Universiti Selangor

Universiti Selangor Education Provider In a span of 11 years UNISEL has undergone through several stages of development in its effort to produce graduates to meet national needs.

Various initiatives have been outlined to make UNISEL a reputable university, not only with respect to the graduates it produces, but also through the involvement of its academic staff in research and innovation. UNISEL is a Private Institution of Higher Learning registered in August 24, 1999. UNISEL offers more than just quality education. With over 85 diploma, undergraduate, post-graduate degree

programmes and PhD in various fields, it is well placed to be a premier institution of higher learning with emphasis on catering to industry’s requirements. State-of-the-art training, research and development facilities are additional plus points for this emerging university to address the changing needs of industry. The sprawling campus in Bestari Jaya set amidst 1,000-acre of land houses the following faculties: Faculty of Engineering; Faculty of Industrial Information Technology, Faculty of Education and Social Sciences and Faculty of Science and Biotechnology. The Shah Alam Campus, strategically located in the city of Shah Alam, is supported by good infrastructure and facilities. It houses the following faculties and centers of excellence: Faculty of Biomedical and Health Sciences; Faculty of Art and Design; Faculty of Communication and Media; Faculty of Business; Centre for Graduate Studies; Centre for Research and Innovation; Institute of Bio-IT Selangor Unisel; Centre for Business Development, Consultancy and Industrial Linkages; Centre for Foreign and International Studies and Japanese Associate Degree Program.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€ππ‘π„π’πˆπ€π’πˆ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 & π‰π€πŒπ”π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ 𝐅𝐂𝐕𝐀𝐂 πŸπŸŽπŸπŸ” πŒπ„π‘πˆπ€π‡, πŸ‘πŸ‘πŸ” 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 πƒπ„πŠπ€πBuat julung kalinya, Fak...
23/04/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π€ππ‘π„π’πˆπ€π’πˆ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 & π‰π€πŒπ”π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ 𝐅𝐂𝐕𝐀𝐂 πŸπŸŽπŸπŸ” πŒπ„π‘πˆπ€π‡, πŸ‘πŸ‘πŸ” 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 π“π„π‘πˆπŒπ€ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 πƒπ„πŠπ€π

Buat julung kalinya, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran (FCVAC) telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Apresiasi Pelajar & Majlis Hari Raya 2026 dalam suasana penuh meriah dan bermakna sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Canselor UNISEL, Kampus Bestari Jaya.

Majlis ini turut menandakan penganjuran kali ketiga Majlis Anugerah Dekan pada tahun 2026, sebagai tanda penghargaan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik.

Seramai 336 pelajar telah menerima Anugerah Dekan bagi pencapaian membanggakan dengan Purata Nilai Gred (GPA) antara 3.50 hingga 4.00 bagi semester November 2024 dan April 2025 bagi program Pra-siswazah dan Disember 2024, April & Ogos 2025 bagi Program Asas.

Fakulti turut mengiktiraf pelajar yang menyerlah melalui penyampaian Anugerah Terbaik bagi ketiga-tiga Jabatan, sekali gus mencerminkan komitmen FCVAC dalam melahirkan graduan holistik.

Majlis turut mencipta satu lagi pencapaian penting apabila berlangsungnya sesi penyerahan dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara FCVAC bersama tiga rakan industri iaitu Valet Nexaguard Sdn Bhd, Dive Buddy dan Prestige Media.

Kerjasama strategik ini dijangka membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dalam aspek latihan profesional, mobiliti, serta pendedahan kepada dunia industri sebenar.

Melalui kolaborasi tersebut, pelajar bakal menikmati pelbagai manfaat termasuk:
- Pengukuhan jaringan akademik dan industri melalui pertukaran kepakaran terutamanya penyelidikan.
- Pendedahan kepada pembelajaran berasaskan pengalaman seperti keselamatan dalam air dan fotografi bawah air.
- Peluang memperkasa bakat kreatif serta keusahawanan melalui projek industri dan latihan praktikal.

Menurut Dekan FCVAC, gabungan pembelajaran teori di bilik kuliah dengan pengalaman praktikal daripada industri mampu melahirkan graduan yang bukan sahaja kompeten, malah versatil dalam menghadapi cabaran kerjaya masa kini.

Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan ini turut diserikan dengan persembahan live band oleh pelajar-pelajar cemerlang serta sesi cabutan bertuah selepas jamuan Hari Raya, sekali gus menutup tirai program dalam suasana penuh kegembiraan dan ukhwah.

Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini bukan sahaja mengiktiraf kejayaan pelajar, malah memperkukuh hubungan antara fakulti dan industri dalam usaha melahirkan graduan berkualiti tinggi serta berdaya saing di peringkat global.

PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
23 April 2026

π”ππˆπ’π„π‹ π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π ππ”πƒπ€π˜π€ πˆπ‹πŒπ” πŒπ„ππ„π‘π”π’πˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰πŽπŒ 𝐁𝐀𝐂𝐀 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝟏𝟎 πŒπˆππˆπ“Universiti Selangor (UNISEL) terus memperkukuh a...
23/04/2026

π”ππˆπ’π„π‹ π’π„πŒπ€π‘π€πŠπŠπ€π ππ”πƒπ€π˜π€ πˆπ‹πŒπ” πŒπ„ππ„π‘π”π’πˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‰πŽπŒ 𝐁𝐀𝐂𝐀 ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝟏𝟎 πŒπˆππˆπ“

Universiti Selangor (UNISEL) terus memperkukuh agenda pembudayaan ilmu apabila menganjurkan program Jom Baca Bersama 10 Minit sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, hari ini di Bilik Seminar Siddiq Fadzil, Perpustakaan UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Program anjuran Perpustakaan UNISEL dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS) ini merupakan sebahagian daripada inisiatif nasional yang digerakkan oleh melalui Kempen Membaca Kebangsaan: Membaca Membina Bangsa.

Bermula tepat jam 11.00 pagi, warga kampus termasuk pelajar, pensyarah dan staf mengambil bahagian secara serentak di lokasi masing-masing dengan meluangkan masa selama 10 minit untuk membaca bahan pilihan tak kiralah sumber daripada buku ilmiah, novel sehinggalah bahan digital.

Menurut Prof. Madya Dr. Fridelina Sjahrir, Timbalan Naib Canselor Akademik & Penyelidikan UNISEL, kempen ini dilihat sebagai satu platform strategik dalam membudayakan amalan membaca secara konsisten dalam kalangan warga universiti.

β€œUsaha ini bukan sekadar simbolik, tetapi satu langkah berterusan untuk menyemai tabiat membaca sebagai gaya hidup. Kita mahu melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga berfikiran kritis, luas pengetahuan serta berdaya saing,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Perpustakaan, En. Hafiz Bin Abdul Rahim turut menegaskan bahawa peranan pihak Perpustakaan akan sentiasa menambah baik kemudahan serta memperkasa perkhidmatan agar lebih relevan, kondusif dan memenuhi keperluan warga kampus.

Program ini juga diserikan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti Bicara Buku, Bicara Santai, kuiz interaktif serta sesi fotografi kreatif yang berjaya menarik minat penyertaan dalam kalangan pelajar. Malah, penyediaan e-sijil turut menjadi galakan tambahan kepada peserta untuk menyertai program seumpama ini.

Kempen membaca selama 10 minit sehari yang diketengahkan ini selari dengan aspirasi nasional untuk melahirkan masyarakat berbudaya ilmu dan mencapai status negara pembaca menjelang tahun 2030.

Sebagai simbolik penutup, seluruh warga UNISEL bersama-sama meluangkan 10 minit terakhir dengan membaca dalam suasana penuh fokus dan harmoni, ini membuktikan bahawa perubahan besar mampu bermula dengan langkah kecil yang konsisten.

Program ini jelas mencerminkan komitmen UNISEL dalam memperkasa budaya membaca serta menyokong agenda pembangunan modal insan berilmu di Malaysia.

PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
23 April 2026

π”ππˆπ’π„π‹ π’π€πŒππ”π“ πƒπ„π‹π„π†π€π’πˆ π†π‹πŽππ€π‹ 𝐄𝐗𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐄 πŒπ€π‹π€π˜π’π€ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”: ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔Universiti Selangor (UNIS...
21/04/2026

π”ππˆπ’π„π‹ π’π€πŒππ”π“ πƒπ„π‹π„π†π€π’πˆ π†π‹πŽππ€π‹ 𝐄𝐗𝐂𝐇𝐀𝐍𝐆𝐄 πŒπ€π‹π€π˜π’π€ π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸŽπŸπŸ”: ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini secara rasminya memulakan Program Global Exchange Malaysia (GEM) Siri 1/2026 melibatkan kerjasama strategik bersama SMPN 3 Malang dan Universitas Negeri Malang, Indonesia.

Majlis perasmian pembukaan program mobiliti inbound ini telah berlangsung dengan penuh mahabbah pada jam 10:00 pagi bertempat di Bilik Sidiq Fadzil, Perpustakaan UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Seramai 23 orang pelajar serta guru pengiring dari SMPN 3 Malang, Indonesia hadir dan diserikan dengan kehadiran Prof. Madya Dr. Hashimah Binti Ismail, Pengarah Antarabangsa UNISEL serta delegasi dari Indonesia iaitu Dr. Otto Fajarianto, M.KOM, Tim Pengembang Pusat Sumber Daya Wilayah; Ibu Rizka Apriani, M.PD., Tim Pengembang Pusat Pendidikan; Ibu Titis Istiqomah,MM, Tim Pengembang Pusat Pendidikan dan Ibu
Qurrota Ayunin, S.PD, Staf Pusat Sumber Daya Wilayah yang memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif pertukaran budaya dan akademik ini.

Program selama tujuh hari bermula 20 sehingga 26 April 2026. Program GEM ini bertujuan untuk memberi pendedahan global kepada para pelajar melalui aktiviti silang budaya, pengasahan bakat kepimpinan, serta pengenalan kepada sistem pendidikan tinggi di Malaysia, khususnya di UNISEL.

Sepanjang tempoh program, para peserta ditempatkan di Apartment Mobiliti dan Unit Semi-D UNISEL Kampus Bestari Jaya. Pengurusan universiti telah memastikan segala kemudahan dan tahap kebersihan berada pada tahap terbaik bagi menjamin keselesaan tetamu antarabangsa kita.

Menurut Pengarah Antarabangsa UNISEL, Kehadiran delegasi dari Malang, Indonesia ini bukan sekadar satu program pertukaran malah ia merupakan cerminan imej cemerlang UNISEL di persada antarabangsa.

Program GEM Siri 1/2026 ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama strategik antara UNISEL dan institusi pendidikan di Indonesia pada masa hadapan, sekali gus memperkukuh kedudukan UNISEL sebagai destinasi pendidikan pilihan dalam rantau ASEAN.

PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
21 April 2026

π”ππˆπ’π„π‹ π“π„π‘πˆπŒπ€ π’π”πŒππ€ππ†π€π π™π€πŠπ€π“ π‘πŒπŸ‘πŸŽ,𝟎𝟎𝟎 πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ ππ€ππŠ π‘π€πŠπ˜π€π“Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima sumbangan zaka...
20/04/2026

π”ππˆπ’π„π‹ π“π„π‘πˆπŒπ€ π’π”πŒππ€ππ†π€π π™π€πŠπ€π“ π‘πŒπŸ‘πŸŽ,𝟎𝟎𝟎 πƒπ€π‘πˆππ€πƒπ€ ππ€ππŠ π‘π€πŠπ˜π€π“

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima sumbangan zakat berjumlah RM30,000 daripada Bank Rakyat dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, Kampus Shah Alam.

Majlis serahan tersebut disempurnakan oleh Prof. Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan bin Basri, Presiden & Naib Canselor UNISEL, bersama barisan pengurusan tertinggi universiti.

Turut hadir mewakili pihak Bank Rakyat ialah Tuan Haji Roslan bin Din, Pengarah Wilayah Tengah; Tuan Haji Mazlan bin Mohamad, Ketua Wilayah Selangor; Tuan Haji Huzaimi bin Ali, Timbalan Presiden Cawangan Shah Alam; serta Puan Noryati binti Jailani, Timbalan Presiden Pejabat Wilayah Selangor.

Menurut wakil Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor, sumbangan zakat ini amat bermakna khususnya dalam membantu pelajar-pelajar yang memerlukan agar dapat meneruskan pengajian dalam keadaan lebih selesa dan teratur.

β€œBantuan ini bukan sahaja meringankan beban kewangan pelajar, malah menjadi pemangkin semangat dan motivasi untuk mereka terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik serta sahsiah diri,” ujar beliau.

UNISEL turut menegaskan komitmennya dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara, lebih-lebih lagi dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini.

Sehubungan itu, pelajar yang memerlukan bantuan disarankan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat rujukan di Pusat Islam UNISEL bagi memastikan kebajikan mereka terus terbela.

Majlis ini mencerminkan kerjasama erat antara institusi pendidikan tinggi dan pihak perbankan dalam memperkasa kebajikan pelajar serta menyokong pembangunan pendidikan tinggi khususnya di Negeri Selangor dan negara amnya.

PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
20 April 2026

π”ππˆπ’π„π‹ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ”π€π‹πˆπ“πˆ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‹πˆπƒπˆπŠπ€π π’π„π‹π€π‘πˆ π€π’ππˆπ‘π€π’πˆ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘Sumber daripada Prof. Madya Dr. Fridelina Sjah...
17/04/2026

π”ππˆπ’π„π‹ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ”π€π‹πˆπ“πˆ π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ˜π„π‹πˆπƒπˆπŠπ€π π’π„π‹π€π‘πˆ π€π’ππˆπ‘π€π’πˆ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘

Sumber daripada Prof. Madya Dr. Fridelina Sjahrir, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Penyelidikan.

Credit: Sinar Harian (Jumaat, 17 April 2026)

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π’π€π‡πŒπ˜πŽπŽπŠ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“π˜ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ ππŽπ“π„ππ’πˆ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ ππ„π‘π’π€πŒπ€ π”ππˆπ’π„π‹Universiti Selangor (UNISEL) hari ini men...
15/04/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π’π€π‡πŒπ˜πŽπŽπŠ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“π˜ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ ππŽπ“π„ππ’πˆ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ ππ„π‘π’π€πŒπ€ π”ππˆπ’π„π‹

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini menerima kunjungan rasmi delegasi dari Sahmyook University dalam satu sesi perbincangan strategik yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, Aras 5, Kampus Shah Alam.

Lawatan ini merupakan susulan daripada hasrat rasmi pihak Sahmyook University yang disalurkan melalui Pejabat Antarabangsa UNISEL bagi mengadakan sesi penerokaan awal bersama pengurusan tertinggi universiti serta fakulti berkaitan. Kunjungan ini bersifat perbincangan awal tanpa sebarang komitmen rasmi atau pemeteraian perjanjian pada peringkat ini, namun dilihat sebagai langkah penting ke arah jalinan kerjasama masa hadapan.

Delegasi tersebut diketuai oleh Naib Presiden Sahmyook University, Dr. Kyunghyun Suh bersama beberapa pegawai kanan universiti. Turut hadir ialah wakil industri daripada Appbooks Sdn Bhd yang membuka ruang kepada kolaborasi strategik antara akademia dan industri.

Dalam ucapan aluannya, Presiden dan Naib Canselor UNISEL menzahirkan penghargaan atas kesudian delegasi antarabangsa berkunjung ke universiti berkenaan. Beliau menegaskan bahawa lawatan ini merupakan platform penting dalam memperluas jaringan global UNISEL serta memperkukuh hubungan antarabangsa dalam bidang pendidikan tinggi.

Menurut beliau, UNISEL sebagai universiti milik kerajaan negeri yang komited dalam menyediakan pendidikan berkualiti serta menjadi pemangkin pembangunan sosial dan ekonomi. Dengan dua kampus utama di Bestari Jaya dan Shah Alam, UNISEL menawarkan pelbagai program merangkumi bidang pendidikan, kejuruteraan, perniagaan, kesihatan serta komunikasi dan teknologi kepada pelajar tempatan dan antarabangsa.

Sahmyook University p**a merupakan sebuah universiti swasta yang berpusat di Seoul, Korea Selatan yang menawarkan pelbagai program seperti sains kesihatan, perniagaan, pendidikan serta bidang komputer dan teknologi. Kesamaan bidang pengajian ini dilihat sebagai asas kukuh untuk kedua-dua institusi meneroka potensi kerjasama yang saling menguntungkan.

Sepanjang sesi perbincangan, kedua-dua pihak meneliti beberapa fokus utama kerjasama strategik antaranya pembangunan program akademik bersama serta pertukaran antara disiplin. Selain itu, kerjasama dalam bidang teknologi maklumat termasuk Kecerdasan Buatan (AI), data dan pembangunan perisian turut menjadi agenda utama perbincangan.

Bidang kesihatan dan kejururawatan juga dikenal pasti sebagai antara sektor berpotensi untuk kolaborasi, di samping penerokaan peluang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama yang melibatkan pembiayaan daripada kerajaan Malaysia dan agensi antarabangsa.

Dalam usaha melahirkan graduan berdaya saing global, kedua-dua institusi turut membincangkan inisiatif peningkatan kompetensi pelajar melalui latihan industri, program Capstone Global serta aktiviti keusahawanan. Di samping itu, aspek transformasi digital universiti turut diberi perhatian, termasuk pembangunan kurikulum berasaskan AI, pelaksanaan pembelajaran hibrid serta penawaran program mikro-kredensial.

Sesi dialog terbuka yang berlangsung selepas itu menyaksikan pertukaran pandangan yang konstruktif antara wakil universiti dan industri, sekali gus memperkukuh asas kerjasama strategik yang bakal diterokai.

Majlis diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai simbolik hubungan dua hala, diikuti jamuan ringan serta lawatan ke fakulti dan makmal Fakulti Sains Kesihatan. Lawatan ini diharap menjadi titik permulaan kepada hubungan jangka panjang antara Universiti Selangor dan Sahmyook University dalam memperkasa kecemerlangan akademik, penyelidikan serta pembangunan modal insan bertaraf global.

PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
15 April 2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€ππ“π€πˆ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 ππ€πˆπ π‚π€ππ’π„π‹πŽπ‘ π”ππˆπ’π„π‹Majlis Jamuan Hari Raya Pejabat Naib Canselor berlangsung dalam sua...
14/04/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ π’π€ππ“π€πˆ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 ππ€πˆπ π‚π€ππ’π„π‹πŽπ‘ π”ππˆπ’π„π‹

Majlis Jamuan Hari Raya Pejabat Naib Canselor berlangsung dalam suasana sederhana namun penuh kemeriahan di Bangunan Canselori, Kampus Bestari Jaya. Program kecil-kecilan ini dianjurkan khusus bagi meraikan kakitangan pentadbiran Universiti Selangor (UNISEL) di bawah naungan Pejabat NC sempena Aidilfitri, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja.

Majlis diserikan dengan kehadiran Prof. Emeritus Ir. Dato’ Dr. Hassan Basri, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, yang turut menyampaikan ucapan penuh bermakna. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua kakitangan atas komitmen berterusan serta menekankan kepentingan semangat kerja berpasukan dalam usaha menarik lebih ramai kemasukan pelajar baharu bagi sesi April 2026.

Suasana majlis yang santai dengan juadah tradisional Hari Raya mencerminkan nilai kebersamaan, kesyukuran dan keharmonian, sejajar dengan semangat Aidilfitri yang diraikan bersama.

Turut hadir sepanjang majlis adalah Tn. Hj. Maskor Tumiran, Pegawai Khas Pusat khidmat Parlimen Kuala Selangor, Cikgu Zulkifli Kamarudin, Pegawai Kerja Pusat Khidmat Parlimen Kuala Selangor dan Tok Hanis Zahari, Penghulu Mukim Kuala Selangor/ Ujong Permatang.

https://vt.tiktok.com/ZSHpsaUXR/

PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
14 April 2026

π”ππˆπ’π„π‹ π“π„π‘πˆπŒπ€ π’π”πŒππ€ππ†π€π ππ„πŠ πŒπ€πŠπ€ππ€π 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 πŸ—πŸ— 𝐒𝐏𝐄𝐄𝐃 πŒπ€π‘π“, 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 π‘πˆππ†π€ππŠπ€π 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐍 πŒπ€π‡π€π’πˆπ’π–π€Prihatin terhadap kebajikan mah...
13/04/2026

π”ππˆπ’π„π‹ π“π„π‘πˆπŒπ€ π’π”πŒππ€ππ†π€π ππ„πŠ πŒπ€πŠπ€ππ€π 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 πŸ—πŸ— 𝐒𝐏𝐄𝐄𝐃 πŒπ€π‘π“, 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 π‘πˆππ†π€ππŠπ€π 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐍 πŒπ€π‡π€π’πˆπ’π–π€

Prihatin terhadap kebajikan mahasiswa, 99 Speed Mart Retail Holdings tampil menghulurkan sumbangan pek makanan kepada pelajar Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Majlis Agihan Pek Makanan yang berlangsung dalam suasana penuh bermakna dan kebersamaan di UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti), yang turut menyatakan sokongan penuh pihak pengurusan universiti terhadap inisiatif kebajikan mahasiswa.

Dalam ucapan aluannya, wakil penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak 99 Speed Mart atas keprihatinan mereka dalam menyumbang pek makanan kepada warga mahasiswa. Sumbangan ini disifatkan bukan sahaja sebagai bantuan fizikal, malah simbol sokongan moral dan semangat kerjasama erat antara pihak industri dan institusi pendidikan.

Program ini memberi tumpuan khusus kepada pelajar asnaf, pelajar kurang berkemampuan serta mereka yang aktif menyumbang kepada pembangunan universiti. Golongan ini sering berdepan cabaran dalam meneruskan pengajian, namun tetap komited dalam memberikan sumbangan dari segi tenaga, idea dan masa.

Menurut pihak penganjur, inisiatif ini diharap dapat meringankan beban kewangan pelajar, di samping menjadi pemangkin motivasi untuk terus cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kepimpinan.

Dalam masa yang sama, pihak universiti turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan tertinggi UNISEL atas sokongan berterusan dalam menjayakan program kebajikan mahasiswa. Tanpa komitmen pihak pengurusan, program seumpama ini tidak mungkin dapat direalisasikan dengan jayanya.

Majlis berkenaan turut mencerminkan usaha berterusan dalam memperkukuh hubungan strategik antara UNISEL dan pihak industri, khususnya 99 Speed Mart, demi kesejahteraan dan kebajikan mahasiswa secara menyeluruh.

Sebagai penutup, semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini diraikan atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan. Diharapkan usaha murni ini akan terus diberkati serta menjadi inspirasi kepada lebih banyak inisiatif kebajikan pada masa hadapan.

PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
13 April 2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 πˆπŠπ‘π€π‘ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ”Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan Majlis Bacaan Ik...
10/04/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 πˆπŠπ‘π€π‘ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ”

Universiti Selangor (UNISEL) hari ini mengadakan Majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baharu bagi kemasukan April 2026. Majlis yang berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL Bestari Jaya itu merupakan kesinambungan kepada Minggu Tekad Siswa Budiman (MTSB) bagi pelajar-pelajar baharu yang telah mendaftar.

Program yang berlangsung selama tiga hari ini merupakan minggu suai kenal yang dikelolakan oleh Fasilitator MTS Budiman di bawah Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti, dengan pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat untuk membina jati diri serta semangat kebersamaan dalam kalangan mahasiswa baharu.

Turut berlangsung Amanat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti).

Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh para pelajar serta ibu bapa yang memilih UNISEL sebagai destinasi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Majlis diteruskan dengan lafaz β€˜Ikrar Mahasiswa Mahasiswi Baharu’ sebagai simbolik rasmi bergelar warga UNISEL. Suasana majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada pelajar yang juga baharu mendaftar iaitu Tasha Aliah Binti Tasharizal, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak - kanak serta gimik sketsa kreatif oleh para fasilitator yang berjaya menceriakan dewan dan penyampaian Jersey khas kepada pelajar baharu bergelar Mahasiswa Budiman UNISEL.

Kepada anda yang masih mencari hala tuju selepas peperiksaan, inilah masanya untuk membuat pilihan terbaik demi masa depan anda kerana tempoh pendaftaran dipanjangkan sehingga 4 Mei 2026.

πŸ“ž Hubungi kami:
Bestari Jaya: 03-3280 5062
Shah Alam: 03-5522 3400
🌐 Laman web:
www.unisel.edu.my⁠
πŸ–± Permohonan online:
apply.unisel.edu.my
πŸ“² WhatsApp:
+601123088002⁠ (Cik Bunga)
+60183280167⁠ (Cik Mira)

PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
10 April 2026

π‹π€πŠπ€π‘πŠπ€π πŒπ€π’π€ 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 ππ„π‘π’π€πŒπ€ π”ππˆπ’π„π‹Universiti Selangor (UNISEL) terus komited dalam melahirkan graduan yang berkuali...
09/04/2026

π‹π€πŠπ€π‘πŠπ€π πŒπ€π’π€ 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀 ππ„π‘π’π€πŒπ€ π”ππˆπ’π„π‹

Universiti Selangor (UNISEL) terus komited dalam melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia kerjaya. Seiring dengan itu, sesi kemasukan April 2026 hari ini membuka peluang kepada lepasan SPM, STPM, Diploma dan setaraf untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang yang ditawarkan.

Suasana pendaftaran pelajar baharu bagi sesi ini berlangsung dengan penuh semangat dan keterujaan di kampus Bestari Jaya dan Shah Alam. Seawal jam 8.30 pagi, para pelajar bersama ibu bapa hadir dengan harapan dan impian baharu untuk memulakan perjalanan dalam dunia pendidikan tinggi.

Pelbagai program pengajian ditawarkan merangkumi bidang pendidikan, perniagaan, teknologi, komunikasi dan banyak lagi, selari dengan keperluan industri masa kini. UNISEL turut menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta sokongan akademik dan pembangunan pelajar yang menyeluruh.

Turut hadir menyambut kehadiran pelajar baharu dan ibu bapa ialah Prof. Emeritus Ir. Dato' Dr. Hassan bin Basri, Presiden dan Naib Canseor UNISEL. Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para ibu bapa dan pelajar yang telah memilih UNISEL sebagai destinasi pendidikan tinggi.

β€œSaya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaan anak-anak. Kepercayaan yang diberikan kepada UNISEL amat kami hargai dalam membentuk masa depan generasi muda.”

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor atas komitmen berterusan dalam menyokong pendidikan anak-anak Selangor melalui pelbagai inisiatif dan bantuan pendidikan.

Kepada anda yang masih mencari hala tuju selepas peperiksaan, inilah masanya untuk membuat pilihan terbaik demi masa depan anda kerana tempoh pendaftaran dipanjangkan sehingga 4 Mei 2026.

πŸ“ž Hubungi kami:
Bestari Jaya: 03-3280 5062
Shah Alam: 03-5522 3400
🌐 Laman web:
www.unisel.edu.my⁠
πŸ–± Permohonan online:
apply.unisel.edu.my
πŸ“² WhatsApp:
+601123088002⁠ (Cik Bunga)
+60183280167⁠ (Cik Mira)

PEJABAT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
9 April 2026

Tahniah & Selamat Datang Ke Universiti SelangorSetiap kejayaan bermula dengan satu langkah berani. Mari lakarkan masa de...
09/04/2026

Tahniah & Selamat Datang Ke Universiti Selangor

Setiap kejayaan bermula dengan satu langkah berani. Mari lakarkan masa depan yang gemilang bersama kami di UNISEL. Destinasi kecemerlangan anda bermula di sini.

Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, berani mencuba, dan jangan takut menghadapi kegagalan kerana di situlah terletaknya peluang untuk berkembang. Pilihlah laluan yang selari dengan minat dan bakat anda, dan berusahalah menjadi individu yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah berakhlak mulia dan berintegriti.





Ikhlas Dari,
Prof Emeritus Ir. Dato' Dr Hassan Bin Basri
*Presiden & Naib Canselor*
*Universiti Selangor*

Address

Jalan Zirkon A7/A
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Universiti Selangor:

Share

Our Story

In a span of 11 years UNISEL has undergone through several stages of development in its effort to produce graduates to meet national needs. Various initiatives have been outlined to make UNISEL a reputable university, not only with respect to the graduates it produces, but also through the involvement of its academic staff in research and innovation. UNISEL is a Private Institution of Higher Learning registered in August 24, 1999. UNISEL offers more than just quality education. With over 85 diploma, undergraduate, post-graduate degree programmes and PhD in various fields, it is well placed to be a premier institution of higher learning with emphasis on catering to industry’s requirements. State-of-the-art training, research and development facilities are additional plus points for this emerging university to address the changing needs of industry. The sprawling campus in Bestari Jaya set amidst 1,000-acre of land houses the following faculties: Faculty of Engineering; Faculty of Industrial Information Technology, Faculty of Education and Social Sciences and Faculty of Science and Biotechnology. The Shah Alam Campus, strategically located in the city of Shah Alam, is supported by good infrastructure and facilities. It houses the following faculties and centers of excellence: Faculty of Biomedical and Health Sciences; Faculty of Art and Design; Faculty of Communication and Media; Faculty of Business; Centre for Graduate Studies; Centre for Research and Innovation; Institute of Bio-IT Selangor Unisel; Centre for Business Development, Consultancy and Industrial Linkages; Centre for Foreign and International Studies and Japanese Associate Degree Program.