12/10/2022
“Stresnya nak setelkan kertas kerja ni. Bestnya kalau dapat minum kopi, leganya rasa. Tapi, orang kata kopi tak bagus untuk orang mengandung. Takut ada kesan pada ‘baby’ dalam perut. Alahai, mengidam sangat dah nak minum kopi ni!”
BAGI sesetengah individu, kopi bukan hanya setakat minuman harian, ia menjadi pelengkap gaya hidup. Kopi juga mampu memberikan kesegaran dan mengatasi rasa mengantuk buat penggemarnya.
Namun, bolehkah minuman itu diambil oleh ibu mengandung.?
Apakah kesannya kepada peminat kopi yang sedang hamil.?
Menurut Penceramah Kesihatan dan Pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad, ia membahayakan kehamilan jika terlalu kerap.
“Sepertimana yang kita ketahui, kopi mengandungi kafein. Inilah yang boleh membahayakan kehamilan jika sekiranya seorang ibu yang sedang hamil minum kopi ketika hamil dengan terlalu kerap.
Tahukah momies, kopi sebenarnya mengandungi DUA kompaun yang menjadi toksin pada bayi iaitu:
1. KAFEIN
Boleh menyebabkan ‘cardiovascular toxicity’ pada bayi. Keadaan ini adalah di mana terjadinya kerosakan pada sel-sel jantung disebabkan oleh bahan kimia yang merbahaya.
2. POLYPHENOLS
Mengganggu penyerapan zat besi daripada makanan ke dalam tubuh. Keadaan ini menyebabkan badan mengalami kekurangan zat besi dan menurunkan kualiti darah. Lalu, ia boleh menyebabkan berlakunya anemia.
KESAN YANG BOLEH BERLAKU KALAU TERLALU BANYAK MINUM KOPI SEMASA HAMIL
1. KEGUGURAN
Pengambilan kopi yang banyak boleh menyebabkan keguguran pada peringkat awal kehamilan
2. TERJEJAS TUMBESARAN
Saiz bayi terjejas di mana ia menjadi kecil meskipun sudah di peringkat akhir kehamilan kerana pengambilan kafein yang terlalu tinggi. Bayi tidak cukup berat.
3. ANEMIA
Terlalu banyak ambil kafein boleh menyebabkan anemia yang boleh memberi banyak komplikasi sepanjang kehamilan
BUKAN TAK BOLEH MINUM LANGSUNG,
…Cuma, momies tidak digalakkan untuk mengambilnya secara berlebihan. Ambillah dalam kadar sederhana, cuba hadkan kepada secawan sehari.
Tidak pun, beralihlah pada teh hijau atau apa jua minuman yang rendah kafein.
Untuk Pertanyaan dan info berkenaan Ibu Hamil dan Keluarga Bahagia
Boleh Join Komuniti Super Mommies D'Aura
https://t.me/+HHnp_svcPf8zNzg1