Tips Badan Sihat

Tips Badan Sihat Perkongsian tips-tips kesihatan untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Hubungi 0196894786 untuk mendapatkan info lebih detail.

19/07/2022

Cara tentukan Capsule Black G Original

"Saya beli kat shopee, harga dia murah sikit banding dengan kat website yang biasa saya beli, rasa dia lain sikit. Yang ni ori ke"

" Kenapa nampak beza ya produk ni? Saya beli dengan seller kat facebook" * sambil tunjuk perbezaan gambar dua keping produk*

Black G menyeru para dan bakal pengguna produk Black G supaya berhati-hati ketika membuat pembelian.

Hal ni sebabnya, kami risau anda terbeli produk tiruan yang makin menjadi-jadi di luar sana.

Antara masalah yang timbul jika anda terbeli produk tiruan adalah

1. Keberkesanan yang diragui
2. Pihak Black G tidak dapat bertanggungjawab ke atas kesan yang berlaku pada anda.
3. Keselamat yang diragui

Kita tidak tahu daripada bahan,cara apa yang mereka gunakan.

Sejauh mana kebersihan serta keselamatan ketika produk dibuat.

Produk Black G hanya boleh didapati dan dibeli melalui website rasmi Black G di alamat ini >>https://blackg.com.my/gaya-hidup/, selain itu agent/stockist/affiliate yang sah berdaftar saja.

Diingatkan, pengesahan ketulenan untuk setiap produk Black G adalah berbeza, ini kerana prosedur untuk daftarkan produk perlu melalui SOP berbeza mengikut jenis produk dan bahan.

Anda boleh tentukan ketulenan produk Black G capsule melalui beberapa ciri

1. No pendaftaran KKM di bahagian hadapan bawah kotak.
KKM tidak sewenang-wenangnya keluarkan nombor pendaftaran ke atas sesuatu produk.

Hanya yang melalui prosedur KKM serta lulus prosedur diberikan no pendaftaran.

No pendaftaran sah KKM produk capsule Black G boleh dilihat di hadapan belah bawah kotak packaging.

2. Mempunyai Hologram KKM di belakang kotak Capsule.
Penggunaan hologram pada semua produk farmaseutikal yang berdaftar di bawah KKM untuk bantu pengguna untuk membeli produk farmaseutikal dengan selamat.

Ketulenan hologram FarmaTagTM ini boleh disemak secara atas talian dengan menggunakan aplikasi FarmaChecker.

Boleh hubungi kami dengan emailkan pertanyaan anda ke info@blackg.com.my atau untuk lebih pantas, DM di page Facebook Black G.

Customer service kami akan bantu anda sebentar lagi.

Kami ingatkan, hanya dapatkan produk Black G dari sumber yang sah. Berminat nak dapatkan produk Black G?

Klik link ini untuk membuat pembelian>>https://blackg.com.my/gaya-hidup-3/

14/06/2022
05/06/2022

Bagi yang selalu terkena 'serangan' gout pada waktu tertentu, sebenarnya ada 5 tip untuk kurangkan kesakitan yang dialami.

10/09/2021

Jadikan impian satu kenyataan.

Sesuai untuk anda yang tengah mencari alternative untuk buat
bizzz secara profesional.

SMS/Whatsapp Nama Lengkap Anda ke 0126863670 untuk mendapatkan informasi selanjutnya.

Click link ini : http://www.wasap.my/60126863670/berminat

Realisasikan apa impian untuk diwarisi oleh anak-anak kita.

05/09/2021

Jadikan impian satu kenyataan.

Sesuai untuk anda yang tengah mencari alternative untuk buat
bizzz secara profesional.

SMS/Whatsapp Nama Lengkap Anda ke 0196894786 untuk mendapatkan informasi selanjutnya.

Click link ini : http://www.wasap.my/60196894786/berminat

Realisasikan apa impian untuk diwarisi oleh anak-anak kita.

22/11/2020

[ISU] Konspirasi Gula Di dalam Susu Pekat Manis

Tengah sarapan roti canai dengan teh tarik ke tu? Sebelum sarapan, kami ingin share sesuatu perkara yang sangat penting untuk rakyat Malaysia.

Terkejut kami. Ramai yang masih tidak tahu. Disangkakan mengandungi susu, rupanya Susu Pekat Manis adalah semata mata!

Susu Pekat Manis diproses dengan menambah GULA yang bertidak sebagai pengawet untuk memastikan ia tahan lama. Ia boleh bertahan sehingga bertahun tahun lamanya sekiranya penutup tin tidak di buka.

Kandungan gula yang tinggi menyebabkan mikroorganisma di dalam susu MATI lalu mengekal tahap sterile susu tersebut.

Kandungan gula di dalam satu tin Susu Pekat Manis boleh mencapai sehingga 45% manakala kandungan susu hanyalah 10%. Selebihnya adalah minyak dan bahan bahan lain.

----------------------------------------------------------------

Pemasaran Produk Susu Pekat Manis

Masihkah anda ingat kepada sebuah iklan klasik yang menggunakan Susu Pekat Manis dengan tagline “ Membesar Dengan Susu Cap X ?”

Siaran Iklan yang di tayangkan pada tahun 90 an itu menunjukkan kanak kanak berebut minum “susu” berkenaan dengan membayangkan suasana yang aktif dan cergas.

Selain itu, produk Susu Pekat Manis juga menggunakan tagline yang cukup catchy dan menyakinkan seperti;

"Minuman Yang di Percayai Turun Temurun",

Sejak bila p**a tok nenek kita menggunakan produk ini?

Seperti mana produk yang lain, produk Susu Pekat Manis di war warkan dengan kandungan khasiat dan manfaat seperti;

Rendah Lemak, Mengandungi Vitamin D,Vitamin A, Vitamin B, Lebih Calcium, Extra 25% dan lain lain lagi bagi menarik pengguna.

Pemasaran produk Susu Pekat Manis menyebabkan pengguna tertipu dan merasakan ia merupakan produk yang baik dan berkhasiat untuk bayi dan kanak kanak. Pernah suatu ketika (malah kini), ada ibu bapa membancuh Susu Pekat Manis di dalam botol susu dan di beri kepada anak anak sebagai penganti kepada Susu Ibu.

---------------------------------------------------------
Adakah Anda Pengguna Tegar Susu Pekat Manis?

Fikirkan Semula..

Penggunaan susu pekat manis di Malaysia adalah LUAR BIASA.

Susu Pekat Manis di gunakan secara meluas sebagai pemanis minuman seperti teh Tarik, air bandung, kopi,minuman perisa coklat dan minuman ice blended lain.

Selain itu ia juga sering di gunakan dalam kuih muih, kek, ABC, Cendol dan sebagainya.

Kajian membuktikan bahawa penggunaan Susu Pekat Manis didalam MINUMAN merupakan antara penyumbang utama kepada penggunaan gula tambahan berlebihan pada setiap hari.

Data dari 2003 Malaysian Adult Nutrition Survey (MANS) menunjukkan masyarakat Malaysia mengambil 30 gram ( 3 sudu) SUSU PEKAT MANIS setiap hari bersamaan dengan 16 gram gula.

Tidak cukup dengan itu, bagi menambah rasa manis dalam minuman, rakyat Malaysia juga telah menambah 21 gram (4 sudu) gula menjadikan jumlah pengambilan gula tambahan hanya di dalam minuman sebanyak 37 gram.

Mengikut pecahan kaum, MELAYU merupakan pengguna tertinggi gula termasuk susu pekat manis berbanding kaum India dan Cina.
-----------------------------------------------------------
Teh Tarik Sebagai Ikon ?

Teh Tarik telah menjadi salah satu ikon bagi minuman di Malaysia. Minuman kegemaran rakyat Malaysia ini tanpa disedari telah menjadi boneka kepada .

Menurut pakar diet, Institut Kesihatan Umum, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM), Noor Safiza Mohammad Nor, daripada sumbangan kalori, segelas kecil teh tarik (180ml) yang menggunakan empat sudu makan susu pekat manis akan membekalkan sebanyak 140 kilokalori tenaga, protein dan lemak.

Tahukah anda, nilai kalori tersebut menyamai kandungan gula di dalam minuman berkarbonat.

Mengantikan susu segar sebagai bahan ganti kepada Susu pekat manis mungkin merupakan alternative yang lebih baik bagi menikmati Teh Tarik Kegemaran rakyat Malaysia.

-------------------------------------------------------

Ingat Susu Pekat Manis, Ingat Diabetes dan Komplikaisnya

Secara ringkasnya, pengambilan gula berlebihan telah menyebabkan kegemukan atau obesiti kalangan rakyat Malaysia.

Pada tahun 2015, hampir separuh rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan dan ini akan mengundang penyakit kronik lain seperti kencing Manis, darah tinggi dan penyakit jantung .

Menurut kajian pada 2013 , Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan 44 peratus lelaki dan 49 peratus wanita.

Tahukah anda 4% sehingga 7% pesakit kencing manis di Malaysia menderita kaki atau jari yang telah di potong akibat komplikasi kencing manis.

Pada sesiapa yang pernah melihat dan menghidu bau dari kaki Diabetic Foot Ulcer pasti akan ingat bau tersebut selama lamanya.

Oleh itu, ingat Susu Pekat Manis,
Ingats Diabetes dan Komplikasinya.

Mesej dari Public Health Malaysia

Rujukan
1. Maria Sofia V Amarra,Geok Lin Khor, Pauline Chan. Malaysia Added Sugar Intake. Asia Pac J Clin Nutr 2016;25(2):227-240.
2. http://www.milkingredients.ca/index-eng.php?id=193
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Condensed_milk
4. Teh tarik sedap tapi mudarat http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_04.htm
5. http://www.livestrong.com/article/267787-sweetened-condensed-milk-nutrition-information/
6. http://www.diabetes.org.my/article.php?aid=943

Senaman berjalan nampak mudah dan kurang mencabar namun amat besar manfaat kepada kesihatan jika dilakukan  secara konsi...
18/10/2020

Senaman berjalan nampak mudah dan kurang mencabar namun amat besar manfaat kepada kesihatan jika dilakukan secara konsisten.

Kita boleh berjalan mengelilingi rumah atau taman perumahan/ apartment.

Kita juga dapat lebih mengenali jiran tertangga tapi jaga jarak fizikal. ❤

Kredit: KKMPutrajaya

Buah jambu batu lagi tinggi vitamin C berbanding oren. 😍Kredit: Dr. Imelda Balchin
10/10/2020

Buah jambu batu lagi tinggi vitamin C berbanding oren. 😍

Kredit: Dr. Imelda Balchin

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada mengalami  . Kadang-kala perkara kecil pun membuatkan kita stres.T...
07/10/2020

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada mengalami .

Kadang-kala perkara kecil pun membuatkan kita stres.

Tanggani stres dengan baik, jgn biar berpanjangan.

Sentiasa positif. Hargai apa yg kita ada. Hargai orang di sekeliling kita.



Kredit: KKMPutrajaya

Address

Jalan Juara Jaya
Seri Kembangan
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tips Badan Sihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Tips Badan Sihat:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category

Sihat Itu Nikmat.

Kongsikan kepada rakan-rakan

Jangan lupa follow juga FB founder @ https://www.facebook.com/amir.denaihati