu lah kebanyakan pesakit kencing manis yang memiliki luka tidak s**a pergi ke klinik.

SEKARANG ANDA TIDAK PERLU RISAU. SETIAP LUKA PASTI BOLEH DI SEMBUHKAN

BEBERAPA KELEBIHAN BIOPTRON:

✔. Meningkatkan angiogenesis. Angiogenesis
ialah pertumbuhan salur darah baru. Ianya sangat penting dalam proses penyembuhan luka Tanpa salur darah, luka tidak mungkin sembuh.

✔. Memecahkan dinding virus dan bakteria bagi membunuhnya sekaligus mengurangkan risiko jangkitan kuman.

✔. Meningkatkan selimuniti. Imuniti seseorang menentukan berapa lama proses penyembuhan luka

✔. Mempercepatkan penyembuhan dan proses pertumbuhan tisu baru.

✔. Meredakan kesakitan dengan pantas
Poliklinik Penawar Semenyih menyediakan rawatan Bioptron ini untuk pesakit yang memerlukan. Apa lagi? Sebelum nasi menjadi bubur, mari dapatkan rawatan dengan kami :)
Boleh tinggalkan nombor telefon di bawah ataupun hubungi sahaja nombor di bawah
PUAN ADUNA📞
http://www.wasap.my/+60128924808/InfoBioptron
MA SYAFIQ📞
http://www.wasap.my/+60172320548/InfoBioptron

PENGALAMAN BIOPTRON UNTUK SAKIT KENCING MANIS DI POLIKLINIK PENAWAR SEMENYIHAssalamualaikum pembaca semua. Nama panggila...
06/11/2019

PENGALAMAN BIOPTRON UNTUK SAKIT KENCING MANIS DI POLIKLINIK PENAWAR SEMENYIH

Assalamualaikum pembaca semua. Nama panggilan saya Razlan. Tapi biasa orang panggil Lan saja. Saya menghidapi penyakit kencing manis. Jadi saya nak kongsilah serba sedikit pengalaman saya.
Mula-mula memang okey saja. Makan ubat mana yang perlu. Makanan harian pun saya jaga jugalah supaya gula dalam darah tak naik makin tinggi. Sampailah satu hari saya terpijak paku kecil sewaktu di tempat kerja. Nasib jugalah bukan paku karat. Tapi nasib-nasib pun, masalah jugalah sebab sampai luka tapak kaki. Sudahlah saya ni ada kencing manis. Jadi bila dah luka tu, memang cepat-cepatlah saya ke klinik.
Malangnya, dah lama pun tak baik-baik juga. Makin teruk adalah. Yalah, bila ada kencing manis ni memang tak kering-keringlah luka. Dalam hati memang dah risau. Bukan apa, saudara saya pun ada juga yang menghidap penyakit sama Sampai terpaksa potong kaki. Puncanya cuma terpijak mainan anak dia, lepas tu luka dan tak sembuh-sembuh.
Bila kaki dah sakit luka-luka macam ni, lamalah saya tak ke masjid. Bila dah lama tak berjemaah di sana, orang masjid pun adalah beberapa orang yang mencari di rumah bertanya khabar. Ingatkan saya duduk di rumah anak seminggu dua macam selalu.
Saya pun ceritalah apa yang jadi. Yang lain p**a terik*t-ik*t rasa risau. Tapi tok bilal muka tenang saja. Dia cuma kata, "tak apa, benda boleh baik...". Kawan-kawan lain pun jawablah, nak baik macam mana kalau luka kecil pun makin lama makin besar begini. Lepas tu tok bilal kata, dulu adik dia ada kencing manis juga. Sampai menangis tak*t kena potong kaki. Iyalah, kerjanya jadi pemandu lori. Kalau kena potong nanti, susahlah nak kerja. Dengan nak biaya sekolah anak-anak lagi.
Dia jumpa doktor dan tanyalah kenapa tak sembuh-sembuh luka tu. Doktor tu kata, itu sebab kitaran darah terganggu atau tersekat, dan itu mengganggu proses penyembuhan di bahagian yang luka. Tak reti juga bahasa sains ni. Jadi, adik dia pun cubalah cari alternatif lain. Alhamdulillah jumpa.
Dengar saja, saya pun bersemangatlah nak tahu dekat mana adik dia pergi. Tok bilal kata pergi dekat Poliklinik Penawar. Saya pun memang heranlah. Takkan dalam klinik tu ada ubat khas p**a. Kalau datang sakit biasa macam demam, minta ubat darah tinggi dan sebagainya, biasalah dengar. Rupanya bukan masuk dekat Poliklinik Penawar tu, tapi sebelah dia. Tempat terapi Bioptron poliklinik tu.
Masa tu pertama kali dengar. Saya tanyalah apa p**ak Bioptron tu. Dia kata dekat situ ada rawatan pancaran cahaya pakai mesin. Kalau luka ke, sakit dekat badan tak hilang-hilang ke, pakai mesin tu in sha Allah boleh sembuh.
Lepas mereka beransur p**ang, saya terus telefon anak saya. Saya minta dia carikan pasal rawatan tu dekat internet. Almaklumlah, saya ni tidaklah reti sangat nak cari-cari dalam tu. Bila dah cari, anak hantar gambar wasap dekat saya. Dia tunjuklah apa lagi kelebihan rawatan tu. Memang banyak rupanya. Tapi macam tak percayalah p**a. Betul ke satu mesin tu boleh rawat macam-macam.
Esoknya, saya telefon terus orang sana.
Rupanya memang mesin tu boleh rawat sakit macam sakit sendi, sakit tulang, ruam, gastrik sakit kulit dan telinga selain kencing manis sama ada luka ataupun bengkak. Kalau kencing manis yang tidak luka pun, boleh jadi juga lama kelamaan jadi bengkak dan akhirnya saluran darah pecah. Kalau saluran darah pecah, dia akan jadi kesan lebam p**a. Akhirnya, kulit kaki akan mula rosak dan luka. Jadi, rawatan bioptron itu akan surutkan semula bengkak itu selain mematikan kuman.
Dipendekkan cerita, saya pun buatlah rawatan di situ. Alhamdulillah memang ada perubahan selepas rawatan.
Pancaran cahaya mesin tu membantu pertumbuhan sel baru, jadi perubahan itu bukanlah serta merta jadi kering luka. Berkenaan berapa kali rawatan yang diperlukan, itu bergantung pada keadaan kita sendiri.
Jadi sampai sini saja perkongsian saya.

Begitulah pengalaman Encik Razlan yang melakukan rawatan Bioptron. Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau. Kami juga berharap dapat membantu lebih ramai individu yang memerlukan rawatan ini untuk kesihatan yang lebih baik.
Hubungi/Whatsapp kami talian di bawah ini
PUAN ADUNA📞
http://www.wasap.my/+60128924808/InfoBioptron
MA SYAFIQ📞
http://www.wasap.my/+60172320548/InfoBioptron

PN SYIRA 📞
http://www.wasap.my/+60133881484/InfoBioptron

Hari ni ada seorang patient yang datang untuk bersihkan luka kencing manis..Nampak macam luka kecil kan? Tapi selepas lu...
06/11/2019

Hari ni ada seorang patient yang datang untuk bersihkan luka kencing manis..Nampak macam luka kecil kan? Tapi selepas luka tu dibersihkan dan dipancarkan Bioptron Light Therapy, tak sampai 10 minit, air bisa mula keluar dari luka tersebut..Mengalir sampai kene tadah..Kenapa? Sebab fungsi Bioptron Light Therapy adalah untuk mengurangkan bengkak..Bila bengkak kat kaki mula surut, air bisa pun tertolak keluar dari kaki..
Bioptron Light Therapy ni sesuai untuk mereka yang ada masalah luka lambat baik, eczema dan sakit2 sendi tau.. :)
Berminat nak tahu info lebih lanjut? Boleh hubungi/Whatsapp kami talian di bawah ini
PUAN ADUNA📞
http://www.wasap.my/+60128924808/InfoBioptron
MA SYAFIQ📞
http://www.wasap.my/+60172320548/InfoBioptron

AYAH TAK NAK DATANG SEBAB TAK PERCAYA!Salam sejahtera semua. Kali ni kami akan siarkan tentang pengalaman atau kisah seo...
06/11/2019

AYAH TAK NAK DATANG SEBAB TAK PERCAYA!
Salam sejahtera semua. Kali ni kami akan siarkan tentang pengalaman atau kisah seorang lelaki yang telah memujuk ayahnya untuk membuat rawatan di poliklinik Penawar Semenyih untuk rawatan bioptron. Semoga kisah ini dapat dijadikan sebagai tauladan untuk semua.
Hai pembaca semua. Pertama sekali saya akan kenalkan diri. Nama saya Ashraf. Jadi saya nak share pengalaman saya dan ayah yang telah datang ke Poliklinik Penawar Semenyih untuk rawatan. Ayah saya berusia 63 tahun dan menghidapi penyakit kencing manis.
Bila mak kata kaki ayah makin teruk, weekend tu saya balik kampung nak tengok keadaan dia. Memang luka ayah nampak makin besar dari yang mak send gambar sebelum ni. Mula-mula nampak kesan lebam kehitaman, tak lama lepas tu dah jadi luka p**a. Itu yang saya tak nak tunggu-tunggu lagi. Risau saya kalau kaki dia kena potong nanti. Sudahlah kalau kencing manis ni bila dah luka, laju saja dia merebak. Saya hantar ayah ke hospital dan luka tu dicuci siap dressing.
Esok tu saya ke masjid waktu solat maghrib. Biasanya datang dengan ayah sekali. Tapi bila luka ayah tu dah makin teruk, dia pun tak pergi lagi. Nampak saja wajah saya terjengul di situ, kawan ayah tanya pada saya, kenapa ayah tak datang sekali. Tak sihat ke dia? Dah lama tak datang masjid. Saya ceritalah pasal luka ayah. Dia pun tanya, saya ada hantar ke hospital ke? Saya kata sudah. Tapi macam tu sajalah. Selalu kena cuci luka tu. Kalau basah, saya tukar kain yang balut tu. Pakcik tu tanya lagi, saya tak cuba ke hantar dia buat rawatan untuk keringkan luka tu? Saya pelik. Saya tanya dia, ada ke rawatan nak keringkan luka? Setahu saya kalau nak cuci tu ada. Keringkan tu tak tahu p**a saya. Dia kata, tahun lepas, dia pun ada luka kencing manis juga. Dia pergi ke poliklinik dekat Semenyih, anak dia hantarkan. Ada rawatan pakai cahaya katanya.
Kalau kata poliklinik saja, mana saya nak cari satu-satu poliklinik yang ada rawatan tu di Semenyih. Pergi sana pun saya tak pernah. Apa nama rawatan dia lagilah saya tak tahu. Pakcik tu kata, nanti dia balik dia tanyakan dekat anak dia semula. Dia nak menyebut pun lupa dah.
Balik tu, saya ceritalah pada ayah pasal rawatan yang kawan dia cakap tadi. Ayah kata dia tak nak buat. Leceh katanya, entah menjadi entah tidak. Pakai cahaya, nak kering apanya. Saya cakap pada dia, apa salahya cuba dulu, mana tahu serasi dengan dia. Keras dia menolak. Esoknya waktu balik solat subuh, pakcik tu bagi nombor telefon dan alamat poliklinik tu, Poliklinik Penawar Semenyih. Nama rawatannya Bioptron. Saya cuba call saja poliklinik walaupun ayah tak mahu. Saya cakap pada ayah, saya dah buat appointment. Dia masih menolak, tapi mak saya pujuk sampailah dia nak ik*t saya balik KL. Weekdays saya kerja macam biasa, jadi saya pergi kerja, mak saya jaga ayah di rumah. Saya kerja ambil half day dan hantar ayah pada hari Isnin tu. Masa itu tak tahu lagi poliklinik itu buka pada setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad.
Sampai di sana pun ayah masih nak menolak lagi kata tak*t sakit k*t macam laser. Staf di situ kata tak sakit pun, macam kena cahaya lampu saja. Dia bagi alasan p**a tak nak perempuan yang rawat sebab nampak dalam Bioptron Centre tu yang ada semua perempuan. Pening juga saya dan mak. Nasiblah mereka ada staf lelaki yang boleh buat rawatan untuk ayah.
Setelah buat rawatan, alhamdulillah keadaan dah jauh lebih baik. Luka yang ada tu pun sudah kering. Cahaya bioptron tu boleh bantu aliran darah, generate pembentukan sel baru untuk gantikan yang dah rosak serta matikan kuman. Ayah pun dah okay dengan rawatan itu. Tak ada lagi complain marah-marah tak nak buat rawatan. Mak pun saya suruh buat juga untuk kaki dia yang sakit-sakit tu alang-alang kami di situ. Lama dah rasa lenguh dan sengal-sengal. Itu pun dah nampak semakin membaik. Mak nak solat pun dah senang, tak macam dulu.
Kepada perawat di Poliklinik Penawar Semenyih, saya ucapkan jutaan terima kasih sebab dah bantu ayah dan mak saya. Saya betul-betul berterima kasih. Lega saya tengok keadaan mak ayah saya sekarang. Taklah risau dengan kesihatan mereka di kampung. Saya hanya mampu doakan awak semua diberikan kesihatan yang berpanjangan dan diberkati Allah atas jasa awak untuk orang lain.
Itulah perkongsian dari Encik Ashraf yang berjaya memujuk ayahnya untuk mencuba rawatan Bioptron di Poliklinik Penawar Semenyih. Jika anda juga mempunyai masalah yang sama ataupun sesiapa di sekeliling anda, hubungi saja kami. In sha Allah kami akan cuba membantu anda dengan rawatan yang terbaik :)

Jika berminat, hubungi kami di link:
https://senang.la/nak/hotlinebioptron

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca semua. Hari ini kita nak kongsikan testimoni atau feedback daripada ses...
06/11/2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca semua. Hari ini kita nak kongsikan testimoni atau feedback daripada seseorang yang telah datang ke Poliklinik Penawar Semenyih untuk rawatan bioptron kami. Kami yang menemubual pun seronok melihat perubahan yang dialami setelah beliau menggunakan rawatan bioptron kami.
Feedback kali ini amat istimewa kerana puan yang datang ke poliklinik kami bukan sahaja sudi berkongsi feedback rawatan yang kami lakukan, malah suaminya turut mengizinkan kami untuk meletakkan nama dan dan nombor telefonnya di sini jika ada sesiapa yang ingin mengetahui pengalamannya dengan lebih lanjut.
=============================
Puan Rusiah Mamat (012-2339711)
Nama saya Rusiah binti Mamat. Rawatan di sini memang memuaskanlah dari segi layanan dia, dan rawatan dia berkesan untuk apa yang kita nak tu. Luka cepat sembuh dengan rawatan cahaya bioptron ni kan. Saya buat enam treatment. Saya boleh nampak perubahan seperti isi tumbuh cantik, tak ada parut tebal, smooth saja. Cuma kalau kesan parut kehitaman tu biasalah kan. Setakat ni alhamdulillah memang puas hati (dengan rawatan di sini) sebab tu datang balik buat rawatan di kaki ni. Tempat lain tak ada rawatan ini, tu yang datang sini, alhamdulillah berkesan. Dengan layanan dia kita yakin sangatlah kita boleh percaya.
=============================
Kali ini, Puan Rusiah datang semula ke Poliklinik Penawar Semenyih kerana kakinya bengkak dan melecet. Walau bagaimanapun, kami akan tunjukkan gambar kesan rawatan bioptron di kakinya pada tiga tahun yang lalu yang luka akibat kencing manis.
Menurut Puan Rusiah, dia hanya tahu yang dia mempunyai kencing manis apabila lukanya sangat lambat hendak kering lalu dia mencari tempat rawatan. Akhirnya dia menemui pusat rawatan yang ada berdekatan dengannya di Semenyih. Selain menggunakan rawatan bioptron, dia juga amat menjaga pemakanannya serta selalu mencuci lukanya. Kalau balutan dressing jarang ditukar, itupun akan menyukarkan proses penyembuhan luka kencing manis.
Kepada Puan Rusiah, kami di Poliklinik Penawar Semenyih mendoakan kesihatan dan kesejahteraan puan serta keluarga :) Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan pada kami serta rawatan yang kami sediakan.\

Kami di Poliklinik Penawar Semenyih menyediakan suntikan umrah dan haji dengan harga yang berpatutan untuk 5 tahun.Kepad...
06/11/2019

Kami di Poliklinik Penawar Semenyih menyediakan suntikan umrah dan haji dengan harga yang berpatutan untuk 5 tahun.
Kepada bakal-bakal haji dan hajjah, sudahkah anda mengambil suntikan haji dan umrah?
Jika belum, bolehlah datang ke Poliklinik Penawar Semenyih :) Anda pasti akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. ☺️

MAKAN SUPPLEMENT TAK ADA BEZA, RUPANYA TAK SESUAI!Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Harap semuanya dalam...
06/11/2019

MAKAN SUPPLEMENT TAK ADA BEZA, RUPANYA TAK SESUAI!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Harap semuanya dalam keadaan yang baik. Untuk kali ini, kami ada perkongsian yang istimewa untuk semua. Kami ada kongsikan pengalaman seseorang yang telah menjalani DNA Hair Test di sini.
Hai semua, pertama sekali saya nak memperkenalkan diri. Nama saya Rahimah Sazali. Jadi setelah melakukan DNA Hair Test, akak nak share pengalaman tu kepada semua. Mana tahu bermanfaat untuk yang belum pernah buat.
Sebab utama akak datang ke Poliklinik Penawar Semenyih adalah untuk check masalah kesihatan akak. Akak ni kerja office. Masuk pukul lapan, balik pukul lima atau enam petang. Masa awal-awal dulu akak okay saja. Tapi sejak akhir-akhir ni, akak ada masalah lesu. Ingatkan mungkin terlebih kuat buat kerja ke apa, dalam dua tiga hari okaylah. Tapi masalahnyadah dekat sebulan makin teruk p**a jadinya. Jadi akak pun ambiklah supplement untuk boost sikit energy. Biar tak lesu lagi. Malangnya, akak masih sama juga. Malam susah sangat nak tidur. Siang p**a cepat letih. Kadang-kadang baru tiga empat jam masuk kerja, penat dia bukan main lagi macam dah seminggu tak tidur.
Memandangkan keadaan akak makin teruk dan supplement yang akak ambik itu pun macam tak ada effect untuk improve keadaan akak, jadi akak nak buat full check up. Tak*t juga ada masalah apa-apa dalam badan yang kita tak tahu.
Hari akak cuti, akak direct saja pergi ke Poliklinik Penawar Semenyih dan tanya terus di kaunter, dekat sana ada tak buat DNA Hair Test. Sebab akak pernah la orang buat tu sebab nak tahu pasal kesihatan dia, tapi tak tau p**a dekat mana yang dia buat tu. Dan alhamdulillah memang dekat situ ada buat, jadi senanglah kerja akak. Tak perlu mencari-cari ke tempat lain p**a mencuba nasib.
Jadi, akak tunggu nama dipanggil dan masuk ke bilik doktor. Akak pun ceritakan masalah akak, dan kemudian akak tanya p**a pasal test tu. Doktor kata akak cuma perlu beri tiga helai rambut sebagai sampel. Tak perlu ambik darah apa semua. Jadi kepada sesiapa yang nak buat test ini dan tak*t kena inject, jangan risaulah ya. Selepas sampel rambut diambil, analisis pun dibuat.
Apabila result dah keluar, pihak poliklinik call akak dan akak datang semula ke sana. Result tu keluar dalam bentuk booklet. Semua details pasal tahap mineral, vitamin, antioksidan dalam tubuh dan sebagainya ada dalam tu. Apa yang akak perlu ambik dalam pemakanan, apa yang akak perlu elakkan pun ada. Dan mengik*t profiler atau result akak tu, akak dapat tahu apa punca masalah akak yang sebenarnya. Dan akak juga dapat tahu yang supplement yang akak consume tu sebenarnya tak sesuai untuk akak. Sebab tu tak nampak perubahan walaupun dah habis makan semua. Dah selesai semua, akak pun terus saja balik.
Dengan semua yang akak baru tahu tu, barulah akak dapat tentukan supplement dan jenis ubat-ubatan apa yang akak sepatutnya ambik, dan apakah cara yang lebih sesuai untuk akak ubah diet pemakanan akak.
Akhir sekali, terima kasih kepada team Poliklinik Penawar Semenyih kerana telah membantu saya untuk kembali bekerja dengan cergas dan lebih bersemangat dari sebelumnya.
Dengan perkongsian Puan Rahimah Sazali itu, kami harap dapat kami membantu sesiapa yang turut mempunyai masalah yang sama, atau merasakan ada sesuatu yang anda ingin pastikan berkenaan keadaan kesihatan anda secara lebih mendalam.
Jika anda berminat, boleh hubungi kami di:
https://senang.la/nak/hotlinedna

Ada asma , lelah atau batuk pada Si Kecil anda sila jangan ambil mudah ya para momies dan daddies di luar sana
06/11/2019

Ada asma , lelah atau batuk pada Si Kecil anda sila jangan ambil mudah ya para momies dan daddies di luar sana

[ ]SAYA DAH SUNAT! SAKIT SIKIT JE!Assalamualaikum warga semenyih yang disayangi☺tahun ini pendaftaran berkhatan bagi kan...
06/11/2019

[ ]
SAYA DAH SUNAT! SAKIT SIKIT JE!
Assalamualaikum warga semenyih yang disayangi☺
tahun ini pendaftaran berkhatan bagi kanak kanak lelaki telah pun dibuka ya!!
Dah siap sedia ke tu anak - anak yang nak berkhatan pada tahun ni?
Ibu bapa dah bersedia nak layan pelbagai ragam anak ?
hadiah untuk anak - anak pun staff klinik dan siapkan tau 😍
Bagi ibu bapa yang masih mencari klinik untuk berkhatan anak lelaki boleh segera hubungi kami dan dapatkan harga promosi terlajak murah 😱

SLOT TERSANGATLAH TERHAD!! 😱
DAPATKAN HARGA PROMOSI SEGERA!
ANDA JUGA BOLEH HUBUNGI KAMI TERUS DI TALIAN INI 😉
📞 0133881484 (Puan Shira)
📞 0133881484 (Puan Shira)
📞 0133881484 (Puan Shira)
KAMI SAYANG ANDA
See U @ Poliklinik Penawar Semenyih
Lokasi Kami Adalah DI :
=====
Poliklinik Penawar Semenyih
No 26 G, Jalan Semenyih Sentral 4 ,
43500 Semenyih , Selangor

Address

NO. 26G, Jalan SEMENYIH SENTRAL 4

43500

Telephone

0133881484

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bioptron And Wound Care Semenyih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram