26/12/2025
Ada hari, anda bukan “pemarah”. Anda cuma dah lama tak dapat ruang untuk jadi manusia.
Me time bukan lari dari tanggungjawab. Me time ialah maintenance. Macam servis kereta. Kalau asyik jalan tanpa henti, satu hari kita akan breakdown dekat tempat yang salah, dekat orang yang kita sayang.
Sebab tu saya s**a 5 benda simple ni. Jalan slow 20 minit. Mandi versi spa. Movie solo dengan phone jauh. Kopi tepi tingkap. Kemas 10 minit sahaja. Benda kecil, tapi dia bagi otak chance untuk senyap sekejap.
Kalau anda rasa bersalah nak rehat, ingat satu benda. Rehat yang pendek boleh selamatkan anda daripada reaksi yang panjang.
Yang mana satu anda nak buat hari ni? Kalau ada kawan yang selalu “hidup untuk orang”, tolong share post ni untuk dia simpan.
Kredit Post to - Public Health Malaysia - PHM