Rayyan OT Centre

Rayyan OT Centre Where Early Treatment Transforms Lives, Early Assestment and life-changing treatment for toddlers. Rayyan OT Centre is a centre for children with special needs.
(1)

We believe that every child should enjoy learning through play. We are dedicated to help the children with intelectual and developmental disabilities to have a better Quality of Life.

16/03/2026

*Manfaat aktiviti siram pokok*
🍀 Melatih kemahiran motor halus
Pegang penyiram air, tuang air dan kawal pergerakan tangan.

🍀Meningkatkan fokus dan perhatian
Kanak-kanak belajar fokus pada satu tugasan sampai selesai.

🍀 Belajar ikut arahan mudah
Contoh: ambil air → siram pokok → letak balik penyiram.

🍀 Membina rutin dan tanggungjawab
Mereka faham pokok perlu dijaga setiap hari.

🍀 Rangsangan sensori yang menenangkan
Sentuhan air, bunyi air dan melihat air mengalir boleh bantu regulasi emosi.

🍀Mengajar konsep sebab dan akibat
Jika pokok disiram → pokok hidup dan segar

🍀Menggalakkan kemahiran hidup harian (IADL)
Aktiviti penjagaan persekitaran yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan sebenar.

16/03/2026

*Kelebihan Aktiviti Jejak Kaki Haiwan*🐾

*Meningkatkan kemahiran pemerhatian*
Murid belajar melihat dan mengenal bentuk jejak kaki haiwan yang berbeza.

*Menguatkan kemahiran motor halus*
Aktiviti seperti tampal, padan atau cap jejak kaki membantu pergerakan jari.

*Membantu mengenal haiwan*
Murid dapat mengaitkan jejak kaki dengan haiwan seperti kucing, ayam atau burung.

*Meningkatkan fokus dan perhatian*
Murid perlu memberi tumpuan semasa memadankan jejak kaki dengan haiwan yang betul.

*Merangsang pemikiran kognitif*
Murid belajar membuat padanan dan perbandingan bentuk.

*Aktiviti sensori dan menyeronokkan*
Jika menggunakan cap atau plastisin, murid dapat merasai pengalaman pembelajaran secara sensori.

16/03/2026

*Kelebihan Aktiviti Cap Jari Harimau (Tiger Fingerprint Art) untuk Murid EIP*🐯

*Meningkatkan kemahiran motor halus*
Murid menggunakan jari untuk mencap warna, ini membantu menguatkan otot jari dan tangan.

*Merangsang deria sentuhan (sensori)*
Murid dapat merasa tekstur cat pada jari, sesuai untuk aktiviti sensori.

*Meningkatkan fokus dan perhatian*
Murid perlu memberi perhatian semasa mencap bagi membentuk gambar harimau.

*Menggalakkan kreativiti*
Murid boleh menggunakan warna dan cap jari untuk membentuk corak harimau yang unik.

*Membantu mengenal haiwan*
Guru boleh memperkenalkan haiwan seperti harimau serta habitatnya semasa aktiviti.

KERJA KOSONG – GURU LELAKI DIPERLUKAN SEGERAAdakah anda seorang yang penyayang, sabar dan s**a membantu kanak-kanak?Kami...
12/03/2026

KERJA KOSONG – GURU LELAKI DIPERLUKAN SEGERA

Adakah anda seorang yang penyayang, sabar dan s**a membantu kanak-kanak?

Kami di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Istimewa Cerdik Rayyan sedang mencari Guru Lelaki yang berminat untuk bersama kami membantu membimbing dan menjaga kanak-kanak istimewa.

Ini peluang untuk anda menyumbang kepada masyarakat sambil membina pengalaman bekerja dengan kanak-kanak istimewa.

📍 Lokasi:
No 17, Jalan RK 5/14, Rasah Kemayan, Seremban, Negeri Sembilan

Kriteria Diperlukan
✅ Lelaki Muslim
✅ Penyayang & penyabar dengan kanak-kanak istimewa
✅ Minat bekerja dengan kanak-kanak
✅ Boleh bekerjasama dalam pas**an
✅ Bertanggungjawab & berdisiplin

📞 Hubungi / WhatsApp Sekarang:
019-611 5813
📲 Klik untuk WhatsApp terus:
https://wa.me/60196115813⁠�

10/03/2026

Kelebihan eksperimen biji benih untuk murid EIP💦🪴

1️⃣*Menggalakkan pemerhatian*

Murid dapat melihat perubahan biji benih dari hari ke hari (biji → akar → daun). Ini melatih kemahiran melihat dan memberi perhatian.

2️⃣ *Memahami konsep sebab dan akibat*
Murid belajar bahawa biji benih akan tumbuh apabila diberi air dan cahaya matahari.

3️⃣ *Merangsang deria sensori*
Murid boleh menyentuh tanah, biji benih dan air. Ini membantu perkembangan sensori mereka.

4️⃣ *Melatih kesabaran*
Murid belajar menunggu beberapa hari untuk melihat hasil pertumbuhan biji benih.

5️⃣*Mengembangkan bahasa dan komunikasi*

Guru boleh memperkenalkan perkataan mudah seperti:

biji

air

tumbuh

daun

pokok

6️⃣*Meningkatkan kemahiran motor halus*
Aktiviti seperti memasukkan biji benih ke dalam tanah dan menyiram air membantu koordinasi tangan.

10/03/2026

Kelebihan aktiviti lipat pakaian untuk murid EIP👕👖

1️⃣ *Melatih kemahiran berdikari*
Murid belajar mengurus pakaian sendiri tanpa terlalu bergantung kepada orang lain.

2️⃣ *Meningkatkan kemahiran motor halus*
Pergerakan melipat kain membantu koordinasi tangan dan jari.

3️⃣ *Melatih fokus dan perhatian*
Murid perlu memberi perhatian kepada langkah-langkah melipat pakaian.

4️⃣ *Membina kemahiran urutan (sequencing)*
Murid belajar langkah seperti:
ambil baju → ratakan → lipat → susun.

5️⃣ *Mengajar kemahiran kehidupan harian*
Ini adalah kemahiran asas yang digunakan dalam kehidupan seharian di rumah.

10/03/2026

Kelebihan aktiviti menyediakan simple prep snacks (potong buah) :

✅ Melatih kemahiran motor halus (pegang pisau plastik, potong buah).
Meningkatkan koordinasi tangan dan mata.
✅ Mengajar kemahiran hidup harian (life skills).
✅ Melatih ikut arahan langkah demi langkah.
✅ Menggalakkan fokus dan perhatian semasa aktiviti.
✅ Meningkatkan keyakinan diri apabila berjaya siapkan snek.
✅ Menggalakkan sensori positif melalui sentuhan, bau dan rasa buah.
✅ Mengajar konsep kebersihan seperti basuh tangan dan bersihkan meja.
✅ Melatih kesabaran dan menunggu giliran jika buat secara berkumpulan.
✅ Menggalakkan pemakanan sihat.

10/03/2026

Instrumental Activities of Daily Living🌼 SUSUN BUKU

1. Meningkatkan kemahiran organisasi
Membantu mereka memahami konsep susunan dan sistematik.

2. Melatih kemahiran motor halus dan koordinasi
Aktiviti mengambil, memegang dan menyusun buku di rak membantu menguatkan otot tangan serta koordinasi mata dan tangan.

3. Meningkatkan fokus dan perhatian
Kanak-kanak perlu memberi perhatian dan menumpukan fokus semasa menyusun buku dengan betul.

4. Menggalakkan kemahiran mengikuti arahan
Mereka belajar mengikuti arahan seperti:
“Susun buku ikut line"

5. Membina kemahiran berdikari
Aktiviti ini membantu kanak-kanak belajar mengurus barang sendiri, contohnya menyusun buku selepas membaca.

6. Menggalakkan disiplin dan tanggungjawab
Kanak-kanak memahami kepentingan menjaga kebersihan dan kekemasan ruang belajar.

7. Mengembangkan kemahiran kognitif
Aktiviti mengelaskan dan menyusun buku membantu perkembangan pemikiran, pengelasan dan penyelesaian masalah.

✅ Kesimpulan:
Aktiviti IADL seperti menyusun buku membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor, kognitif, fokus, organisasi dan kemahiran hidup berdikari.

Address

No. 17, Jalan RK 5/14, RASAH KEMAYAN
Seremban
70300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rayyan OT Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rayyan OT Centre:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram