University Veterinary Hospital UPM

University Veterinary Hospital UPM The official page for the University Veterinary Hospital, Universiti Putra Malaysia

19/02/2026
Nutrisi Terapeutik dalam Rawatan Pemulihan Haiwan Kesayangan di UVHOleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.m...
19/02/2026

Nutrisi Terapeutik dalam Rawatan Pemulihan Haiwan Kesayangan di UVH

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my

SERDANG, 19 Februari – Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan "Seminar on Elevating Pet Nutrition: Exploring Prescription Diets" sebagai usaha memperkukuh kefahaman staf terhadap kepentingan nutrisi terapeutik dalam pengurusan klinikal veterinar. Seminar ini berlangsung pada 13 Februari 2026 di Dewan Kuliah Veterinar A (DKV A), FPV.

Penganjuran seminar ini merupakan sebahagian daripada inisiatif latihan berterusan UVH dalam meningkatkan kompetensi profesional warga hospital. Selain rawatan klinikal dan perubatan, nutrisi yang tepat dan bersesuaian memainkan peranan penting dalam menyokong proses pemulihan, meningkatkan keberkesanan rawatan serta memastikan kesejahteraan pesakit haiwan secara menyeluruh.

Seminar ini melibatkan penyertaan seramai 45 orang staf yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional serta kumpulan Pelaksana. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran selaras dengan keperluan amalan veterinar semasa.

Perkongsian telah disampaikan oleh Dr. Kristen Lim Cheng Im daripada Rhone Ma Malaysia Sdn. Bhd. yang menghuraikan kepentingan nutrisi terapeutik dalam pengurusan kes klinikal berdasarkan jenis penyakit dan keperluan khusus pesakit. Sesi turut memberi penekanan terhadap kaedah serta teknik pemberian makanan yang sesuai bagi menyokong rawatan dan mempercepat proses pemulihan.

Penganjuran ini dilaksanakan dengan kerjasama pihak industri, Rhone Ma Malaysia Sdn. Bhd., dalam menyokong pembangunan profesional serta pengukuhan amalan klinikal di UVH.

Melalui seminar ini, UVH terus memperkukuh peranannya sebagai hospital pengajaran yang komited terhadap amalan berasaskan ilmu, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan veterinar secara berterusan.

Baca selanjutnya di:
https://uvh.upm.edu.my/berita/nutrisi_terapeutik_dalam_rawatan_pemulihan_haiwan_kesayangan_di_uvh-91856

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

Selamat Menyambut Ramadan 2026M/1447HRamadan merupakan bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan keampunan buat seluruh um...
18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan 2026M/1447H

Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan keampunan buat seluruh umat Islam, hadir sebagai ruang terbaik untuk memperkukuh ibadah, memperbanyakkan amalan kebajikan serta menyucikan jiwa dan hati.

Semoga Ramadan kali ini membawa ketenangan, keselamatan dan kesejahteraan kepada semua, serta setiap amal ibadah diterima dan diberkati sepanjang bulan yang mulia ini.

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

Selamat Tahun Baru Cina 2026Tahun Baru Cina merupakan perayaan penting masyarakat Cina yang disambut bersempena permulaa...
16/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina 2026

Tahun Baru Cina merupakan perayaan penting masyarakat Cina yang disambut bersempena permulaan tahun baharu berdasarkan kalendar lunar, dan tahun ini menandakan Tahun Kuda.

Semoga Tahun Kuda ini membawa semangat yang kuat, ketabahan menghadapi cabaran, kesihatan berpanjangan serta kemakmuran berterusan sepanjang tahun.

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

Makluman Penutupan Operasi Perkhidmatan Hospital Veterinar Universiti sempena Tahun Baru Cina
16/02/2026

Makluman Penutupan Operasi Perkhidmatan Hospital Veterinar Universiti sempena Tahun Baru Cina

Seminar UVH Himpunkan Doktor Veterinar Universiti Awam Fokus Biosekuriti dan Pengurusan Stres HaiwanOleh: Muhammad Zafar...
12/02/2026

Seminar UVH Himpunkan Doktor Veterinar Universiti Awam Fokus Biosekuriti dan Pengurusan Stres Haiwan

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my

SERDANG, 11 Februari – Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Seminar on Infectious Disease Control and Stress Management in Veterinary Practice sebagai inisiatif meningkatkan kefahaman dan kompetensi profesional dalam amalan veterinar. Seminar ini berlangsung pada 10 Februari 2026 bertempat di Dewan Kuliah Veterinar C, Fakulti Perubatan Veterinar.

Penganjuran seminar ini menumpukan kepada dua aspek utama dalam operasi fasiliti veterinar, iaitu kawalan penyakit berjangkit dan pengurusan stres haiwan. Penekanan diberikan terhadap kepentingan amalan biosekuriti yang sistematik bagi mengurangkan risiko jangkitan silang, memastikan keselamatan kakitangan serta pesakit, di samping menyokong kebajikan haiwan dan kelancaran prosedur klinikal.

Seramai 72 orang peserta terlibat dalam seminar ini, merangkumi penyertaan secara bersemuka dan dalam talian. Peserta terdiri daripada pegawai veterinar, pensyarah serta staf sokongan dari FPV, selain pegawai veterinar dari universiti-universiti awam lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan fasiliti haiwan di institusi masing-masing.

Pengisian seminar merangkumi perkongsian berkaitan kawalan penyakit berjangkit, biofilm, disinfeksi serta kefahaman terhadap pengurusan stres dalam haiwan, khususnya kucing dan anjing. Perkongsian ini memberi pendedahan praktikal yang relevan dengan situasi sebenar di fasiliti veterinar, selaras dengan keperluan operasi harian.

Program ini turut dilaksanakan dengan kerjasama rakan industri, Hanavet Sdn. Bhd., yang menyokong penganjuran melalui sumbangan tajaan secara in-kind. Kerjasama ini mengukuhkan hubungan antara pihak akademia dan industri dalam memperkasa amalan veterinar berasaskan standard semasa.

Melalui penganjuran seminar ini, UVH terus menzahirkan komitmen dalam memperkukuh peranannya sebagai hospital pengajaran dan pusat rujukan klinikal dengan menekankan amalan kerja yang selamat, beretika dan berasaskan ilmu terkini, seterusnya menyokong peningkatan kualiti perkhidmatan veterinar.

Baca selanjutnya di:
https://uvh.upm.edu.my/berita/seminar_uvh_perkukuh_amalan_biosekuriti_dan_pengurusan_stres_haiwan-91732

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

UVH Jadi Rujukan PPUM dalam Amalan Pengimejan Diagnostik VeterinarOleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my...
11/02/2026

UVH Jadi Rujukan PPUM dalam Amalan Pengimejan Diagnostik Veterinar

Oleh: Muhammad Zafarul Adib Zaidi | zafarul@upm.edu.my

SERDANG, 11 Februari – Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar (FPV), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima lawatan rasmi daripada Jabatan Pengimejan Bio-Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rujukan berkaitan amalan pengimejan diagnostik veterinar. Lawatan ini memfokuskan kepada pengurusan proses kerja, penggunaan modaliti pengimejan, serta pematuhan standard keselamatan dan etika dalam pengendalian prosedur pengimejan yang melibatkan haiwan.

Lawatan dimulakan dengan sesi perbincangan dua hala sebelum delegasi dibawa melawat fasiliti terpilih di FPV, termasuk Muzium Anatomi Haiwan dan Hospital Veterinar Universiti. Tumpuan utama lawatan adalah ke Unit Pengimejan Diagnostik UVH bagi meneliti secara langsung kemudahan, susun atur fasiliti serta aliran kerja pengimejan yang diamalkan.

Sepanjang sesi lawatan ke Unit Pengimejan Diagnostik, pihak UVH berkongsi amalan terbaik melibatkan prosedur operasi standard, pengurusan fasiliti, keselamatan radiasi serta pendekatan pengendalian haiwan yang beretika dan sistematik. Perkongsian ini memberi pendedahan menyeluruh kepada pihak PPUM mengenai pelaksanaan pengimejan diagnostik veterinar dalam persekitaran hospital universiti.

Pihak FPV dan UVH menyambut baik lawatan ini sebagai platform pertukaran ilmu dan pengalaman antara bidang veterinar dan perubatan. Inisiatif ini turut membuka ruang kepada kerjasama strategik dalam aspek penyelidikan, latihan serta pembangunan kepakaran secara bersama.

Secara keseluruhannya, lawatan rasmi ini diharap dapat menyokong penambahbaikan amalan pengimejan diagnostik kedua-dua pihak, di samping mengukuhkan peranan UVH sebagai pusat rujukan dalam bidang pengimejan diagnostik veterinar.

Baca selanjutnya di:
https://uvh.upm.edu.my/berita/uvh_jadi_rujukan_ppum_dalam_amalan_pengimejan_diagnostik_veterinar-91712

Ikuti kami di media sosial rasmi:
Facebook: University Veterinary Hospital UPM
Instagram & TikTok:
Laman sesawang: uvh.upm.edu.my

09/02/2026

Undangan Menyertai “Webinar Kebajikan Haiwan@VET, UPM Siri 2/2026: Kenapa Kucing Saya Tak Mahu Makan? Adakah Ia Merajuk atau Sakit?”

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Perubatan Veterinar (FPV) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), UPM akan menganjurkan “Webinar Kebajikan Haiwan@VET, UPM Siri 2/2026: Kenapa Kucing Saya Tak Mahu Makan? Adakah Ia Sakit atau Merajuk?” seperti ketetapan berikut:

📍 Tarikh: 27 Februari 2026 (Jumaat)
📍 Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Medium: Google Meet

🔗Pautan Webinar: https://meet.google.com/gmu-xaps-yhg

Webinar ini akan menampilkan penceramah iaitu YBrs. Dr. Siti Sarah Ismail, Pegawai Veterinar, Hospital Veterinar Universiti, FPV. Penyertaan amat digalakkan bagi memperolehi ilmu pengetahuan berkaitan tingkah laku haiwan kesayangan.

Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, boleh ajukan kepada urusetia program melalui emel vet.animal_welfare@upm.edu.my.

Sekian, terima kasih.

06/02/2026

Address

Hospital Veterinar Universiti, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra
Seri Kembangan
43400UPMSERDANG

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397693955

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when University Veterinary Hospital UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category