Dr Syed Jefrizal Paediatrician KPJ Seremban

Dr Syed Jefrizal Paediatrician KPJ Seremban Dr Syed graduated from University of Dundee in Scotland and underwent his specialist training in var

Kebelakangan ini, scenario yang banyak berlaku... Anak-anak dah recover dari Influenza, dah discharge... Tapi selepas du...
02/11/2025

Kebelakangan ini, scenario yang banyak berlaku... Anak-anak dah recover dari Influenza, dah discharge... Tapi selepas dua tiga hari di rumah, develop cirit-birit dan Muntah2 😬😬

Nak pesan kriteria-kriteria cirit-birit dan muntah yang kami medical doktor risau.

Moga yang baik baik sahaja insha-Allah untuk anak anak kita... Ameen ya Rabb.











Salam semua... Sekarang banyak yea jangkitan RSV.Nak pesan masa cuti sekolah nie, keboleh jangkitan agak tinggi.Yang 'sp...
16/09/2025

Salam semua... Sekarang banyak yea jangkitan RSV.

Nak pesan masa cuti sekolah nie, keboleh jangkitan agak tinggi.

Yang 'special' sikit RSV nie... Demam bukan satu kemestian.

Anak tu boleh oxygen rendah, perlu bantuan pernafasan, struggle nak nafas... Tapi dia TAK DEMAM 😬

Pointers yang menunjuk ke possible RSV infection ialah :

1. Anak berumur kurang setahun

2. Batuk berpanjangan eg lebih tiga hari

3. Batuk disertakan kes**aran bernafas eg ada chest wall recession, tracheal tug, abdominal breathing (boleh tolong Google terms nie)

4. Kalau ada oxygen probe lagi bagus... Tolong pastikan jangan oksigen level anak kurang dari 94%







Harap post nie sampai kepada pegawai-pegawai panel - panel insurance yang bertanggungjawab approve GL patients saya.Sema...
11/09/2025

Harap post nie sampai kepada pegawai-pegawai panel - panel insurance yang bertanggungjawab approve GL patients saya.

Semalam, saya dapat reply kata GL patients saya tak approve, diaorang suruh out patient treatment sahaja.

With all due respect, adalah tidak adil untuk seseorang yang berada di pejabat untuk buat keputusan samada patients saya perlukan in-patient treatment atau out-patient treatment.

Percayalah, sebagai parent, siapa yang nak anak dia masuk hospital tanpa sebab. Kena apply cuti, kena fikir anak-anak yang lain sekolah, kena fikir nak masak, iron baju, minta tolong atok nenek sedara tolong jaga... ie, macam macam laa kena fikir bila anak masuk wad nie... tak senang tau!

Jadi, kalau orang dah apply GL in-patient untuk patient paeds... Mesti ada sebab yang munasabah.

Tambahan p**a, ini antara contoh list bezanya in-patient treatment dan out-patient treatment :

1. Nebuliser.... Neb hospital pakai oksigen tapi klinik pesakit luar tak

2. Jenis antibiotic.... Contoh nama antibiotic nie Rocephin... Hanya ada dalam intravenous form... Takde ubat makan

3. Penyerapan ubat... Insha-Allah, masuk drip kalau bagi 10 bahagian, badan akan serap 10,10 tu... Kalau ubat makan, bagi 10 bahagian, dapat serap 8.5 atau 9 sahaja

Di samping tu, ada keputusan klinikal yang hanya doktor di lapangan sahaja yang boleh buat.

Contoh.. Anak nie dah tujuh hari tak sihat.. Dah pergi klinik dua kali... Dah start antibiotic dari GP... Bila periksa ada kahak dalam paru-paru (pulmonary crepitations).

Jadi, anak nie kalau ambil darah dan xray... Darah dan xray akan normal sebab keadaan dia dah partially treated dengan oral antibiotics.

Jadi, anak nie tetap kena masuk ward sebab ada clinical signs walaupun darah dan xray normal.

Sorry laa panjang sikit...harap baca dengan tenang, rational dan tidak emosi.

Saya hanya advocating for my patients and family.

Percayalah kitaorang tak s**a s**a aje nak masuk wad.

Gambar sekadar hiasan.

Tak marah tau nie... Luahan hati dan perasaan sahaja.








Susulan post saya tempohari...https://www.facebook.com/share/p/18r3ZAYXCA/Ini lagi satu contoh yang doktor di lapangan y...
08/09/2025

Susulan post saya tempohari...

https://www.facebook.com/share/p/18r3ZAYXCA/

Ini lagi satu contoh yang doktor di lapangan yang kena buat keputusan.

Kita tengok xray yang normal. Xray paru-paru yang normal, kaler paru-paru akan hitam sebab dia sel udara.

Bila ada jangkitan, kahak, cecair atau apa sahaja yang bukan udara..... akan ada tompok putih pada xray.

Jadi... Kalau kita lihat xray pesakit pertama.... Dia ada right lower lobe pneumonia... Tapi tompok tompok putih dia nampak jarang sikit... tak padat tompok putih dia (sila lihat pada anak panah merah).

In contrast pada pesakit kedua... Tompok putih dia lebih padat pada penjuru kanan paru-paru dia, right upper lobe pneumonia (juga sila lihat pada anak panah merah)

Secara logiknya, atau kalau kita tanya chatgpt... Patient mana yang lebih teruk? Patient pertama atau yang kedua? Umum akan jawab patient kedua laa sebab tompok putih dia lebih padat dan banyak dari patient pertama.

Namun begitu, sebenarnya.. Patient pertama yang masuk ICU, patient kedua alhamdulillah rilek aje kat wad biasa.

Ini adalah kerana patient pertama dia develop 'severe bronchospasm' di mana saluran pernafasan jadi lebih sensitive dan mengecil.... Patient ada wheezing, oxygen level drop dan perlukan bantuan pernafasan.

Oleh yang demikian, mohon sahabat2 saya di panel insurance ambil cakna perspective kami doktor di lapangan. Kami tak akan admit, escalate treatment unnecessarily sekiranya keadaan tidak memerlukan.








Salam parents...Wallahu'alam, lately nie.. banyak kes yang agak mencabar... Contohnya, patient chickenpox hari tu sampai...
11/08/2025

Salam parents...

Wallahu'alam, lately nie.. banyak kes yang agak mencabar... Contohnya, patient chickenpox hari tu sampai paru-paru berair, patient Influenza sampai tak boleh jalan kena pakai wheelchair... dan ada beberapa patient kena pakai oksigen.

Nak pesan kalau ada kriteria-kriteria seperti points di bawah, elok tolong pergi check yea please :

1. Demam berterusan lebih dari 3 hari

2. Demam tak kebah walaupun dah bagi ubat demam setiap 4 jam

3. Batuk yang disertakan dengan kes**aran bernafas

4. Muntah atau cirit berdarah

5. Nampak lesu dan tak bermaya

6. Kurang kencing atau tak kencing langsung

Moga yang baik baik sahaja insha-Allah untuk anak anak kita semuanya... Ameen ya Rabb.








Alhamdulillah 🤲😊
24/07/2025

Alhamdulillah 🤲😊








15/07/2025

Terima kasih ibu patient izinkan saya kongsi video ini.

Tolong doakan anak dia yea, semoga Allah sihatkan cepat..... Ameen ya Rabb.

Situasi camnie, tolong ke klinik berdekatan dengan segera... kalau boleh ke hospital terus, lagi bagus.








Address

Jalan Toman 1
Seremban
70200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Syed Jefrizal Paediatrician KPJ Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category