Urut Tradisional Lelaki Semenyih

Urut Tradisional Lelaki Semenyih Sakit badan kerana penat bekerja? Mari berurut dengan saya! Like page ini!

Tak takut ke jika bangun pagi siap-siap nak pergi kerja tiba-tiba terasa leher sakit susah nak menoleh? Macam mana nak b...
08/10/2025

Tak takut ke jika bangun pagi siap-siap nak pergi kerja tiba-tiba terasa leher sakit susah nak menoleh? Macam mana nak bawak motor nak pandang kiri kanan?

Penyakit ini selalu orang kita panggil "salah bantal".

Tetapi ketahuilah, bantal sebenarnya tak salah!

Bukan bantal yang menjadi punca.

Puncanya urat dan otot kita memang dah tegang lamaaaaa sebelum tu lagi.

Badan dah bagi isyarat, tapi kita buat tak hirau. Akhirnya badan "merajuk". Terus urat kita buat mogok dan langsung tak boleh nak guna.

Kalau kereta atau motor kita jaga servis ikut mileage atau bulan, kenapa badan kita sendiri kita tak jaga dan tak pergi "servis"?

Ada orang perlu mengurut sebulan sekali, ada yang dua bulan atau tiga bulan sekali. Bergantung kepada badan masing-masing.

Mengurut tak perlu nak tunggu sakit, mengurut sendiri boleh mencegah dari rasa sakit bila urat mula mogok dan tak bagi kerjasama.

Jadikan mengurut sebagai amalan, lagi p**a kita bukan semakin muda. Bila lagi nak mula?

Nak cari tukang urut sekitar Semenyih, Kajang, Bangi yang boleh datang ke rumah dan ada 7 tahun pengalaman buat secara sepenuh masa? Tekan butang whatsapp untuk buat tempahan.

"Orang lelaki ni memang liat sungguh nak berurut ke?"Ini rungutan ramai isteri pelanggan yang saya biasa terima.Sebagai ...
01/10/2025

"Orang lelaki ni memang liat sungguh nak berurut ke?"

Ini rungutan ramai isteri pelanggan yang saya biasa terima.

Sebagai isteri, terdetik rasa kasihan lihat suami s**ar nak bergerak, sakit urat, sakit otot. Puas dipujuk pergi klinik, pergi cari tukang urut tapi mudah sahaja dijawabnya;

"Tunggulah dulu, esok lusa baiklah ni".

Kadang berminggu, ada yang masuk berbulan dah sakit sampai susah nak bergerak pun masih lagi dijawab "tunggu dulu", "nanti" dan sebagainya.

Tahukah anda kenapa suami atau ayah anda selalu mengelak bila nak berurut atau dapatkan rawatan?

Pertama sebab memang orang lelaki ni ada perangai pelik bin ajaib. Dia s**a menahan sakit. Ada yang kata ini ego sebab "nak tunjuk kuat" namun ada juga lihat inilah "pengorbanan".

Bukan tak ada duit, tapi duit yang ada lebih baik digunakan untuk benda lain selain daripada dirinya sendiri.

Disebabkan masalah pertama timbul p**a faktor kedua. Sebab yang kedua bila dia biasa menahan sakit sebelum-sebelum ini maka ramai lelaki yang tak biasa untuk berurut berbanding wanita. Bahkan ada yang trauma bila dengar pasal urut sebab takut urut ni menyakitkan, jadi lebam badan, jadi demam sampai susah nak bekerja nanti selepas urut.

Kerana itu ramai isteri ambil keputusan drastik, tempahkan saja tukang urut untuk suami, kemudian baru beritahu ada tukang urut nak datang ke rumah.

Nak tunggu suami setuju belum tentu dapat, terpaksa bertindak dulu sebab tahu hasilnya nanti suami jugak akan berasa lega dan sedap badan.

Sakit memang sakit waktu urut, tapi lepas urut punyalah rasa lega badan sampai akhirnya terus buat tempahan sendiri untuk bulan-bulan akan datang.

Nak mulakan tu sahaja yang berat sikit, tapi bila badan dan ringan dengan izin Allah, nak memandu ke nak kerja ke nak dokong anak ke dah tak ada masalah, waktu tu barulah urutan akan dis**ai.

Lepas ni akan tertanam dalam memori, asal rasa badan macam tak kena terus buat tempahan mengurut. Tak perlu nak paksa-paksa dah.

Nak tempah tukang urut lelaki berpengalaman datang ke rumah urut suami akak? Tekan butang whatsapp nanti ya!

Address

Semenyih
43500

Opening Hours

Monday 10:00 - 23:00
Tuesday 10:00 - 23:00
Wednesday 10:00 - 23:00
Thursday 10:00 - 23:00
Friday 10:00 - 23:00
Saturday 10:00 - 23:00
Sunday 10:00 - 23:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Urut Tradisional Lelaki Semenyih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Urut Tradisional Lelaki Semenyih:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram