08/02/2021
Apa itu Osteoarthritis (OA) Lutut?
Osteoarthritis (OA) Lutut adalah masalah keradangan yang berlaku pada bahagian sendi lutut.
Ia berpunca daripada proses penipisan lapisan tulang rawan (cartilage) yang berlaku secara beransur-ansur dan mengakibatkan keradangan.
Ia juga dipanggil sebagai proses ‘wear and tear’.
Fungsi utama lapisan rawan ini adalah untuk menyerap daya hentakan.
Apabila seseorang mengalami OA pada lutut, pergerakan lutut akan terbatas di mana seseorang itu akan mengalami kesukaran untuk membengkok lutut sepenuhnya.
Keadaan ini juga akan menyebabkan kesakitan dan mengehadkan aktiviti harian individu terbabit.
Bagi golongan yang berumur, kondisi ini akan bertambah teruk disebabkan oleh pengurangan penghasilan cecair pelincir di dalam sendi.
Masalah OA pada lutut kebiasaannya terjadi pada mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas.
Ada juga yang mengalaminya pada usia yang lebih awal, lebih-lebih lagi jika mereka sebelum ini pernah mengalami kecederaan pada lutut.
Nak tahu cara untuk merawat Osteoarthritis (OA) Lutut?
Klik link di bawah dan baca pada post kami yang seterusnya:
https://fb.watch/3wzUY7JmYZ/