Klinik Fuziah Kota Warisan

Klinik Fuziah Kota Warisan Provide the best Medical Services

πŸ’œ HARI STROK SEDUNIA 2025 πŸ’œπŸ“… 29 Oktober setiap tahunStrok boleh berlaku tanpa amaran β€” dan setiap minit yang berlalu, le...
29/10/2025

πŸ’œ HARI STROK SEDUNIA 2025 πŸ’œ
πŸ“… 29 Oktober setiap tahun

Strok boleh berlaku tanpa amaran β€” dan setiap minit yang berlalu, lebih banyak sel otak terjejas.
Namun berita baiknya, strok boleh dicegah dan dirawat dengan segera jika tanda-tandanya dikenalpasti awal.

⚑ Ingat tanda amaran β€œFAST” ⚑
πŸ‘‰ Face – Muka senget sebelah
πŸ‘‰ Arm – Tangan lemah
πŸ‘‰ Speech – Percakapan tidak jelas
πŸ‘‰ Time – Segera ke hospital

Jangan tunggu , setiap minit adalah berharga!
Dapatkan pemeriksaan tekanan darah, paras gula & kolesterol secara berkala di Klinik Fuziah untuk mencegah risiko strok.

Jaga kesihatan hari ini, demi hari esok yang lebih bermakna.

πŸ•‹βœ¨ Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1447H / 2026MSebelum melangkah ke Tanah Suci, pastikan kesihatan anda berada pada ta...
29/10/2025

πŸ•‹βœ¨ Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1447H / 2026M

Sebelum melangkah ke Tanah Suci, pastikan kesihatan anda berada pada tahap terbaik πŸ’ͺ

Pemeriksaan kesihatan adalah syarat wajib oleh Tabung Haji bagi memastikan jemaah benar-benar bersedia dari segi fizikal dan mental.

πŸ‘¨β€βš•οΈ Pakej asas merangkumi:
βœ… Konsultansi bersama doktor
βœ… Pemeriksaan fizikal menyeluruh
βœ… Ujian darah lengkap

πŸ’° Hanya RM135
πŸ“Klinik Fuziah (Bukit Changgang / Kota Warisan)

πŸ•‹ Sebelum Menjejak Tanah Suci, Pastikan Anda Layak Mengikut Syarat Kesihatan Tabung Haji.Tabung Haji menetapkan penilaia...
29/10/2025

πŸ•‹ Sebelum Menjejak Tanah Suci, Pastikan Anda Layak Mengikut Syarat Kesihatan Tabung Haji.

Tabung Haji menetapkan penilaian kesihatan yang ketat bagi memastikan jemaah benar-benar bersedia secara fizikal dan mental.
Individu yang mempunyai penyakit kronik tidak terkawal atau memerlukan bantuan perubatan intensif mungkin tidak dibenarkan menunaikan haji demi keselamatan diri dan jemaah lain.

πŸ’‰ Pemeriksaan awal di Klinik Fuziah membantu anda mengenalpasti tahap kesihatan dan memastikan anda memenuhi kriteria kelayakan sebelum penilaian rasmi Tabung Haji.

Langkah kecil hari ini boleh menentukan perjalanan besar anda nanti. πŸŒ™

27/10/2025
Cahaya pelita bersinar megah,Warna-warni hiasi permai.Selamat Hari Deepavali penuh indah,Dari Klinik Fuziah dengan kasih...
20/10/2025

Cahaya pelita bersinar megah,
Warna-warni hiasi permai.
Selamat Hari Deepavali penuh indah,
Dari Klinik Fuziah dengan kasih yang damai. πŸͺ”πŸ’›

Selamat Hari Deepavali kepada rakan pesakit yang menyambut perayaan ini pada hari ini. Semoga hari gembira ini disambut dengan penuh kasih sayang.

Klinik Fuziah beroperasi seperti biasa pada hari ini

πŸ₯Klinik Fuziah Bukit Changgang - 8 am sehingga 11 pm
πŸ₯Klinik Fuziah Kota Warisan - 9am hingga 10pm

🦠 Lindungi diri & keluarga daripada Influenza! Cuaca tidak menentu, kes influenza makin meningkat. Jangan tunggu sampai ...
19/10/2025

🦠 Lindungi diri & keluarga daripada Influenza!

Cuaca tidak menentu, kes influenza makin meningkat. Jangan tunggu sampai jatuh sakit baru nak bertindak!

Dapatkan suntikan vaksin influenza di Klinik Fuziah hari ini!

βœ… Tiada temujanji diperlukan – boleh terus walk-in!
βœ… Hanya RM85 satu dos (termasuk konsultasi)
βœ… Perlindungan sehingga setahun penuh

Sesuai untuk kanak-kanak & dewasa. Pastikan anda dan keluarga kekal sihat sepanjang musim wabak ini.

πŸ“Klinik Fuziah Bukit Changgang 03-31494784
πŸ“Klinik Fuziah Kota Warisan 03-87064258

Amaran Influenza di Selangor β€” Lindungi Diri & Keluarga!Kes influenza di Selangor kini meningkat dengan ketara, terutama...
15/10/2025

Amaran Influenza di Selangor β€” Lindungi Diri & Keluarga!

Kes influenza di Selangor kini meningkat dengan ketara, terutamanya melibatkan kanak-kanak dan warga emas. Ramai mengalami demam tinggi, batuk, sakit badan dan keletihan berpanjangan. Malahan ada yang terpaksa dirawat di hospital, sehingga mengakibatkan kematian.

Golongan berisiko seperti ibu mengandung, pesakit kronik dan individu dengan imuniti rendah perlu lebih berhati-hati.

πŸ’‘ Langkah terbaik:
1.Jaga kebersihan diri dan anak-anak
2.Elak tempat sesak jika tidak sihat
3.Dapatkan vaksin flu tahunan di klinik berdekatan untuk perlindungan tambahan!

Kesihatan juga sebahagian daripada amanah.Lindungi diri, keluarga dan komuniti. Semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit berjangkit

Prosedur Pembuangan Sista Sebaseus (Sebaceous Cyst Removal) pada Encik A yang berusia 50 tahun. Sebaceous Cyst adalah be...
15/10/2025

Prosedur Pembuangan Sista Sebaseus (Sebaceous Cyst Removal) pada Encik A yang berusia 50 tahun.

Sebaceous Cyst adalah benjolan kecil yang tidak berbahaya (bukan kanser) yang tumbuh di bawah kulit akibat saluran kelenjar minyak (sebum) yang tersumbat. Ia biasanya mengandungi bahan berwarna putih kekuningan seperti lemak atau keratin.

Secara lazimnya ketulan ini tidak berbahaya, namun boleh menimbulkan ketidakselesaan apabila saiznya bertambah besar dari hari ke hari.

Prosedur pembuangan disyorkan sekiranya sista:

1. Semakin membesar atau menyebabkan kesakitan
2. Menjadi merah, bengkak atau bernanah (jangkitan)
3. Mengeluarkan bau tidak menyenangkan
4. Mengganggu penampilan atau menyebabkan ketidakselesaan

Bagaimana untuk membezakan simptom-simptom demam influenza dengan selesema biasa? Lazimnya simptom kedua-dua demam ini t...
30/09/2025

Bagaimana untuk membezakan simptom-simptom demam influenza dengan selesema biasa?

Lazimnya simptom kedua-dua demam ini tidak banyak berbeza. Kenal pasti perbezaan kedua-dua jenis demam ini segera, dan terus ke pusat rawatan berdekatan untuk menjalankan ujian saringan segera.

Dengan pengesanan awal, komplikasi yang lebih teruk dapat di elakkan. Tambah juga perlindungan diri dengan mendapatkan suntikan vaksin influenza untuk keluarga anda.

Lindung diri!



Setiap hari, kami menerima bilangan kes positif Influenza yang semakin bertambah dari masa ke masa. Influenza bukanlah d...
29/09/2025

Setiap hari, kami menerima bilangan kes positif Influenza yang semakin bertambah dari masa ke masa. Influenza bukanlah demam selesema biasa. Tanpa rawatan segera, influenza boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk, sehingga menyebabkan kematian.

Amalkan amalan kesihatan yang baik. Elakkan tempat-tempat tumpuan ramai sekiranya bergejala dan menyentuh bahagian-bahagian seperti hidung, muka dan tangan.

Tambah perlindungan dalam diri dengan mengambil suntikan vaksin influenza sekarang!



Tahukah anda, kortisol bukan sekadar β€˜stress hormone’? Hormon kortisol ini sebenarnya penting untuk bantu tubuh kita:βœ”οΈ ...
18/09/2025

Tahukah anda, kortisol bukan sekadar β€˜stress hormone’?

Hormon kortisol ini sebenarnya penting untuk bantu tubuh kita:

βœ”οΈ Memberi tenaga apabila diperlukan
βœ”οΈ Membantu tindak balas terhadap tekanan
βœ”οΈ Mengawal keseimbangan sistem badan termasuk gula darah, tekanan darah & imuniti

Namun, paras yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh mengganggu fungsi tubuh. Sebab itu, gaya hidup sihat, tidur yang cukup dan pengurusan stres sangat penting untuk memastikan kortisol berada pada tahap seimbang. ✨


🚨 Tahukah anda, keracunan makanan bukan sekadar rasa tak selesa di perut? Dalam kes tertentu, ia boleh mengancam nyawa j...
12/09/2025

🚨 Tahukah anda, keracunan makanan bukan sekadar rasa tak selesa di perut? Dalam kes tertentu, ia boleh mengancam nyawa jika dibiarkan tanpa rawatan.

πŸ”‘ Kunci pencegahan terletak pada kebersihan, cara penyimpanan, dan pemilihan makanan yang betul. Ingat, sedikit kecuaian boleh membawa padah yang besar.

πŸ’§ Pastikan tubuh sentiasa cukup air, dan dapatkan rawatan segera jika gejala semakin teruk. Kesihatan anda bermula dari apa yang anda makan.


Address

60, Jalan Warisan Megah 1/4, Kota Warisan
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00

Telephone

+60387064258

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Fuziah Kota Warisan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Fuziah Kota Warisan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram