Faiz Ghani Takaful

Faiz Ghani Takaful “Your Protection Partner. Takaful Made Simple.” Who loves to make other happy

21/04/2026

Balik je dari Klinik Kesihatan, mak ayah kita mesti bawa balik satu beg plastik besar penuh ubat. Pagi telan 3 biji, malam telan 4 biji. Merah, putih, kuning. dah macam makan 'skittles'.

Bila kita tengok, kita selalu cakap, "Alah, biasalah penyakit orang tua."

Sedap je kita normalize kan benda tu jadi macam 'Pakej VIP' bila dah pencen wajib ada 3 Serangkai (Darah Tinggi, Kencing Manis, Kolesterol). Macam tak sah kalau takde.

Statistik terbaru kebangsaan dedahkan realiti yang sangat menakutkan: 68% warga emas di Malaysia ada sekurang-kurangnya DUA penyakit kronik ni serentak.

Bayangkan, hampir 7 dari 10 mak ayah kita sebenarnya tengah bertarung nyawa setiap hari nak pastikan jantung tak 'jammed' dan buah pinggang tak rosak.

Tapi yang paling kelakar (dan seram), kita yang muda ni asyik bebel kat mak ayah suruh pantang makan, padahal kita sendiri tengah gigih 'pre-order' pakej penyakit yang sama.

Pagi pekena teh tarik leleh, tengahari melantak teh ais balang, pukul 1 pagi p**a pekena nasi kandar kuah banjir. Bersenam p**a setahun sekali waktu Family Day syarikat.

Dengar sini, penyakit 3 serangkai ni bukan sejenis magik yang tiba-tiba wujud masa umur 60 tahun sebaik saja kita potong kek pencen. Ia dibina senyap-senyap bermula masa umur kita 20-an dan 30-an.

Waktu ni la pembuluh darah perlahan-lahan mula berkerak dengan sisa kolesterol. Pankreas kita p**a mula 'burnout' sebab hari-hari kena kerja keras pam insulin nak lawan gula yang kita teguk. Bila enjin badan dah rosak teruk, barulah simptom tu meletup keluar masa umur senja.

Hentikan mentaliti "nanti dah tua barulah diet".

Umur 60-an tu sepatutnya waktu untuk kita rehat, pergi masjid, main dengan cucu, dan travel tenang-tenang. Bukan waktu untuk beratur panjang ambil darah, telan ubat segenggam, dan menangis cucuk insulin kat perut sendiri hari-hari.

Sayang sikit badan tu. Kurangkan manis dalam minuman, mulakan berjalan kaki sikit-sikit. Jangan tempah tiket ke wad hospital terlalu awal.

Bagitau kawan korang yang kalau order teh ais, dia punya 'extra manis' tu boleh buat potong kaki. Suruh dia beringat sikit.

28/03/2026
Training pagi ini berkaitan penggunaan PRUServices Website.Sebahagian daripada komitmen berterusan untuk melengkapkan CP...
09/02/2026

Training pagi ini berkaitan penggunaan PRUServices Website.

Sebahagian daripada komitmen berterusan untuk melengkapkan CPD Hours tahunan, supaya setiap urusan, servis dan nasihat kepada klien sentiasa ikut piawaian semasa.

Kerana sebagai takaful partner anda bukan hanya tentang polisi, tetapi memastikan sistem, ilmu dan proses sentiasa dikemas kini.

Your Takaful Partner
017-644 6483

27/01/2026
Alhamdulillah. ✨
23/01/2026

Alhamdulillah. ✨

Address

Seremban

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faiz Ghani Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Faiz Ghani Takaful:

Share