Klinik Pergigian Senawang

Klinik Pergigian Senawang Menyediakan perkhidmatan pergigian kepada semua lapisan masyarakat..

03/04/2026

Dalam kita beraya sakan pergi open house sana sini, jangan lupa jaga gigi✨😁

Ingat 5 benda ni: Gosok gigi jangan tinggal, flos, untuk pastikan tiada plak tersekat, pilihan makanan dan minuman kurang manis, kerap minum air kosong & jangan sesekali kongsi berus gigi!

Baru betul… Raya meriah, senyuman pun berseri! 🌙✨

Amalkan Tips Penjagaan Gigi Sewaktu Hari Raya
30/03/2026

Amalkan Tips Penjagaan Gigi Sewaktu Hari Raya

24/03/2026
16/03/2026

MULUT YANG SIHAT, KUNCI HIDUP YANG HEBAT! 🦷✨

Tahukah anda? Kesihatan mulut bukan sekadar tentang gigi yang cantik, tapi ia adalah nadi kepada kualiti hidup kita.

Daripada si kecil yang baru nak belajar makan, orang dewasa yang perlu tampil yakin semasa berucap, hinggalah warga emas yang ingin terus tersenyum bahagia bersama cucu tersayang, kesihatan mulut menyokong kita sepanjang hayat!

Apabila mulut sihat, kita boleh:
✅ Makan dengan selesa 🍔
✅ Bercakap dengan jelas 🎤
✅ Belajar & bekerja dengan fokus 📚
✅ Berhubung dengan orang sekeliling tanpa rasa segan 🤝

Jom pastikan senyuman kita dan keluarga kekal sihat.

Kerana "A Happy Mouth Is... A Happy Life!" 😊

Jangan lupa Like & Share info ini untuk manfaat bersama!

07/03/2026

Mulut bersih, minda pun ceria! 😁✨

Gigi yang bersih bukan sahaja buat senyuman nampak cantik, tapi juga buat kita lebih yakin dan gembira.

Bayangkan beza ni 👇
🦷 Bila gigi bersih, orang puji, senyuman pun makin manis
🦷 Gigi kotor, rasa malu nak senyum, nak bercakap pun tak yakin

Jadi jangan lupa:
✔️ Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
✔️ Gunakan ubat gigi berfluorida
✔️ Kurangkan makanan dan minuman manis
✔️ Datang pemeriksaan gigi secara berkala
dan jangan malu untuk memberitahu doktor gigi jika ada masalah pergigian yang anda alami.
Kami sedia membantu❤️

Senyuman yang sihat bermula dengan penjagaan setiap hari 💙

Jom jaga gigi kita!

Penjagaan Kesihatan Pergigian Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan
04/03/2026

Penjagaan Kesihatan Pergigian Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadhan

RAWATAN GIGI MEMBATALKAN PUASA?
23/02/2026

RAWATAN GIGI MEMBATALKAN PUASA?

17/02/2026

🚨 KENALI TANDA, LINDUNGI NYAWA! 🚨

Kanser mulut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi jika dikesan awal, peluang rawatan adalah lebih baik.

⚠️ Jangan abaikan jika anda mengalami:
▪️ Ulser tidak sembuh melebihi 2 minggu
▪️ Tompok merah atau putih dalam mulut
▪️ Benjolan di mulut, bibir atau leher
▪️ Sukar mengunyah, menelan atau menggerakkan lidah
▪️ Rasa kebas di kawasan mulut

❗ Jika ada tanda-tanda ini, segera berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan lanjut.

Kesedaran hari ini mampu menyelamatkan nyawa esok.


Meraikan majlis perpisahan buat JT Nor Azira yang akan mendapat lantikan interim serta pelatih DSA Asyaza dan pelatih JT...
06/02/2026

Meraikan majlis perpisahan buat JT Nor Azira yang akan mendapat lantikan interim serta pelatih DSA Asyaza dan pelatih JT Dhanusia yang akan tamat latihan praktikal di KP Senawang. Kami warga Kp Senawang mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala sumbangan yang diberikan dan selamat maju jaya di tempat baru serta berjaya di dalam peperiksaan.

04/02/2026

*Kempen Bulan Kesedaran Kanser Mulut 2026*
Tema: *Spot The Signs, Stop Mouth Cancer*

Bersesuaian dengan tema Bulan Kesedaran Kanser Mulut 2026, Promosi Pergigian Negeri Sembilan telah mencipta satu *isyarat tangan* khas sebagai simbol kesedaran untuk menggalakkan orang ramai mengenali tanda-tanda awal kanser mulut melalui pemeriksaan kendiri.

🤚 *Maksud Isyarat Tangan*

1️⃣ *Tapak tangan menghala ke muka*
👉 Melambangkan pemeriksaan kendiri kanser mulut di hadapan cermin.
Orang ramai digalakkan untuk:
• Melihat dalam mulut
• Periksa bibir, gusi, lidah dan p**i, leher
• Mengesan luka, tompok putih/merah atau perubahan luar biasa

2️⃣ *Tapak tangan menghala ke luar*
👉 Melambangkan mesej “ambil tindakan” dan “sebarkan kesedaran”.
Pemeriksaan kendiri secara berkala adalah penting untuk pengesanan awal kanser mulut, seterusnya membantu rawatan yang lebih berkesan dan menyelamatkan nyawa.

📢 Orang ramai digalakkan untuk:
• Mengamalkan pemeriksaan kendiri secara berkala
• Menggunakan isyarat tangan ini dalam aktiviti kesedaran
• Berkongsi mesej Spot The Sign, Stop Mouth Cancer

*Pengesanan awal menyelamatkan nyawa*

Jom sama-sama *Spot The Signs, Stop Mouth Cancer.*

30/01/2026

Tahukah anda? 🤔
Berkumur selepas gosok gigi boleh buang fluorida yang melindungi gigi.
Tips malam ni: ludah buih berlebihan sahaja, jangan kumur!
Gigi lebih kuat, risiko berlubang berkurang 💪🦷

6 Disember 2025 (Sabtu) - Family Day KP Senawang diraikan dengan penuh keseronokan di PD Wellness zone, Port Dickson! 🌴🎉...
07/12/2025

6 Disember 2025 (Sabtu) - Family Day KP Senawang diraikan dengan penuh keseronokan di PD Wellness zone, Port Dickson! 🌴🎉🌟

Walaupun sedikit hujan dan air laut pasang pada waktu pagi tetapi tidak mematahkan semangat untuk berkumpul bersama bagi memeriahkan program ini.

Terima kasih kepada semua dan diharap program ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. 💕



Address

Persiaran 2, Taman Kemuning
Seremban

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066766901

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Senawang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram