18/12/2025
KENAPA KENA PILIH KASIH DENGAN ANAK YANG LAIN ?
Biasanya situasi pilih kasih macam ini akan berlaku sekiranya ada anak yang ;
1. Cemerlang dalam peperiksaan , selalu sangat dapat A A A A
2. Anak yang tiada masalah perkembangan
3. Anak yang nampak βHE-LOKβ( cantik paras rupa , kulit putih )
4. Anak yang pandai bodek tapi sebenarnya dia yang paling pemalas hehe
Bila mana ada anak yang disisihkan , kesan daripada psikologi anak akan mula menunjukkan tingkah-laku yang nakal , memberontak semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada ibubapa.
Biasanya anak yang disisihkan ini lebih cenderung untuk berseorangan dan mula cari kawan di dunia luar yang dia rasa akan dihargai. Andai kata tersilap langkah , kawan-kawan yang dia rasa dihargai itulah yang akan merosakkan masa depan dia sendiri. BAHAYA !
Kesan dekat sekolah p**a Cikgu di sekolah akan beri kurang perhatian pada pelajar yang bermasalah dan disisihkan sekali lagi. Kawan-kawan sekelas akan mula jauhkan diri dengan pelajar yang bermasalah.
Secara tidak langsung dengan sikap memilih kasih ini memberi impak yang besar kepada anak-anak dalam kita tidak sedar.
Percayalah cakap min ni , biasanya anak anak yang disisihkan / kurang beri perhatian ni yang akan banyak tolong , berjasa pada mak ayah / mummy daddy berbanding anak yang kita selalu agung-agungkan , puji merata dekat semua orang.