22/11/2025
Sains di Sebalik Rawatan Cuka untuk Sengatan Ubur Ubur
Ramai orang tahu kalau terkena sengatan ubur ubur, langkah pertama ialah cuka. Tapi tak ramai tahu kenapa cuka boleh selamatkan nyawa.
Dalam sengatan ubur ubur, kulit kita terkena nematocyst, iaitu sel halus yang bertindak macam jarum mikro. Bila ia “meletup”, racun masuk dalam darah dan tubuh terus bertindak balas.
Masalahnya, selepas kita naik ke darat, beribu nematocyst yang belum meletup masih melekat pada kulit. Kalau tersentuh, digosok, atau kena air biasa, ia boleh terus melepaskan racun.
Di sinilah peranan cuka.
Cuka mengandungi asid asetik yang boleh mematikan nematocyst yang belum meletup. Ia menghentikan proses “fire” sel racun ini. Tanpa cuka, setiap kali kulit bergerak atau terkena air laut yang salah kepekatan, ia akan terus melepaskan racun tambahan.
Apa Berlaku Jika Kita Letak Pasir, Coca Cola, Kencing atau Petrol pada Sengatan Ubur Ubur
Benda benda ini selalu orang cuba, tapi semuanya salah dan sebenarnya buat racun jadi lebih teruk.
1. Pasir
Pasir akan menggosok kulit dan menyebabkan ribuan nematocyst meletup serentak. Lagi banyak “jarum racun” yang pecah, lagi kuat sakit, lagi cepat racun masuk dalam darah.
2. Coca Cola
Air bergula dan berkarbonat mengubah tekanan osmosis pada sel ubur ubur. Hasilnya, nematocyst terus aktif dan melepaskan racun lebih banyak. Gas dalam cola juga boleh merangsang tindak balas tambahan.
3. Kencing
Air kencing mengandungi garam dan ammonia pada paras tak stabil. Ia bukan mematikan sel racun, malah merangsang nematocyst meletup lebih cepat.
4. Petrol
Petrol bersifat iritasi dan menyebabkan hives pada kulit manusia, sambil mengaktifkan nematocyst. Ia juga boleh rosakkan tisu kulit, mempercepat penyerapan racun dan menyebabkan luka kimia. Lebih bahaya daripada sengatan itu sendiri.
Semua itu hanya membuat nematocyst meletup lebih banyak dan racun menjadi lebih kuat.
Selepas cuka dituangkan selama sekurang kurangnya 30 saat, barulah doktor akan keluarkan tentakel yang masih melekat, stabilkan saluran pernafasan, kawal kesakitan dan pantau jantung. Racun ubur ubur, khususnya ubur ubur kotak, boleh menyerang jantung dan menyebabkan kematian dalam beberapa minit.
Jika Tak Ada Cuka, Letakkan Air Laut, Kenapa?
Bila tiada cuka, air laut adalah pilihan paling selamat.
Kenapa air laut selamat?
Nematocyst (sel racun ubur ubur) sangat sensitif pada perubahan tekanan garam. Air laut ada garam dengan kepekatan sama seperti habitat semula jadi tentakel. Bila kita siram dengan air laut, sel racun tidak terkejut, jadi ia tidak meletup.
Air laut membantu membersihkan tentakel tanpa mencetuskan lebih banyak pelepasan racun.
‼️
Amaran Penting
Kepada sesiapa yang masih meninggalkan tips mengelirukan di ruangan komen, khususnya yang menyarankan petrol, pasir, air gas, Coca Cola atau air kencing sebagai rawatan sengatan ubur ubur, sila unfollow sekarang atau akaun anda akan diblok.
Kenyataan palsu seperti ini membuat orang awam terus percaya rawatan yang salah, dan boleh menyebabkan kecederaan lebih teruk atau kehilangan nyawa.
Ini bukan ruang untuk eksperimen.
Ini ruang untuk maklumat sahih.
Jika tak pasti, bertanya.
Jika tak tahu, diam lebih selamat daripada menyebarkan tip yang boleh membahayakan orang lain.
Kredit:PHM