29/07/2025
Tekanan Urutan Bukan Main Rasa-Rasa Sendiri.
Myra nak pesan sikit saja .
Buat yang mengurut tak kiralah baru mula, dah lama, atau urut ikut pengalaman turun-temurun.
Tolong jangan abaikan ilmu tekanan masa mengurut.
Tekanan tu seni. Tapi seni yang perlu berguru.
Tak cukup dengan rasa tangan saja.
Tak cukup dengan “ikut sedap kita tekan”.
Sebab tubuh pelanggan bukan tempat kita cuba-cuba.
Tahu tak, kalau tekan terlalu kuat atas saraf, boleh menyebabkan:
🚫 Kesemutan dan kebas
🚫 Sakit berpanjangan selepas urutan
🚫 Trauma tisu dan urat halus wanita
Dan kalau terlalu perlahan p**a, sampai tak capai otot dalam macam piriformis, quadratus lumborum, otot iliopsoas pelanggan rasa urut tu macam tak sampai titik point tu.
Setiap tekanan ada tempat, ada tujuan:
📍Tekanan perlahan – untuk tenangkan sistem saraf, sesuai untuk wanita lepas bersalin, haid, atau tengah emosi lemah.
📍Tekanan sederhana – untuk keluarkan angin, longgarkan otot, bantu darah lancar.
📍Tekanan kuat – untuk simp**an otot keras, tapi perlu ilmu arah otot dan teknik yang betul.
Kalau kita tak belajar, tak berguru.
Kita tak tahu pun apa yang kita sentuh
Saraf ke, salur darah ke, otot dalam ke, sendi ke, atau bahagian yang sepatutnya tak disentuh.
🎓 Cari guru, berguru dengan yang pakar.
Myra sendiri belajar dengan guru-guru lama, belajar cara pegang tekanan, rasa tisu, dan dengar bahasa tubuh.
Sebab urutan bukan kerja tangan saja.
Tapi kerja hati, ilmu dan rasa tanggungjawab.
Kalau sungguh nak bantu orang sihat,
Jangan malu berguru.
Jangan sombong dengan ilmu.
Lahra D'Home Spa & Confinement Care