21/11/2025
Kadang mak bidan tengok… ramai wanita bila nak ikhtiar hamil je baru datang urut.
Sedangkan rawatan yang berterusan lagi perlu sebenarnya selepas bersalin.
Masa tu rahim masih basah, saraf penat, urat pun banyak yang longgar.
Luaran nampak okay… tapi dalaman sebenarnya masih tengah struggle nak kuat balik.
Lepas pantang ramai rasa dah pulih.
Padahal dalam badan masih banyak benda “kena adjust”.
Sebab tu ada yang cepat penat, sakit belakang, angin penuh badan, emosi pun turun naik.
Bila baby makin membesar, tenaga pun makin banyak diperlukan… emosi pun kena kuat, tambah p**a bila rutin kerja dah mula semula.
Ikhtiar hamil tak salah, bagus sangat.
Cuma jangan lupa… badan sendiri kena pulih dulu.
Rahim tu tunjang untuk badan yang sihat.
Mak bidan kongsi benda ni sebab ramai tak sedar proses pemulihan lepas bersalin memang panjang.
Jangan tunggu sakit baru nak jaga.