30/07/2025
Bolehkah air kangen membantu untuk mendapat zuriat?
Jawapan:
InshaAllah air kangen boleh membantu dengan izin Allah. Kalau dengan amal minum air zamzam dengan niat dan doa adalah lebih afdal.
Berdasarkan ilmu yang saya ada, 3 faktor penting untuk mendapat zuriat bagi pasangan muda yang ingin bimbingan dan tips zuriat :
1. Faktor fizikal. Elok pasangan muda ini pergi ke hospital untuk mendapat rawatan fizikal. Jangan malu dan jangan segan bertanya kepada doktor perubatan kita di hospital.
Air kangen dapat membantu menghilangkan stress minda pasangan dengan ciri molekul air yang halus sepertiga daripada molekul air biasa.
2. Faktor gangguan spiritual. Mungkin faktor gangguan jin yang mengganggu rahim peranakan isteri. Mungkin gangguan jin dalam minda atau di saraf tulang belakang suami atau isteri.
Antara tanda ialah sering gugur kandungan, haidh tak menentu dan lebih tempoh normal.
Antara tips ialah elakkan menjadi penggemar koleksi barangan lama antik di rumah.
Perlu amal doa atau ruqyah tertentu. Perlu bantuan pengamal ruqyah yang berpengalaman. Amal solat witir sebelum tidur.
3. Faktor rezeki dari Allah Ta'ala. Anak adalah amanah Allah dan faktor rezeki masing-masing. Mungkin ada hikmah belum dapat zuriat. Jangan saling menyalah antara satu sama lain.
Banyakkan bersedekah dan kerap beristighfar kepada Allah Taala. Banyak berdoa dengan sepenuh hati. Maafkan semua orang terutama sebelum tidur.
Kenapa Air kangen?
1. Lebih bertenaga dan stamina lebih kuat.
2. Meneutralkan asid berlebihan dalam badan.
3. Mengurangkan kolesterol tinggi.
4. Mengurangkan pertambahan berat badan berlebihan.
5. Meningkatkan kualiti tidur pasangan hidup dan tenang.
KMS CENTRE SEPANG
011-2097 9928