Jom Rawat Buasir Dan Sembelit

Jom Rawat Buasir Dan Sembelit Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jom Rawat Buasir Dan Sembelit, Health & Wellness Website, NO 110 Jalan LAVENDER HEIGHT 1, PUSAT PERNIAGAAN, Seremban.

Tablet Hermos adalah penawar buasir dan sembelit yang dirumus dari bahan semula jadi (African mango & Arabic gum) khas untuk membantu dalam menyelesaikan masalah buasir dan sembelit anda.

5 Pantang larang bagi orang buasir
17/05/2022

5 Pantang larang bagi orang buasir

TUJUAN PEMBEDAHAN BUASIRBeberapa jenis pembedahan buasir termasuklah ligasi pita getah, pembekuan (coagulation), sklerot...
17/05/2022

TUJUAN PEMBEDAHAN BUASIR
Beberapa jenis pembedahan buasir termasuklah ligasi pita getah, pembekuan (coagulation), skleroterapi, ‘hemorrhoidectomy’ dan ‘hemorrhoid stapling’. Buasir atau ‘hemorrhoids’ (juga digelar sebagai ‘piles’).
Setiap pembedahan bergantung pada lokasi buasir tersebut samada ia adalah buasir luaran atau buasir dalaman.
Gejala buasir luaran adalah:
✅Gatal di sekitar dubur.
✅Rasa sakit di sekeliling dubur, terutamanya semasa duduk.
✅Terdapat benjolan di sekitar dubur.
Gejala buasir dalaman p**a termasuklah:
✅ Pendarahan semasa pergerakan usus (membuang air besar).
Buasir jatuh keluar dari dubur, yang dikenali sebagai ‘prolapse’.
Jenis Pembedahan Buasir
Terdapat beberapa jenis pembedahan buasir seperti yang dijelaskan di bawah:
🎯– Ligasi Pita Getah
Prosedur ini bertujuan untuk mengubati pendarahan atau ‘prolapse’ buasir dalaman. Ia melibatkan pakar bedah meletakkan pita getah di sekitar pangkal buasir anda. Keadaan ini akan menyekat bekalan darah ke buasir itu, dan akhirnya menyebabkan buasir itu jatuh.
Kesan sampingan jarang berlaku tetapi termasuklah:
- Pendarahan dari dubur.
- Ketidakupayaan untuk mengeluarkan air kencing (pembendungan air kencing).
Jangkitan di kawasan dubur.
Kesakitan teruk yang tidak bertindak balas terhadap sebarang rawatan untuk melegakan sakit. Keadaan ini mungkin disebabkan getah yang digunakan terlalu dekat dengan kawasan di ka**l dubur yang mengandungi rasa sakit.
🎯– Pembekuan (Coagulation)
Pembekuan boleh merawat pendarahan bagi buasir dalaman yang tidak menonjol. Doktor akan menggunakan aliran elektrik atau cahaya infrared untuk membentuk tisu parut pada buasir anda. Tisu ini kemudian akan menyekat bekalan darah ke buasir, seterusnya menyebabkannya jatuh.
Kesan sampingan yang anda mungkin alami termasuklah:
- Kesakitan yang teruk semasa prosedur dijalankan.
- Pendarahan dari dubur.
- Jangkitan di kawasan dubur.
- Ketidakupayaan untuk membuang air kencing (pembendungan air kencing) yang sementara.
🎯– Skleroterapi
Dalam prosedur ini, doktor akan menyuntik larutan kimia ke dalam buasir dalaman anda. Ia mematikan hujung saraf dan membantu melegakan kesakitan yang dialami pada buasir. Selain itu, ia juga akan membentuk tisu parut dan menyebabkan buasir jatuh.
Kesan sampingan yang mungkin anda alami adalah:
- Bengkak.
- Kemerahan.
- Rasa sakit pada kawasan berhampiran urat yang disuntik.
- Alahan terhadap larutan yang disuntik.
- Rasa terbakar pada urat yang disuntik.
- Kulit berubah warna.
🎯– ‘Hemorrhoidectomy’
Pembedahan ‘Hemorrhoidectomy’ bertujuan untuk mengeluarkan buasir. Pakar bedah melakukan prosedur pembedahan buasir ini di hospital yang mana anda akan menerima sekatan tulang belakang (spinal block) atau anestetik tempatan.
Pakar bedah akan membuka dubur anda dan memotong buasir dengan lembut. Pemotongan dilakukan menggunakan pelbagai instrumen pembedahan seperti gunting pembedahan atau laser. Namun, kedua-dua alat ini mempunyai tahap kesakitan yang sama sahaja. Selepas mengeluarkan buasir dari tubuh anda, pakar bedah akan menutup luka, membiarkan luka terbuka atau gabungan dua kaedah ini.
Mengapa luka dibiarkan terbuka? Ia boleh terjadi kerana dua sebab iaitu luka itu sukar ditutup disebabkan lokasinya atau anda mempunyai keadaan kesihatan lain.
Kesan sampingan yang anda mungkin alami adalah:
- Jangkitan.
- Pendarahan dari dubur.
- Pembocoran najis
- Masalah membuang air kecil akibat kesakitan.
🎯– ‘Hemorrhoid Stapling’
Pembedahan ini membantu merawat buasir dalaman yang telah berkembang pesat, atau menjadi ‘prolapse’. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh dilakukan untuk merawat buasir luar.
Kebiasaannya, pakar bedah akan menggunakan anestetik untuk menjalankan prosedur pembedahan buasir ini. Seterusnya, pakar bedah akan menggunakan alat khas untuk mengubah buasir tersebut kepada posisi normal dalam ka**l dubur, Bekalan darah akan berhenti disalurkan ke buasir dan menyebabkan saiznya berkurang secara perlahan.
Beberapa kajian telah menemui bahawa prosedur pembedahan buasir ini kurang menyakitkan berbanding pembedahan tradisional seperti ‘hemorrhoidectomy’. Malah, ia juga mungkin boleh pulih dalam masa yang singkat. Namun begitu, terdapat risiko yang tinggi bahawa keadaan tersebut akan berulang kembali.
Kesan sampingan yang anda mungkin alami:
- Pendarahan.
- Jangkitan.
- Rekahan dubur (a**l fissuring) – lapisan ka**l dubur terkoyak.
Penyempitan dubur atau dinding rektum disebabkan oleh parut.
Buasir berulang kembali.

Faktor - faktor penyakit buasir mula menyerang anda. Dan ia akan melarat sekiranya tidak dirawat segera.________________...
17/05/2022

Faktor - faktor penyakit buasir mula menyerang anda. Dan ia akan melarat sekiranya tidak dirawat segera.
____________________________________
1. Kerap sembelit.
Gejala ini adalah potensi terbesar anda akan diserang penyakit buasir. Sembelit yang berlarutan amat bahaya untuk usus kita. Cara untuk atasinya adalah dengan menjaga pemakanan dani minum air secukupnya.
2. Posisi yang salah.
Mencangkung adalah posisi yang paling selamat jika anda ingin buang air besar. Jika anda menggunakan jamban duduk, kedudukan usus kita akan sedikit membengkuk dan akan menyebabkan najis kita keluar dengan tidak sempurna.
3. Terlalu meneran.
Anda dinasihatkan tidak terlalu menerang ketika membuang air besar kerana kelakuan ini akan menyebabkan usus kita akan menerima tekanan yang berlebihan. Ini akan mengakibatkan urat / pembuluh darah dalam usus kita membengkak.
4. Pemakanan yang tidak teratur.
Pemakan yang tinggi fiber / serat amatkah digalakkan sekiranya anda kena sembelit atau telah pun diserang penyakit buasir.
5. Tidak minum secukupnya.
Badan kita memerlukan 8 gelas setiap hari untuk stabil. Air yang cukup di dalam badan dapat membantu proses pencernaan berjalan lancar, suhu badan kita ideal, darah kita berjalan dengan stabil. dan banyak lagi kelebihan serti yang kita tahu.
6. Mengandung atau bersalin.
Ini adalah antara faktor terbesar buat wanita yang diserang buasir. Golongan yang ini haru mendapatkan rawatan segera. Perkara ini adalah normal bagi wanita yang hamil dan bersalin normal.
7. Duduk Tau berdiri terlalu lama.
Hal ini selalu dialami oleh driver2 lori atau bas, pekerja kilang, polis, askar serta guru. Pelbagaikan posisi senang diri anda supaya anda tidak berdiri atau duduk terlalu lama.
8. Kerap mengangkat benda2 berat.
Seperti yang kita ketahui. Apabila kita mengangkat beban yang berat, usus kita akan mengalami tekanan yang kuat. ianya sama dengan point ke 3 di atas.
9. Dubur tidak bersih.
Mencuci dubur dengan air adalah adalah cara yang paling sempurna. Ini bagi mengelakkan pengump**an bakteria yang banyak di dubur kita.
10. Usus terluka.
Ramai yang tidak tahu, Bahawa makan yang pedas dan kuat rempah atau herba-herba ini akan membuatkan badan kita akan menjadi panas. Secara tidak langsung mengakibatkan kita menjadi sembelit. Jika kerap terjadi sembelit, potensi kita terkena buasir amat -amatlah tinggi.

KENAPA PERGERAKKAN YANG STATIK AKAN MEMBERI KESAN BURUK PADA BUASIR?Buasir ini terjadi kerana pembengkakkan urat pada us...
17/05/2022

KENAPA PERGERAKKAN YANG STATIK AKAN MEMBERI KESAN BURUK PADA BUASIR?
Buasir ini terjadi kerana pembengkakkan urat pada usus kita. Jadi, jika anda statik pada sesuatu posisi pada jangka masa yang lama. Urat yang bengkak tadi akan menerima tekanan yang banyak dan akan membuatkan Buasir menjadi lebih besar. Ini adalah faktor utama kenapa anda akan berasa berdenyut, rasa pedih, gatal pada dubur anda. AWAS!
ATURAN MAKANAN YANG CACA-MARBA.
Pemakanan yang tidak teratur adalah punca utama kenapa Buasir kita lambat pulih. Perut kita adalah organ yang akan menghadam apa jua yang masuk melalui mulut kita. Jika ia tidak dapat menghadam dengan betul akan anda akan mengalami masalah sembelit . Najis kita akan menjadi terlalu keras dan kering.
Selepas menghadam, najis kita akan melaui saluran usus kita dan akan berlanggar dengan urat yang bengkak tadi. (Buasir). Ini akan mengakibatkan anda akan merasa kesakitan yang amat sangat dan mungkin akan berlaku pendarahan. Jadi, polar pemakan juga sangat2 penting untuk kita jaga.

Address

NO 110 Jalan LAVENDER HEIGHT 1, PUSAT PERNIAGAAN
Seremban
70400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Rawat Buasir Dan Sembelit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram