10/11/2020
๐๐ฎ๐น๐ผ๐ฟ๐ถ ๐บ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ด๐ฒ๐บ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
Bagi rakyat Malaysia, terdapat beberapa jenis makanan yang sudah sebati dengan kita. Pun begitu, tidak ramai dari kita yang tahu akan nilai kalori sebenar makanan-makanan tersebut. Berikut merupakan kalori dalam makanan kegemaran rakyat Malaysia.
๐ก๐ฎ๐๐ถ ๐๐ฒ๐บ๐ฎ๐ธ โ ๐ฒ๐ฐ๐ฐ ๐ธ๐ฎ๐น๐ผ๐ฟ๐ถ
Buat anda yang masih belum tahu, nasi lemak biasa yang dihidangkan bersama sambal ikan bilis, telur rebus dan kacang goreng itu sudah melebihi 600 kalori. Jadi, cuba bayangkan p**a jika anda tambah dengan ayam goreng yang mempunyai kira-kira 290 kalori? Sebenarnya, tidak salah jika mahu mengambilnya sekali-sekala, cuma cuba elakkannya pada waktu makan tengah hari dan waktu malam.
๐ฅ๐ผ๐๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ถ โ ๐ฏ๐ฑ๐ฌ ๐ต๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ฎ ๐ฐ๐ฌ๐ฌ ๐ธ๐ฎ๐น๐ผ๐ฟ๐ถ
Roti canai adalah makanan yang sudah sebati dengan masyarakat Malaysia. Namun begitu, adakah anda tahu bahawa sekeping roti canai sahaja sebenarnya mengandungi lebih banyak kalori berbanding sepinggan mee goreng? Dan bagi kebanyakan masyarakat kita p**a, sekeping roti canai adalah tidak cukup buat mereka. Oleh itu, cuba kawal kuantiti dan kekerapan pengambilannya.
๐ ๐ฒ๐ฒ ๐๐ผ๐ฟ๐ฒ๐ป๐ด โ ๐ฏ๐ฌ๐ฌ ๐ต๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ฎ ๐ฏ๐ฑ๐ฌ ๐ธ๐ฎ๐น๐ผ๐ฟ๐ถ
Walaupun ia kurang kalori berbanding roti canai, ia masih berada pada tahap yang tinggi. Ia mungkin sesuai untuk dijadikan sarapan pada waktu pagi sahaja. Atau jika anda mahukan sarapan pagi yang lebih sihat dan berkhasiat, apa kata anda cuba gantikan ia dengan semangkuk oat yang mempunyai hanya 160 kalori dan sebiji pisang yang hanya mempunyai 100 kalori. Ia sebenarnya sudah cukup untuk membekalkan anda tenaga pada waktu pagi.
๐ง๐ฒ๐ต ๐ง๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ โ ๐ฎ๐ฑ๐ฌ ๐ธ๐ฎ๐น๐ผ๐ฟ๐ถ
Setiap kali singgah di kedai makan mamak, sudah pasti air seperti teh tarik dan seumpamanya akan menjadi pilihan pengunjung. Buat peminat teh tarik, tidak salah jika anda ingin mengambilnya. Cuma cuba minta pelayan restoran tidak meletakkan gula di dalam air anda. Mengurangkan gula dalam minuman dapat meningkatkan tahap kesihatan.
๐๐ต๐ถ๐ฐ๐ธ๐ฒ๐ป ๐๐ต๐ผ๐ฝ โ ๐ฏ๐ฑ๐ฑ ๐ธ๐ฎ๐น๐ผ๐ฟ๐ถ
Bagi peminat masakan barat, ini mungkin pilihan anda. Pun begitu, anda perlu tahu bahawa jumlah kalorinya adalah sangat tinggi. Jadi, apa kata anda beralih kepada ayam atau daging panggang yang jauh lebih rendah kalorinya iaitu kira-kira 260 kalori sahaja.
๐ฃ๐ถ๐๐ฎ โ ๐ฎ๐ด๐ฌ ๐ธ๐ฎ๐น๐ผ๐ฟ๐ถ
Ya, mungkin ia adalah makanan yang mudah untuk dipesan dan ia boleh dihantar sehingga ke depan pintu rumah atau pejabat anda! Pun begitu, anda perlu tahu bahawa sekeping piza sahaja sudah mempunyai sekitar 280 kalori. Bayangkan ia mempunyai 9 keping?
Buat individu yang sedang memasang impian untuk ๐ค๐๐ค๐๐ฅ ๐๐๐ง ๐ญ๐๐ฆ๐ฉ๐ข๐ฅ ๐ฅ๐๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐ง๐ , cuba ambil jumlah kalori kira-kira 1,500 hingga 2,000 kalori sehari. Selain itu, gantikan minuman manis dengan air kosong yang tidak mempunyai sebarang kalori dan membantu kamu lebih cepat kenyang!
Dalam pada itu, lakukan senaman sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Jika anda adalah atlet yang menggemari aktiviti sukan, apa kata anda bersukan bersama teman-teman anda pada setiap hujung minggu? Ia pasti akan mendatangkan pelbagai manfaat dari aspek kesihatan dan kebahagian anda, bukan?
Dapat sesuatu?
Follow https://www.facebook.com/bahagiakurustanpalapar
dapatkan lebih banyak tips diet๐
Like dan Share semoga bermanfaat