29/04/2026
Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia 2026 Peringkat Daerah Kuala Pilah & Pelancaran Program Inisiatif Sekolahku Sihat, Stail Kita (SSSK) Sek Keb Tanah Melintang
Tarikh : 29 April 2026
Tempat : Sek Keb Tanah Melintang Kuala Pilah
Tema Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia 2026 ialah " Jangan Tangguh Lagi - Amalkan Pemakanan Sihat, Kekal Aktif Hari Ini".
Program ini telah dirasmikan oleh Pn Junita Binti Abdullah, Pen. Pegawai Pendidikan, PPD Kuala Pilah diiringi oleh Dr Jacinta Mary A/P Fathi Rosary Rajan, Pegawai Kesihatan Daerah II, PKD Kuala Pilah & Guru Besar SK Tanah Melintang, En Anwar B Rafie. Turut hadir bersama En Yaacob Bin Muhamad, Pegawai Cakna SK Tanah Melintang & Sarjan Shahrizal dari IPD Kuala Pilah.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung
1) Stail Kita Makan Buah & Sayur & Minum Air Kosong - Unit Pemakanan & Unit Kesihatan Ibu & Anak
2) Stail Kita Hidup Aktif - Unit Fisioterapi
3) Stail Kita Mental Sihat - Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)
4) Stail Kita Selamat (CPR) - Unit Primer
5) Aktiviti Senamrobik - Unit Promosi
6) Pameran & aktiviti dari Duta Ubat Kuala Pilah - Unit Farmasi
Diharapkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dapat memberi input & impak dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat