Klinik Kesihatan Serdang, Kedah

PROGRAM DIABETES DAN RAMADHAN 2026Ini merupakan sesi ceramah kepada pesakit diabetes di KK Serdang bersempena sambutan R...
17/02/2026

PROGRAM DIABETES DAN RAMADHAN 2026

Ini merupakan sesi ceramah kepada pesakit diabetes di KK Serdang bersempena sambutan Ramadhan yang bakal tiba.

Tujuan program adalah untuk memberi penerangan mengenai tatacara pengurusan rawatan diabetes sepanjang bulan ramadhan bagi yang muslim selain menambah pengetahuan tentang diabetes kepada pesakit.
Program juga diselitkan dengan acara cabutan bertuah.

Follow : https://www.facebook.com/klinikkesihatanserdang

Selamat bertugas di tempat baharu dan tahniahkepada Penolong Pegawai Perubatan Encik Hasbullah Husin atas kenaikan pangk...
17/02/2026

Selamat bertugas di tempat baharu dan tahniah
kepada Penolong Pegawai Perubatan Encik Hasbullah Husin atas kenaikan pangkat.
Semoga ilmu dan jasa tuan di PKD Bandar Baharu hanya Allah sahaja yang membalasnya.
Ada rezeki kita berjumpa lagi.

16/02/2026
Majlis Hi-Tea 2026 pada 29.1.2026Bersama Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan, Pemandu Kenderaan Ber...
30/01/2026

Majlis Hi-Tea 2026 pada 29.1.2026
Bersama Penolong Pegawai Perubatan,
Pembantu Perawatan Kesihatan, Pemandu Kenderaan Bermotor dan Pembantu Khidmat Am di PKD Bandar Baharu.

21/12/2025
Pada 18/12/2025PROGRAM FUN WALK SIHAT CERGAS telah dianjurkan oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Serdang di Taman Tas...
21/12/2025

Pada 18/12/2025

PROGRAM FUN WALK SIHAT CERGAS telah dianjurkan oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Serdang di Taman Tasik Serdang.

Akitiviti yang dijalankan:

Senamrobik
Fun walk 3km
Ceramah ringkas Minda Sihat
Saringan kesihatan
Cabutan bertuah
Pameran Zakat
Perasmian penutupan

Program ini telah disertai oleh vateran ATM, ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan warga PKD Bandar Baharu.

Terima kepada kakitangan panel penasihat, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu, dan IPD Bandar Baharu unit trafik dalam melancarkan urusan program.

Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi hubungan dengan komuniti dan mempromosikan gaya hidup sihat. Diharap program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

Ikuti kami di:
https://www.facebook.com/klinikkesihatanserdang

17/12/2025LAWATAN TEKNIKAL TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (KESIHATAN AWAM), YBrs DR SHAREH AZIZAN BIN SHAREH ALI BER...
17/12/2025

17/12/2025

LAWATAN TEKNIKAL TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (KESIHATAN AWAM),
YBrs DR SHAREH AZIZAN BIN SHAREH ALI
BERSAMA KETUA PROGRAM DI PEJABAT KESIHATAN
DAERAH BANDAR BAHARU.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Shareh Azizan dan pasukan diatas lawatan ke PKD Bandar Baharu.

Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

Selamat maju jaya PPP Fahim.Beliau telah berpindah ke PKD Kulim setelah berkhidmat kira-kira 2 tahun di KK Lubok Buntar ...
09/12/2025

Selamat maju jaya PPP Fahim.

Beliau telah berpindah ke PKD Kulim setelah berkhidmat kira-kira 2 tahun di KK Lubok Buntar dan sebulan di KK Serdang.

Terima kasih atas perkhidmatan yang diberikan dan mohon maaf atas segala kesalahan kami dari warga KK Serdang.

07/12/2025
07/12/2025

Assalamualaikum wbt.

Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kita Abdol Hafiz bin Abdol Wahab, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Unit Inspektorat, Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Kedah telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Disember 2025 bersamaan 16 Jamadilakhir 1447H.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ikhlas daripada Dr Nurul Afzan bt Aminuddin, Pegawai Kesihatan Daerah dan seluruh Warga Kerja Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
‎اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, muliakan kematiannya, permudahkan segala urusannya, lapangkan kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

‎آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


Address

Jalan Pecah Batu
Serdang
09800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044077355

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Serdang, Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram