Klinik Amal

Klinik Amal Perkhidmatan rawatan kesihatan untuk seisi keluarga

Assalamualaikum dan selamat pagi.Hari ini ramai yang masih bercuti sempena Thaipusam kan. Nak beritahu kami tak cuti har...
02/02/2026

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Hari ini ramai yang masih bercuti sempena Thaipusam kan. Nak beritahu kami tak cuti hari ini, Klinik Amal buka cuma dari jam 9.00pg sehingga 4.00ptg.

Ada yang tak sihat? Atau perlukan sebarang perkhidmatan kesihatan? Bolehlah ke Klinik Amal ya. Dr bertugas hari ini Dr Marini kita☺️

Salam Isra' Mikraj, semoga kita menginsafi peristiwa perjalanan junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan mengukuhkan pengha...
17/01/2026

Salam Isra' Mikraj, semoga kita menginsafi peristiwa perjalanan junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan mengukuhkan penghambaan di kepada Allah.

Hari ini, Sabtu klinik beroperasi seperti biasa jam 9.00pagi sehingga 4.00 petang. Boleh dapatkan rawatan kesihatan terbaik daripada Dr Shamimi dan warga kerja kami.

Kesihatan hari ini, harapan hari esok~

DAULAT TUANKUDYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUSTUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIRD.K., D.M....
13/01/2026

DAULAT TUANKU
DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR
D.K., D.M.N., D.K. (Perak), D.K. (Perlis), D.K. (Selangor), D.K. (Kedah),
D.K. (Kelantan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K.Y.R., P.P.T.
Merafak Sembah & Mempersembahkan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah
Sempena Hari Keputeraan Ke - 78
Pada
14 Januari 2026 (24 Rejab 1447H)
SEMBAH TAKZIM DARIPADA
KLINIK AMAL (AMAL MEDICARE SDN BHD)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nak beritahu Klinik Amal buka ya pagi ini sampai jam 4.00petang. Doktor bertu...
25/12/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Nak beritahu Klinik Amal buka ya pagi ini sampai jam 4.00petang. Doktor bertugas hari ini Dr Marini☺️.
Jemput datang untuk sebarang perkhidmatan kesihatan ya, insyaAllah kami cuba berikat khidmat terbaik.

03/11/2025

Kenapa demam selalu datang waktu malam dan perlu ke makan ubat?

Pernah tak siang rasa sihat saja, tapi bila malam tiba badan tiba-tiba panas, kepala berat, menggigil sampai susah nak tidur?

Kenapa ya, demam ni macam “tunggu malam”?

Sebenarnya, waktu malam hormon kortisol dalam badan menurun. Kortisol ni berfungsi sebagai “brek” kepada sistem imun.

Bila brek ni lemah, sistem imun jadi lebih aktif dan mula melepaskan bahan kimia cytokine seperti IL-1, IL-6 dan TNF-α untuk melawan virus.

Tapi kesan sampingnya, cytokine ini akan “reset” tetapan suhu dalam otak (hipotalamus). Otak mula anggap suhu badan biasa (37°C) terlalu sejuk dan naikkan “set point” baru, contohnya 38.5°C.

Badan pun mula:
• Mengecutkan salur darah supaya haba tak keluar
• Menggigil kuat untuk hasilkan haba tambahan

Sebab itu kita menggigil walaupun panas, dan bila suhu dah sampai set point baru, kulit jadi merah dan muka terasa panas.Menjelang pagi, bila paras cytokine turun semula, suhu badan jatuh dan kita mula berpeluh banyak.

Inilah sebab demam virus sering memuncak waktu malam.

Jadi, perlu ke makan ubat demam?

Sebenarnya, ubat seperti paracetamol tak “halang” badan daripada berlawan. Ia cuma bantu kurangkan ketidakselesaan supaya kita boleh rehat, tidur dan minum air dengan lebih baik.

Kalau suhu melebihi 38.5°C, atau badan terlalu sakit dan tak mampu berehat, makan ubat itu wajar.Demam bukan musuh tapi tanda tubuh sedang berjuang.

Yang penting, bantu dia dengan rehat, air yang cukup, dan jangan lawan rasa lemah tu sendirian.

Sekarang ni musim influenza ya, jaga diri semua.
07/10/2025

Sekarang ni musim influenza ya, jaga diri semua.

Ramai tengah demam sekarang.
Ada yang cari Tamiflu, ada yang baru nak ambil vaksin.

Fakta sebenar, Tamiflu hanya berkesan kalau dimulakan dalam 48 jam pertama simptom.
Vaksin p**a tak boleh rawat jangkitan yang dah berlaku, tapi masih penting untuk elak jangkitan semula bila dah sembuh nanti.

Masa menentukan segalanya.
Yang penting sekarang, rehat, minum air cukup, dan jangan sebarkan virus pada orang lain.

Salam Awal Muharram buat semua umat Islam. Semoga Allah terima amal soleh dan taubat kita untuk tahun sebelumnya dan tet...
27/06/2025

Salam Awal Muharram buat semua umat Islam. Semoga Allah terima amal soleh dan taubat kita untuk tahun sebelumnya dan tetapkan langkah kita atas jalan redha-Nya.

Klinik Amal buka ya harini, tapi separuh hari sahaja sehingga jam 4ptg. Kalau ada yang perlukan sebarang rawatan dan perkhidmatan kesihatan jemput datang klinik ya.

Kullu 'aam wa antum bikhair insyaAllah
Kesihatan hari ini, harapan hari esok~

"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).Oleh itu,...
06/06/2025

"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)." [Al-Kauthar: 1-2]

Salam Aidul Adha buat semua yang beragama Islam. Semoga segala ibadah, pengorbanan, yang dilakukan untuk mendapat redha-Nya diterima Allah.

Klinik Amal akan bercuti pada hari Sabtu 7 Jun, 10 Zulhijjah sempena Hari Raya Aidil Adha. Kami akan kembali beroperasi pada hari Isnin, 9 Jun bermula jam 9.00pagi.

Salam Aidiladha dari seluruh warga Klinik Amal Senawang💓

Jawatan Kosong: Pembantu Klinik (Wanita Muslimah)Klinik kami sedang mencari individu yang amanah, bertanggungjawab dan m...
01/06/2025

Jawatan Kosong: Pembantu Klinik (Wanita Muslimah)
Klinik kami sedang mencari individu yang amanah, bertanggungjawab dan mesra dengan pesakit untuk menyertai pasukan kami.

📌 Kelayakan minimum: SPM
📌 Kemahiran asas menggunakan komputer
📌 Kemahiran komunikasi yang baik
📌 Sedia belajar & berkembang bersama pasukan
📌 Boleh bekerja secara shift

Suasana kerja yang selesa, mesra & saling menyokong 🌿
Jika anda berminat, hantarkan resume ke:
📧 klinikamal.senawang@gmail.com
atau hubungi kami melalui WhatsApp:
📱 http://www.wasap.my/6066778335/

Selamat pagi Isnin! Hari ni tak ada monday blues dengarnya sebab tengah cuti. Tapi Klinik Amal buka ya harini, 9.00 pagi...
12/05/2025

Selamat pagi Isnin! Hari ni tak ada monday blues dengarnya sebab tengah cuti. Tapi Klinik Amal buka ya harini, 9.00 pagi- 4.00 petang. Kalau ada yang perlukan sebarang khidmat kesihatan boleh ke Klinik Amal ya.

Salam Aidilfitri, moga amalan memburu taqwa diterima Allah~Please stay safe everyone!
30/03/2025

Salam Aidilfitri, moga amalan memburu taqwa diterima Allah~

Please stay safe everyone!

Repost tawaran minggu terakhir Ramadan!Istimewa untuk anda, promosi akhir Ramadan bermula hari ini! Rebut peluang untuk ...
26/03/2025

Repost tawaran minggu terakhir Ramadan!

Istimewa untuk anda, promosi akhir Ramadan bermula hari ini! Rebut peluang untuk dapatkan harga terbaik, perkhidmatan terbaik dari kami di Klinik Amal!

Sebarang pertanyaan atau booking boleh tekan link👇

http://www.wasap.my/6066778335/promoramadan

Kesihatan hari ini, harapan hari esok~

Address

No. 67, Taman Rasa Sayang
Senawang
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 16:00

Telephone

+6066778335

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Amal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Amal:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category