25/01/2023
Korang pernah perasan tak kadang-kadang ada benda penting dalam kehidupan harian yang kita diabaikan? Cuba fikir kejap, apa benda yang kadang rasa ianya penting tapi selalu dilupakan? Kadang-kadang kami sendiri pun rasa macam tu juga. Ha… salah satunya adalah hayat tilam kita tu.
Bila kali terakhir korang beli tilam? Alaaa yang korang sedang guna sekarang ni lah. Adakah 10 tahun lepas? Atau 20 tahun lepas? Pernah terfikir tak ‘kesihatan’ tilam korang tu. Ke main tidur jer. Malas fikir lah katakan.
No No! Jangan buat dek jer yer. Korang tahu tak bila korang guna tilam lama ni boleh mencetuskan masalah kesihatan? Bahaya tau! Tilam kita, tilam anak-anak, tilam mak ayah kat kampung tu. Pernah tak ambil tahu hayatnya? Okay ke idok? Ntah ke dah jadi sarang tikus dalam tilam tu? Ha mana la tahu kan. Tikus sekarang ni bijak pandai dah. Mereka pun nak juga tidur guna tilam!
Okay meh sini akak nak story mory sikit kat korang. List kat bawah ni antara masalah kesihatan yang boleh timbul bila korang pakai tilam lama. Jom check out!
𝗕𝗘𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗞𝗨 𝗔𝗣𝗔𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗨𝗥
Adakah bila korang masuk tidur dalam keadaan normal tetapi bangun setiap pagi dengan sakit pada leher, bahu dan belakang? Mungkin tilam korang tidak memberikan badan korang sokongan yang cukup.
𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗨𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗟𝗨𝗦𝗨𝗛 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗟𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗧𝗜𝗗𝗨𝗥
Jika tilam korang koyak, kendur, berketul, kemek, ada kesan kotor, menipis dan springnya terkeluar, tolong gantikannya. Bukan sahaja kelihatan hodoh, semua kerosakan ini boleh menyakitkan badan kita dalam pelbagai cara.
𝗔𝗟𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗠𝗨𝗡𝗖𝗨𝗟
Lebih lama tilam kita, lebih banyak hama habuk yang mungkin ada. Najis hama habuk ini boleh menyebabkan masalah pernafasan, jadi jangan terkejut jika asma korang muncul. Korang juga mungkin berasa gatal di seluruh badan disebabkan kulapuk, bakteria dan alergen lain yang bersembunyi pada tilam tu.
𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜
Okay, tak mungkin akan ada orang yang bangun tidur terus menyanyi macam dalam filem tetapi korang kene bangun dengan rasa bertenaga. Jika korang bangun dan masih berasa lemah dan letih, mungkin tilam korang tidak menjalankan tugasnya dengan baik.
𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗦𝗨𝗞𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗨𝗥 𝗗𝗜 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗜𝗡
Ada banyak sebab mengapa orang memilih untuk tidur di tempat yang berbeza. Mungkin untuk mengelak daripada dikejutkan pada tengah malam oleh pasangan yang berdengkur. Mungkin bilik itu terlalu panas atau sejuk atau mungkin tertidur di atas sofa semasa menonton TV. Tetapi jika tiada satu pun sebab ini ada kena-mengena dengan korang dan korang sampai ke tahap lantai pun lebih selesa daripada tilam sendiri, maka ya, memang sudah tiba masanya untuk membeli tilam yang baru – dan kami ada tilam yang tepat untuk korang.
Jadi untuk elakkan dari korang terus sakit, apa kata korang gantikan tilam lama dengan tilam baru. Untuk info korang, Cuckoo ada tilam. Kami berkolaberasi dengan Napure Brand di mana ia adalah salah satu syarikat yang ada mengeluarkan tilam yang bagus dan berkualiti tinggi. Dengan itu, korang boleh memiliki tilam kayangan yang mampu milik.
Nak info lanjut, boleh hubungi akak ye www.wasap.my/60173661751/