14/09/2020
Banyak punca terjadi diatas disebabkan saraf lumber, pinggang dan pinggul tersepit menyebabkan aliran saraf terganggu hingga ke tapak kaki. Ini menyebabkan otot tegang dan mengganggu sistem kaki dari saraf, tulang, otot dan kulit kaki.
Saraf terkepit disebabkan salah angkat berat, posisi duduk yang tidak betul, kurang renggangan/senaman yang betul dan eksiden.
Kesan diatas mengambil masa dalam lingkungan 3 tahun untuk rasa sakit.
Sesi BEKAM,URUTAN dan SENAMAN REGANGAN dapat membantu menyelesaikan masalah ini......
Boleh hubungi kami untuk temujanji rawatan anda
www.wasap.my/60198966934
Adakah anda mengalami gejala tidak selesa pada bahagian kaki semasa anda sedang berehat atau sebelum tidur sehingga menyebabkan anda rasa gelisah dan sukar untuk tidur?
Semasa anda mahu melelapkan mata tiba tiba kaki rasa kebas, rasa bagai di cucuk cucuk dan , sakit dan gatal gatal.
Gejala ini hilang apabila anda menggerakkan kaki atau menggocangkan kaki. Kesannya ia menyebabkan tidur anda terganggu dan anda keletihan keesokan hari.
Sekiranya ia berterusan, anda mungkin mengalami “Restless Leg Syndrome”, ia adalah sejenis masalah saraf yang tidak diketahui puncanya.
Pencegahan dan rawatan banyak bergantung kepada perubahan cara hidup. Elakkan minum kopi dan merokok. Selain itu, Lakukan senaman regangan dan lakukan urutan di kaki serta rendamkan kaki dalam air suam.
Jika ia menggangu tumpuan dan rutin harian anda, dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera.