Be the first to know and let us send you an email when Farmasi Fayyadh Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Farmasi Fayyadh telah berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 yang mula beroperasi pada 2012. Syarikat ini diuruskan dan diterajui sepenuhnya oleh bumiputera. Permis syarikat ini beroperasi sepenuhnya di Taman Pelangi Semenyih, Semenyih, Selangor.
Farmasi Fayyadh sedaya upaya menyediakan perkhidmatan yang terbaik dengan membekalkan ubat-ubatan, peralatan bantuan pemulihan dan suplemen makanan tambahan agar selaras dengan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia dalam membantu masyarakat awam untuk mencapai taraf kesihatan yang unggul supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih produktif.
Farmasi Fayyadh juga menyediakan khidmat nasihat secara percuma bagi mewujudkan hubungan dua hala antara masyarakat dan pihak farmasi. Ini membolehkan kefahaman yang lebih lanjut mengenai taraf kesihatan dan tahap kesedaran kesihatan supaya syarikat mampu menyediakan perkhidmatan yang memenuhi keperluan penduduk di sekitar Semenyih dan kawasan berdekatan, Selangor khususnya.
Farmasi Fayyadh akan sentiasa berusaha untuk membangunkan syarikat dengan memaksimumkan usaha agar dapat terus berbakti kepada masyarakat sekeliling.
VISI
Visi utama Farmasi Fayyadh adalah membina dan memperluaskan empayar perniagaan yang dijalankan dan menjadi destinasi bagi khidmat kesihatan yang bertaraf professional dan berkualiti.