04/02/2026
Dalam sesi ini, anak-anak menjalani aktiviti motor kasar berbentuk terapeutik melalui 1 track aktiviti berstruktur yang menggabungkan beberapa kemahiran motor kasar dalam satu rutin.
🦾 Menyokong postural control & core stability
Membantu anak mengekalkan posisi badan dengan lebih stabil semasa aktiviti harian dan pembelajaran.
🏃Meningkatkan motor planning & coordination
Anak belajar merancang dan menyusun pergerakan melalui laluan aktiviti yang berstruktur.
🙆Membantu sensory & emotional regulation
Pergerakan besar membantu anak mengawal tahap tenaga dan emosi dengan lebih baik.
🧑🏫Meningkatkan attention span & task completion
Aktiviti terapeutik membantu anak fokus dan menyiapkan tugasan dari awal hingga akhir.
🦸 Menyokong perkembangan keseluruhan secara holistik
Motor kasar yang baik menjadi asas kepada pembelajaran, keyakinan diri dan perkembangan seterusnya