Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) UPM
Precision Diagnostics, Hope Begins Here.

Advanced PET/CT, MRI, CT & Ultrasound services with experienced professionals, fast appointments, affordable pricing and trusted care.
📍 Universiti Putra Malaysia

🎉 TAHNIAH & SYABAS! 🎉Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik atas kejayaan membanggakan di peringkat...
23/04/2026

🎉 TAHNIAH & SYABAS! 🎉

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan penyelidik atas kejayaan membanggakan di peringkat antarabangsa melalui kajian bertajuk “In Vivo biodistribution of [⁶⁸Ga]Ga-FAPI-46 in a FAP-negative breast cancer model”

Kajian kolaborasi antara penyelidik daripada Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), UPM (Dr. Muhammad Hishar), Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Dr Muhamad Faiz), Agensi Nuklear Malaysia (En. Wan Hamirul Bahrin Wan Kamal), serta University of Exeter (Dr Hairil Rashmizal Abdul Razak) telah berjaya merangkul anugerah bagi kategori Radiopharmacy di:

🏆 British Nuclear Medicine Society Annual Spring Meeting 2026
📍 Manchester, United Kingdom
📅 22 April 2026

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian besar dalam bidang perubatan nuklear dan radiopharmacy, sekaligus membuktikan keupayaan penyelidikan tempatan di persada antarabangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dan kolaborasi berimpak tinggi pada masa akan datang.

Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat! 👏👏👏

Ikuti berita dan maklumat hebahan PPDN UPM di:

Laman sesawang: https://ppdn.upm.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/nuclearimaging/
Instagram: https://www.instagram.com/ppdn_upm
TikTok: https://www.tiktok.com/
Threads: https://www.threads.com/

Ramai ingat semua scan sama 🤔CT Scan = mesin yang mengeluarkan radiasi untuk menghasilkan imej struktur dalam badan.PET/...
23/04/2026

Ramai ingat semua scan sama 🤔

CT Scan = mesin yang mengeluarkan radiasi untuk menghasilkan imej struktur dalam badan.

PET/CT = pesakit akan diberikan bahan radiofarmaseutikal (dalam dos sangat rendah), jadi pesakit yang “memancarkan” radiasi untuk sementara waktu supaya imej fungsi badan dapat dilihat dengan lebih tepat.

Ia digunakan untuk tujuan diagnosis perubatan, dosnya terkawal, dipantau rapi, dan bukan sesuatu yang perlu ditakuti. ☢️

Ikuti berita dan maklumat hebahan PPDN UPM di:

Laman sesawang: https://ppdn.upm.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/nuclearimaging/
Instagram: https://www.instagram.com/ppdn_upm
TikTok: https://www.tiktok.com/
Threads: https://www.threads.com/

16 April 2026 (Jumaat) - CME bertajuk “Back Pain: MRI Lumbar Approach” telah berlangsung dengan jayanya pada 17 April 20...
22/04/2026

16 April 2026 (Jumaat) - CME bertajuk “Back Pain: MRI Lumbar Approach” telah berlangsung dengan jayanya pada 17 April 2025 (Jumaat) di Bilik Seminar, Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN), UPM.

Sesi ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Suraini Mohamad Saini, Timbalan Pengarah PPDN, UPM, yang berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan pendekatan MRI lumbar dalam penilaian kes sakit belakang. Pihak PPDN, UPM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah atas perkongsian yang sangat bermakna, serta ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah meluangkan masa untuk hadir dan menjayakan sesi ini.

Diharapkan program CME seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai platform perkongsian ilmu dan peningkatan kompetensi dalam bidang pengimejan diagnostik.

Terima kasih dan jumpa lagi di sesi CME akan datang!

Ikuti berita dan maklumat hebahan PPDN UPM di:

Laman sesawang: https://ppdn.upm.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/nuclearimaging/
Instagram: https://www.instagram.com/ppdn_upm
TikTok: https://www.tiktok.com/
Threads: https://www.threads.com/

Tidak perlu menjadi wira untuk membalas budi. Cukup sekadar menjadi insan yang menghargai bumi, kerana kesejahteraan kit...
22/04/2026

Tidak perlu menjadi wira untuk membalas budi. Cukup sekadar menjadi insan yang menghargai bumi, kerana kesejahteraan kita berkait rapat dengan kelestarian alam.

Selamat Hari Bumi 2026 🌏!

_________________________________________________

There is no need to be a hero to give back. It is enough to be a person who appreciates the Earth, because our well-being is closely connected to environmental sustainability.

Earth Day 2026 🌏!

10 April 2026 (Jumaat) - Satu sesi CME bertajuk “Elderly Medicine: Frailty” telah disampaikan oleh Profesor Dr. Fathinul...
21/04/2026

10 April 2026 (Jumaat) - Satu sesi CME bertajuk “Elderly Medicine: Frailty” telah disampaikan oleh Profesor Dr. Fathinul Fikri Bin Ahmad Saad (FPSK, UPM).

Sesi ini memberi pendedahan yang mendalam mengenai konsep frailty dalam kalangan warga emas, termasuk pendekatan penilaian klinikal serta strategi pengurusan yang efektif dalam meningkatkan kualiti hidup pesakit geriatrik.

Sesi perkongsian ilmu ini telah disertai oleh staf Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear serta staf Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), yang bersama-sama mengambil peluang untuk memperkukuh pengetahuan dan amalan klinikal dalam bidang perubatan warga emas.

Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih holistik dan berkualiti.



Ikuti berita dan maklumat hebahan PPDN UPM di:

Laman sesawang: https://ppdn.upm.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/nuclearimaging/
Instagram: https://www.instagram.com/ppdn_upm
TikTok: https://www.tiktok.com/

20/04/2026
27 Februari 2026 (Jumaat) – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah mengadakan sesi CME bertajuk Fundamentals o...
17/04/2026

27 Februari 2026 (Jumaat) – Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) telah mengadakan sesi CME bertajuk Fundamentals of MRI and PET-CT in Neuroimaging with Special Focus on Dementia yang telah disampaikan oleh Professor Dr. Subapriya Suppiah, FAMM, FANMB.

Sesi ini telah dihadiri oleh staf PPDN, staf FPSK-HSAAS yang terlibat dalam bidang pengimejan, kolaborator penyelidikan bersama PPDN serta pelajar pascasiswazah yang sedang menjalani latihan klinikal dan penyelidikan di PPDN.

Turut memeriahkan program ialah kehadiran enam (6) orang pelajar dari Universitas Padjadjaran (UNPAD) sebagai sebahagian daripada pendedahan akademik dan pengukuhan kolaborasi antarabangsa.

Semoga sesi ini memberi manfaat dalam memperkasa pengetahuan serta amalan klinikal dalam bidang neuroimaging, khususnya berkaitan penilaian dan pengurusan demensia.



Ikuti berita dan maklumat hebahan PPDN UPM di:

Laman sesawang: https://ppdn.upm.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/nuclearimaging/
Instagram: https://www.instagram.com/ppdn_upm
TikTok: https://www.tiktok.com/

🎥 LIVE WEBINAR | SECOND ANNOUNCEMENTJoin us for an insightful session on“Theragnostics Innovations in Prostate Cancer - ...
17/04/2026

🎥 LIVE WEBINAR | SECOND ANNOUNCEMENT

Join us for an insightful session on
“Theragnostics Innovations in Prostate Cancer - from Bench to Bedside”

📅 25th April 2026 (Saturday)
⏰ 3:15 PM – 5:00 PM (GMT+8)
💻 Platform: Google Meet

👩‍⚕️ Featuring renowned experts sharing the latest advancements in theragnostics and prostate cancer care.

📲 Scan the QR code on the poster or click: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfvpitqSmpsRaSpT8Ax1SJeLS3MWC6fPqeRWssV8G-J-ccX8g/viewform to register now!

Secure your spot and be part of this knowledge-sharing session.

MMA CPD and BKRP points application in progress (for Malaysia healthcare professionals)



Follow us for news and announcements at:

Website: https://ppdn.upm.edu.my/
Facebook: https://www.facebook.com/nuclearimaging/
Instagram: https://www.instagram.com/ppdn_upm
TikTok: https://www.tiktok.com/

15/04/2026

🏠 BDR Uji Kesiapsiagaan Tenaga Kerja Malaysia

Pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) bagi sektor kerajaan dan GLC mulai 15 April mencetuskan persoalan tentang kesiapsiagaan tenaga kerja Malaysia. Menurut Prof. Madya Dr. Nor Wahiza Abd. Wahat dari Universiti Putra Malaysia, kejayaan BDR bergantung kepada keseimbangan dasar, kepercayaan, teknologi dan budaya kerja. Faktor seperti kemahiran individu, persekitaran rumah, komunikasi maya serta sokongan keluarga turut mempengaruhi keberkesanan pelaksanaannya.

Beliau menjelaskan Malaysia mempunyai asas teknikal kukuh seperti HRMIS dan SPOT-Me. BDR berpotensi meningkatkan produktiviti dan keseimbangan hidup, namun memerlukan masa dan latihan untuk dibudayakan. Tanpa garis panduan jelas, pekerja berisiko mengalami tekanan, keletihan serta gangguan kesejahteraan akibat waktu kerja tidak menentu dan isu persekitaran kerja tidak ergonomik.

Cabaran lain termasuk kepercayaan organisasi, penilaian prestasi dan kebergantungan kepada teknologi. Isu seperti kos internet, keselamatan siber dan ruang kerja terhad turut memberi kesan. Justeru, pendekatan holistik melalui latihan, sokongan majikan dan model kerja fleksibel diperlukan bagi memastikan keseimbangan antara produktiviti dan kesejahteraan pekerja.

Address

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, UPM
Seri Kembangan
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397691644

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear UPM:

Share

Category

About Us

Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear (PPDN) Universiti Putra Malaysia mula beroperasi pada bulan 5 Oktober 2010 dan menawarkan pemeriksaan pelbagai sistem tubuh yang terlibat dalam penyakit berkaitan onkologi, inflamasi, infeksi, kardiologi dan neurologi menggunakan mesin MRI, PET CT dan ultrasound.

Opening Hour

Monday to Friday: 8.00 am - 5.00 pm

Saturday, Sunday & Public Holiday : Close