09/08/2022
JENIS -JENIS MINYAK KELAPA
Minyak kelapa terhasil daripada buah dari pokok kelapa. Terdapat 3 jenis minyak kelapa .
1) Minyak Kelapa Dara @ Unrefined
Minyak kelapa yang diektrak daripada buah kelapa tua. Minyak ini disebut sebagai minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara ini tidak ditapis/ diproses menggunakan sebarang haba atau secara kimia. Ia adalah asli dan semulajadi khasiatnya. Minyak ini sesuai untuk digunakan dari semua peringkat umur. Ia boleh digunakan secara dalaman (minum), serta luaran untuk sapuan.
2) Refined (Minyak kelapa ditapis)
Minyak kelapa jenis ini dibuat daripada kopra (isirong kelapa kering). Minyak jenis ini biasanya ditapis serta diproses melalui penyahbauan serta pelunturan kimia. Proses-proses ini menyebabkan hilangnya khasiat semulajadi minyak kelapa itu. Minyak ini selalunya digunakan secara luaran sahaja seperti menjadi minyak rambut.
3) Separa terhidrogenasi – Minyak kelapa yang diproses melalui separa terhidrogenasi , dimana asid lemak tak tepu ditukar kepada minyak tepu. Melalui proses ini. Sebahagian asid lemak tak tepu (lemak baik) ditukar menjadi lemak trans (lemak jahat).