Dr Alinawati Mohd Ali

Dr Alinawati Mohd Ali Pakar Perbidanan Sakit Puan . SALAM Senawang Specialist Hospital

My truly humble appreciation for such good words. Thank you so much Atiqah. Alhamdulilah rezeki Atiqah dapat experience ...
19/03/2026

My truly humble appreciation for such good words. Thank you so much Atiqah. Alhamdulilah rezeki Atiqah dapat experience yg baik dengan kami. Kami bukan yang terbaik tapi InshAllah kami akan sentiasa cuba utk beri yg terbaik mengikut kemampuan kami.

Apa pun kami tetap ada banyak kekhilafan dan saya pasti pernah ada hati yg terluka atau mungkin rasa tidak dapat seperti apa yang diharapkan.
Utk itu di hujung sisa Ramadhan ini, saya dengan rendah hati bagi pihak diri sendiri dan juga semua kakitangan SALAM Senawang Specialist Hospital menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan
🙏🙏🙏

Saya ucapkan jutaan terima kasih juga pada yang bermurah hati berkongsi kuih muih hamper raya samada pesakit2 tercinta saya, sahabat2, hospital dan vendor. Banyak yang tak sempat saya snap gambar pun, tahu2 sampai rumah dah masuk mulut dan perut. Haha...
Antara yang saya rasa terharu bila grab call - someone dr jauh yg hanya pernah consult di alam maya je berkirim kuih raya. 💕💕💕

Selamat Hari Raya semua. Semoga Ramadhan yang bakal berlalu bukan yang terakhir utk kita.

SUPPLEMENT LEBIH SELAMAT DARI UBAT ?Sorang pesakit saya ni admit dengan sakit perut yg kuat dengan pain score 8-10/10 da...
16/03/2026

SUPPLEMENT LEBIH SELAMAT DARI UBAT ?

Sorang pesakit saya ni admit dengan sakit perut yg kuat dengan pain score 8-10/10 dan dikategorikan sebagai "Acute abdomen"
Selain sakit ada rasa loya
Perut tegang, sakit bila ditekan
Urine pregnancy test negative
Tak demam

Macam tipikal utk diagnosis "Torsion ovarian cyst", keadaan dimana kita :
-perlu utk buat pembedahan kecemasan dan cuba selamatkan ovari dari simpulan
- ATAU buang je ovari tu kalau dah memang rosak akibat simpulan yg kuat dan lama.

Tapi sebaik letak ultrasound probe, terkejut tengok rupa dan saiz kedua-dua ovari yg bengkak hingga lebih 3 kali ganda saiz biasa, tapi hanya ada multiple folikel BUKANNYA cyst atau ketumbuhan seperti dijangka.

Pening kepala doktor nak urus dan rawat.

Keadaan yg sama seolah2 ada rangsangan ovari yg berlebihan akibat rawatan2 kesuburan. IUI? IVF?

Pesakit kata tak ada. Belum sampai level tu. Mereka baru nak TTC.
Tapi bila ditanya lebih, ada ambik SUPPLEMENT tujuan untuk pulihkan hormon badan dan mudahkan utk pregnant.

Ramai fikir supplements
- Natural
- Tiada dadah atau bahan kimia
- Selamat dan tidak berisiko.

Sekarang semakin mudah utk nak dapat, online pun banyak dan di hujung jari je
Supplement yang always overclaimed selamat dan tiada risiko

Jadi wahai wanita semua berhati2 lah.
Bukan semua supplement itu selamat
Ubatan dari priskipsi doktor pun ada risiko

Cuma bezanya doktor anda akan menentukan keperluan, timing, dos dan mengambil tanggungjawab untuk sebarang risiko permasalahan.

Over the counter dan online ni siapa yg nak guide, nak pantau, nak ambik tanggungjawab ?
Nak gugurkan kandungan pun boleh senang2 beli ubat kat TikTok je sekarang. 😮‍💨😮‍💨😮‍💨😮‍💨

Terlalu banyak tangan2 yang senang ambik kesempatan atas keinginan dan keterdesakan wanita ni.

So tolonglah ada rasa takut dan jangan simply decide sendiri.

Jarang2 ada patient macam ni. Riuh operating theatre tu dibuatnya.Imagine patient yg sedang 'dibega' oleh ku boleh berbo...
14/03/2026

Jarang2 ada patient macam ni.
Riuh operating theatre tu dibuatnya.

Imagine patient yg sedang 'dibega' oleh ku boleh berborak dgn Anaesthetist non stop tanpa perlu risau apa yg sedang terjadi pd tubuhnya 😁😁😁
Definitely my Anaesthetists also superb.

" Doktor mana ada org ambik gambar kat Menara Pisa cam tu nampak jalan tar. Ishh...doktor ni, people know your age dah by looking at your photo"
Ilmu baru yg saya belajar. 😆😆
Something yg membezakan GenZ n these more senior (bukan tua tau) generation.

Dalam wad lepas tu sambung episode borak seterusnya. Kalau tak de kerja lain memang lama lagi tu saya boleh menyambung. I would say it was really enjoyable time.

Last jumpa sebelum ni 6 yrs back masa deliver yg 2nd. Appreciate your effort of coming back to me malam2 drive sesorang yg tak dekat tu. Walhal ada je hosp private lain sebelah umah.

And today, Yeayy...dah dapat Maman Raya.
Tak pasti bertahan sampai raya atau tak. Most likely tidak. Hahaha...

Thank u so much Hajar & Fairul. They both very pleasant and kind. Semoga dimurahkan rezeki dalam pelbagai bentuk. InshAllah semoga silaturrahim kita berpanjangan ❤️❤️❤️

Kebiasaan pesakit yg 1st time dtg akan ada resah..Ya lah jumpa Dr mestilah samada ada sakit atau ada masalah yg mebimban...
08/03/2026

Kebiasaan pesakit yg 1st time dtg akan ada resah..
Ya lah jumpa Dr mestilah samada ada sakit atau ada masalah yg mebimbangkan.

Pesakit saya ni mmg lain. Ceria, sentiasa senyum dan mudah mesra.
Baru beberapa patah perkataan saya bercakap, dia dah toleh ke Along yg teman hari tu. "Long, doktor ni baiklah, ibu s**a dgn doktor ni."
Aitt...saya pun confuse, macam dah kenal setahun gaya ceritanya. 😅😅
Masuk wad, Angah baru sampai dr Besut pun dia bgtau ayat yg sama.

Tapi sekejap lagi nurse saya pun dipuji. "Nurse ni pun baik sangat". Kata2 yg memang nampak ikhlas dan bukan sengaja dibuat2. Di kaunter nurse saya borak dgn nurse2 lain, diorang pun bgtau benda yg sama.

Saya belajar - Bila kita positif dan senang nampak kebaikan pd org, kebaikan tu akan berjangkit dan melantun pada kita dan semua disekeliling kita. Saya dapat tgk anak2 pun sama macam ibunya. ❤️

We are really blessed to have such patient.
Semoga Datin terus sihat dan sentiasa dlm kebaikan dan rahmatNya.

Mcm berjodoh pulak baju sama colour theme ☺️

Gigih pesakit saya ni dari KL merentas ke SenawangKagum dan appreciate sangat.Semoga dimudahkan semua urusan bakal tetam...
04/03/2026

Gigih pesakit saya ni dari KL merentas ke Senawang
Kagum dan appreciate sangat.

Semoga dimudahkan semua urusan bakal tetamu Allah ni. Semoga dikurniakan sebaik2 kesihatan dan Haji yang mabrur.

Borak2 Ramadhan -Pregnant and fasting
02/03/2026

Borak2 Ramadhan -Pregnant and fasting

Dalam siri Ramadan kali ini, kami bawakan anda siri yang kedua, iaitu Tips Ramadan: Penjagaan Ibu Mengandung Semasa Berpuasa nersama dengan Pakar-Pakar Perub...

Whenever she came for appointment they both remind me of the quiet strength and endless patience that women carry within...
24/02/2026

Whenever she came for appointment they both remind me of the quiet strength and endless patience that women carry within.

A single mother raising her child for over seven years.
A mother who stands faithfully beside her daughter — not just as a parent, but as a good friend, a listener, and her unwavering support system.

18/02/2026

Tiada Klinik Malam sepanjang Ramadhan

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN"

My favourite
17/02/2026

My favourite

Our next class InshAllah next week. Jom cepat2 daftar. Bulan depan kita akan rehat sebulan utk bg laluan pada Ramadhan
09/02/2026

Our next class InshAllah next week.
Jom cepat2 daftar.
Bulan depan kita akan rehat sebulan utk bg laluan pada Ramadhan

Selesai klinik Sabtu, keluar hospital gi wedding, jumpa org hospital balik. Semua comei2 tanpa uniform. Cantik wedding v...
08/02/2026

Selesai klinik Sabtu, keluar hospital gi wedding, jumpa org hospital balik. Semua comei2 tanpa uniform.

Cantik wedding venue dgn rumah melayu klasik. Meriah dgn warna bergambar depan bunga yg colourful tu.

Terima kasih atas jemputan Sister Faridah. Tahniah terima menantu. Semoga pasangan kekal bahagia melayari alam rumahtangga. Sampai masa nak dpt cucu, jemput mai klinik Dr Alina ya

Acik Bedah ni lebih kurang usia mak saya.Saya mula jumpa dia 11 thn dulu, dari mula dia berjalan tegak, start bongkok si...
05/02/2026

Acik Bedah ni lebih kurang usia mak saya.

Saya mula jumpa dia 11 thn dulu, dari mula dia berjalan tegak, start bongkok sikit, pakai tongkat dan skrg dah perlu kerusi roda untuk jalan jauh. Perubahan yg seiring usianya, dan mungkin saya jugak satu hari nanti kalau dipanjangkan umur.

Ari ni dtg dengan Angah. Berebut anak2 nak ambik turn bila time nak bawak jumpa doktor. Untung orang ramai anak.

Apa yg tak berubah ialah keramahan dan keceriaannya sejak dulu lagi. Seronok saya dengar cerita angsa, kolam ikan, kucing. Kalau setakat saya dapat ikan salai dari kolam dia sendiri tu dulu2 mmg perkara biasa ☺️☺️☺️

Semoga Acik Bedah terus dikurniakan kesihatan yg baik walaupun dlm kekangan tertentu dan bahagia dikelilingi keluarga tersayang.

Address

SALAM Senawang Specialist Hospital
Seremban
70450

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Alinawati Mohd Ali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram