09/12/2025
Daulat Tuanku
Fenomena kemarahan sosial (social rage) merujuk kepada ledakan emosi marah yang tidak terkawal melalui tingkah laku agresif, sama ada secara fizikal mahupun di ruang digital. Fenomena ini semakin ketara di Malaysia dan memberi kesan serius terhadap kesejahteraan masyarakat. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bahawa kes jenayah serangan menunjukkan peningkatan sederhana sebanyak 5.9 peratus, dengan jumlah 11,067 kes pada tahun 2024, berbanding tahun sebelumnya. Angka ini merangkumi pelbagai bentuk serangan yang mungkin berkait rapat dengan ketegangan sosial yang semakin meningkat.
Menerusi artikel yang disiarkan di The Star, Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, selaku Penaung Diraja Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, menzahirkan nasihat kepada masyarakat tentang kepentingan pengurusan emosi, empati dan tanggungjawab sosial dalam membina sebuah masyarakat yang lebih harmoni dan berdaya tahan.
PMCK Berhad menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan dan iltizam Tuanku, serta sentiasa komited dalam menggalakkan persekitaran yang bebas daripada gangguan, buli dan diskriminasi. Sebagai sebuah organisasi penjagaan kesihatan yang berteraskan nilai, PMCK sentiasa menjunjung tinggi prinsip empati, rasa hormat dan komunikasi berhemah dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.
Baca artikel penuh di sini:
https://www.thestar.com.my/lifestyle/health/2025/12/08/the-menace-of-social-ragein-malaysia
Layari website PMCK di sini:
https://investor.pmck.com.my/directors.html