29/07/2025
APA ITU FISIOTERAPI?
Masih ramai yang tidak tahu apa itu FISIOTERAPI. Ramai jua yang tidak tahu apa perlu buat jika mengalami sebarang kecederaan. Contohnya :-
-Slipped Disc (Sakit Tulang Belakang)
-Sport Injury (Ligament koyak dan sebagainya)
-Stroke (Angin Ahmar)
-Frozen Shoulder (Bengkak pada capsule bahu)
-Arthritis
-Spondylosis (Sakit Leher @ Pinggang)
-Post Operation (Fracture Case)
-Plantar Faciitis (Sakit Tapak Kaki)
-Dan sebagainya
Semua kondisi di atas memerlukan rawatan fisioterapi untuk mempercepatkan proses penyembuhan (Process Healing) dan bagi mengurangkan kesakitan.
Antara rawatan-rawatan yang diberikan adalah:
Senaman aktif - dilakukan sendiri oleh pesakit
Senaman pasif - dilakukan oleh ahli fisioterapi
Senaman pernafasan, cara batuk , suction - memudahkan pengeluaran kahak
Teknik manual - urutan (soft tissue manipulation), pergerakan sendi (joint mobilization)
Alat terapi - Hotpack, Coldpack, Electrical stimulation, Ultrasound
Aktiviti mengikut pekerjaan/sukan - menggunakan tongkat, naik turun tangga, berlari
Pendidikan pesakit / patient education
Tidak semua rawatan akan diberikan kepada setiap orang. Ia bergantung kepada keadaan pesakit. Tetapi antara target kita adalah untuk memastikan pesakit dapat bergerak secara optimum, independant dan selamat.
Semoga maklumat ini bermanfaat kepada semua^^