Hospital Tuanku Ja'afar Seremban

Hospital Tuanku Ja'afar Seremban HTJS, KKM, mempunyai 1143 katil dengan 23 kepakaran klinikal, rujukan semua hospital / klinik di Negeri Sembilan

📢 OFFICIAL ANNOUNCEMENT: ENT UPDATE & TRACHEOSTOMY COURSE 📢The Department of Otorhinolaryngology (ENT), Hospital Tuanku ...
08/04/2026

📢 OFFICIAL ANNOUNCEMENT: ENT UPDATE & TRACHEOSTOMY COURSE 📢

The Department of Otorhinolaryngology (ENT), Hospital Tuanku Jaafar Seremban is pleased to invite doctors, nurses, and healthcare practitioners to participate in:

🩺 ENT Update & Tracheostomy Course 2026

📅 Date: 5th & 6th May 2026
📍 Venue: Auditorium Gemilang, Hospital Tuanku Jaafar Seremban
⏰ Time: 8:00 AM – 5:00 PM

💡 Limited seats available! Join us to enhance your clinical knowledge and skills.

📌 Registration & Enquiries:
📧 Email: entmohtjs@gmail.com
📞 Phone: 01130742836 (Dr Iqbal) / 0132702798 (Dr Amira)

Don’t miss this opportunity to learn from experts in the field!

BENGKEL “MOVE TO IMPROVE – EXERCISE FOR FITTER YOU” HOSPITAL TUANKU JAAFAR SEREMBAN 2026Pada 3 April 2026 yang lalu, Uni...
07/04/2026

BENGKEL “MOVE TO IMPROVE – EXERCISE FOR FITTER YOU” HOSPITAL TUANKU JAAFAR SEREMBAN 2026

Pada 3 April 2026 yang lalu, Unit Perubatan Sukan dengan kerjasama Unit Endokrinologi, Jabatan Perubatan HTJS telah berjaya menganjurkan Bengkel “Move to improve- Exercise for fitter you” di Dewan Tiga Nenek HTJS.

Menurut Dr Rozaiman Bin Ebrahim, Ketua Unit Perubatan Sukan HTJS fokus program kali ini adalah kepada ‘lifestyle modification’ dalam perawatan Diabetes Mellitus, Obesiti dan Sindrom Metabolik melalui kaedah senaman dan aktiviti fizikal. Program bengkel ini merangkumi sesi ceramah oleh pakar, penilaian kecergasan fizikal dan latihan praktikal ketahanan kardiovaskular, kekuatan otot, fleksibiliti, keseimbangan serta sesi senaman aerobik yang meriah.

Seramai 45 peserta terdiri daripada warga HTJS dan HTAN telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan jayanya. Rata-rata peserta sangat teruja dengan bengkel ini.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah HTJS, Dato’ Dr Zaleha Binti Md Noor. Turut hadir bersama ialah Dr Dzualkamal Bin Dawam Timbalan Pengarah Perubatan II, Dr Mohd Ferous Bin Alias, Timbalan Pengarah Perubatan III, Dato’ Dr Noorlita Adam (Pakar Perunding Endokrinologi HTJS) dan Prof Madya Dr Mohd Nahar Azmi (Pensyarah Kanan Perubatan Sukan, Universiti Malaya).

Tahniah kepada pihak penganjur dan para peserta! Semoga usaha ini memberikan manfaat dan inspirasi, menggalakkan gaya hidup aktif serta sihat dalam kalangan masyarakat terutamanya warga kerja HTJS.





PEMAKLUMAN: GANGGUAN SEMENTARA CAPAIAN LAMAN WEB JABATAN KESIHATAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN DAN HOSPITAL TUANKU JA'AFAR S...
07/04/2026

PEMAKLUMAN: GANGGUAN SEMENTARA CAPAIAN LAMAN WEB JABATAN KESIHATAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN DAN HOSPITAL TUANKU JA'AFAR SEREMBAN

Untuk makluman gannguan sementara capaian laman web JKNNS dan HTJS bagi kerja-kerja pembaharuan lesen SSL di peringkat KKM.

Segala kesulitan amat dikesali

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH Pengurusan Hospital Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih...
02/04/2026

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH

Pengurusan Hospital Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YBrs. Dr. Azhana Binti Hassan atas segala jasa bakti dan kepimpinan cemerlang beliau sebagai Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada YBrs. Dr. Ahmad Fadzil Bin Sujak di atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan yang baharu berkuatkuasa pada 1 April 2026.

Selamat maju jaya kepada Dr. Azhana dan selamat menjalankan tugas buat Dr. Ahmad Fadzil—semoga Jabatan Kecemasan dan Trauma terus cemerlang di bawah kepimpinan baharu!

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH Pengurusan Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Y...
02/04/2026

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH

Pengurusan Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YBrs. Dr. Norzarina Binti Mohamed Zabidi atas segala jasa bakti dan kepimpinan cemerlang beliau sebagai Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada YBrs. Dr. Wong Kit Chan di atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental yang baharu berkuatkuasa pada 1 April 2026.

Selamat maju jaya kepada Dr. Norzarina dan selamat menjalankan tugas buat Dr. Wong Kit Chan—semoga Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental terus cemerlang di bawah kepimpinan baharu

PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH (VAS) FARMASI HOSPITAL TUANKU JA'AFAR SEREMBANPelanggan farmasi yang dihormati, kami prihatin ...
02/04/2026

PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH (VAS) FARMASI HOSPITAL TUANKU JA'AFAR SEREMBAN

Pelanggan farmasi yang dihormati, kami prihatin bahawa tempoh menunggu yang lama boleh menyebabkan keletihan dan ketidakselesaan.

Demi kesenangan anda, sila gunakan Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi bagi bekalan susulan ubat untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih cepat dan selesa.

Untuk makluman semua, kaunter Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) akan dibuka di lobi Klinik Pakar.

MAKLUMAN LOKASI SEMENTARA KAFETERIA PAK TAM DI LOBI BANGUNAN WANITA DAN KANAK-KANAK HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN BE...
31/03/2026

MAKLUMAN LOKASI SEMENTARA KAFETERIA PAK TAM DI LOBI BANGUNAN WANITA DAN KANAK-KANAK HOSPITAL TUANKU JA’AFAR, SEREMBAN BERMULA 1 APRIL 2026

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan Kafeteria Pak Tam di Bangunan Klinik Pakar akan bermula pada 1 April 2026 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut, pengoperasian kafeteria akan berpindah ke lobi Bangunan Wanita dan Kanak-kanak.
Waktu Operasi Kafeteria ini bermula jam 6.00 pagi sehingga 8.00 malam setiap hari.
SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.
PERHATIAN DAN KERJASAMA AMAT DIHARGAI.

30/03/2026

🩺 KKM mengucapkan Selamat Hari Doktor Sedunia kepada semua doktor di seluruh Malaysia.

Terima kasih atas jasa dan bakti anda dalam meberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.

KENYATAAN TAWARAN (IKLAN) SEBUT HARGA KERJA HTJS 01/2026 - KERJA-KERJA NAIK TARAF TANDAS PESAKIT DI WAD ZAMRUD, WAD MUTI...
30/03/2026

KENYATAAN TAWARAN (IKLAN) SEBUT HARGA KERJA HTJS 01/2026 - KERJA-KERJA NAIK TARAF TANDAS PESAKIT DI WAD ZAMRUD, WAD MUTIARA DAN TANDAS AWAM WAD MUTIARA, JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL, HOSPITAL TUANKU JA'AFAR,SEREMBAN

Dimaklumkan bahawa Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban telah memaparkan kenyataan tawaran bagi sebut harga HTJS 1/2026 - KERJA-KERJA NAIK TARAF TANDAS PESAKIT DI WAD ZAMRUD, WAD MUTIARA DAN TANDAS AWAM WAD MUTIARA, JABATAN PSIKIATRI DAN KESIHATAN MENTAL, HOSPITAL TUANKU JA'AFAR,SEREMBAN untuk di war-warkan kepada pihak kontraktor.

Tarikh Iklan : 30 Mac 2026 (Isnin)
Tarikh Lawatan Tapak : 02 April 2026 (Khamis)
Tarikh Tutup Iklan : 09 April 2026 (Khamis)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Gema takbir bergema tanda kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah sebulan kita menjalani...
20/03/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Gema takbir bergema tanda kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah sebulan kita menjalani ibadah puasa.

Pihak Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua seluruh rakyat Malaysia khususnya di Negeri Sembilan.

Walau di mana pun anda berada, semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kegembiraan, dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Bagi kakitangan yang bertugas di hari raya, terima kasih atas pengorbanan anda demi kesejahteraan semua.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN.

SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2026 PERINGKAT HTJS12 Mac 2026 - Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2026 telah berlangsun...
13/03/2026

SAMBUTAN HARI PEMBANTU PERUBATAN 2026 PERINGKAT HTJS

12 Mac 2026 - Sambutan Hari Pembantu Perubatan 2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan tema “Memacu Permodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan.” Tema ini mencerminkan komitmen berterusan warga Penolong Pegawai Perubatan dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan melalui peningkatan kemahiran, profesionalisme serta amalan klinikal yang berkualiti demi kesejahteraan pesakit dan masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dato’ Pengarah Hospital, Timbalan-Timbalan Pengarah, PPP JKN9, tenaga pengajar, para pelajar ILKKM, Kelab Kebajikan Profesyen Pembantu Perubatan (PPP) serta seluruh warga PPP yang telah hadir dan memberikan sokongan padu dalam menjayakan sambutan ini.

Penghargaan khas juga kepada pihak pengurusan hospital atas sokongan, kerjasama dan semangat kebersamaan yang diberikan dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasakan profesion Pen Peg Perubatan serta terus memacu kecemerlangan perkhidmatan kesihatan.

Semoga sambutan ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh sistem kesihatan negara dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.


Address

Jalan Rasah
Seremban
70300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tuanku Ja'afar Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Tuanku Ja'afar Seremban:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category