Rumah Sihat Senawang

Rumah Sihat Senawang Pusat terapi dan pengamal berdaftar di bawah Perubatan Tradisional dan Komplementari, KKM
(1)

14/05/2025

Jom support produk muslim

01/07/2024

Antara aktiviti kami selain dari terapi...

12/02/2024

Alhamdulillah.. program Pemantapan Kompetensi Diri Pengamal Perubatan Melayu telah berjalan dengan lancar dengan izin Allah SWT.

Tiada apa yang dapat dikatakan melainkan doa dan harapan pada yang ESA agar memakmurkan semula Perubatan Melayu akan datang

Usah bebankan diri mu dengan hal2 yang bukan urusanmu. Kerana urusan mu sendiri, Allah yang uruskan!
29/11/2023

Usah bebankan diri mu dengan hal2 yang bukan urusanmu. Kerana urusan mu sendiri, Allah yang uruskan!

Tak ada siapa mengaku kuat untuk menguruskan ujian hidup. Oleh sebab itu orang Islam sering berdoa meminta kekuatan dari...
24/11/2023

Tak ada siapa mengaku kuat untuk menguruskan ujian hidup. Oleh sebab itu orang Islam sering berdoa meminta kekuatan dari Allah.

Merasa kuat perlu melalui proses dan fasa. Tidak datang sekelip mata. Hanya yang gagal, memilih jalan pintas!

Alhamdulillah...Salah seorang Pengamal kami telah berjaya menamatkan pengajian Sarjana Falsafah (Perubatan Melayu) baru²...
21/11/2023

Alhamdulillah...
Salah seorang Pengamal kami telah berjaya menamatkan pengajian Sarjana Falsafah (Perubatan Melayu) baru² ini.

Semoga ilmu yang diperolehi oleh beliau dapat memberi menafaat kepada seluruh ummah.

Tahniah diucapkan!!

30/10/2023

Inilah ritma hidup!

Yang tegak berdiri, belum pasti kuat jiwanya,
Yang berpapah belum tentu lemah jiwanya,
Yang tersenyum selalu mungkin menyembunyikan laranya,
Yang kelat wajahnya barangkali mahal senyumnya,
Yang kuat gelaknya, barangkali kuat juga sentapnya,
Yang banyak diamnya entah² tersembunyi segedung pengalaman berharga dalam hidupnya,

Tetapi roh yang sihat jelas tampak di tindak tanduknya. Tanpa perlu dizahir atau di hide kan..

Pergi kerja hati tak seronok.Buat kerja hati jadi tak seronok.Dapat arahan bekerja langsung rasa tak seronok!Sebab dari ...
20/10/2023

Pergi kerja hati tak seronok.
Buat kerja hati jadi tak seronok.
Dapat arahan bekerja langsung rasa tak seronok!

Sebab dari awal niat dah tak dibetulkan...

03/10/2023

Istimewa buat warga Senawang dan Seremban
Pusat Terapi yang mesra pelanggan dan berpengalaman 🫡
✅ Pengamal/ Juruterapi berdaftar di bawah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari.
✅ Pelanggan lelaki akan dibantu oleh juruterapi lelaki dan pelanggan wanita dibantu oleh juruterapi wanita.
✅Pusat terapi yang selamat, bersih dan selesa
✅Pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung.
✅Terletak di aras bawah (ground floor)
✅Bilik rawatan lelaki dan wanita yang berasingan
✅Kemudahan surau yang selesa
✅Kemudahan kerusi roda untuk OKU
✅PERKHIMATAN YANG DISEDIAKAN
- Runding cara gaya hidup sihat secara bersemuka
- Terapi bekam (menggunakan peralatan pakai buang dan sisa klinikal diuruskan oleh pihak yang berautoriti)
- Terapi urutan (termasuk urutan kewanitaan)
- Terapi mandian herba sejuk & panas
- Terapi herba
- Terapi kerohanian
✅WAKTU OPERASI
Minggu 1 & 2 :
Isnin - Jumaat : 9 pagi - 6 petang
Sabtu : 9 pagi - 1 petang
Minggu 3 & 4
Selasa - Ahad : 9 pagi - 6 petang
✅ Sila hubungi Rumah Sihat Senawang bagi menempah slot temujanji dan maklumat lanjut.
https://wa.me/c/601110914142
https://wa.me/c/601110914142
https://wa.me/c/601110914142



29/09/2023

Jangan pernah berhenti untuk kekalkan sihat. Tapi jangan p**a terburu-buru untuk cepat sihat.
Penyakit tidak datang seperti ribut dan tidak pergi seperti semut.

Faham ke keliru?

Send a message to learn more

Adab Melayu nilainya tinggi. Langkah kanan ada maksudnya.Duduk panggung tegak tulangnya.Bertenang dan waspada adalah sif...
12/09/2023

Adab Melayu nilainya tinggi. Langkah kanan ada maksudnya.
Duduk panggung tegak tulangnya.
Bertenang dan waspada adalah sifatnya.
Musuh tidak dicari, namun jika bertemu tiada gentarnya.
Semua itu, dijaga lahir dan batin.

Sebab itu, orang kita sangat menjaga makan. Apa yang dimakan memberi menafaat pada tubuh. Walau bukan dari makanan kayangan, tetapi tidak p**a marhain.

Kita p**a bagaimana?

Alhamdulillah,Selesai program kesihatan bersama anak2 Raudhatul Tahfiz Hulu Langat. Seronok tengok anak² ini cergas sepa...
11/09/2023

Alhamdulillah,
Selesai program kesihatan bersama anak2 Raudhatul Tahfiz Hulu Langat.

Seronok tengok anak² ini cergas sepanjang aktiviti Senaman Tua (ST). Sesekali kedengaran suara nakal dan diselangi dengan tawa ria dari mereka dan pastinya akan meninggalkan kesan rindu kepada diri saya.

Bagi yang belum tahu apa itu Senaman Tua atau ST saya jelaskan sedikit untuk kefahaman kalian.

ST adalah satu Senaman yang bermula dengan bangkit diri rohani dan jasmani. Konsep senamannya bermula dari bawah, merangkumi berdiri, duduk, baring dan bergerak. Jadi ia sangat praktikal untuk semua lapisan umur. Senaman ini menjurus kepada kecekapan dan kekuatan fizikal. Adakalanya pergerakannya seumpama tarian yang indah. Tetapi tujuannya tidak lari dari matlamat asal.

Saya sendiri selepas berguru dengan pengasas ST (Azlan Ghani) telah merasa kesannya malah sambil merawat pun saya ber ST tanpa disedari sesiapa.

Alhamdulillah,
Saya sangat2 bersyukur atas aturan Allah ini. Bertambah sayang perasaan ini terhadap ilmu orang Melayu.

Kalian macam mana?

Address

52G, Jalan Dataran Kemuning 2, Dataran Kemuning
Senawang
70450

Opening Hours

Tuesday 09:30 - 18:00
Wednesday 09:30 - 18:00
Thursday 09:30 - 18:00
Friday 09:30 - 18:00
Saturday 09:30 - 18:00
Sunday 09:30 - 18:00

Telephone

+601110914142

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Sihat Senawang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram