07/12/2025
Ini yang kami sentiasa bagitau. Emotional toxin akan berkumpul dalam tubuh dan mempengaruhi saraf. Pemancar saraf seperti histamin pun akan kumpul dalam badan sebabkan kita makin sensitif dan perut usus jadi makin ANGIN!
Trauma emosi yang tak pernah sembuh bukan saja tinggal dalam fikiran, tapi tersimpan sekali dalam tubuh.
Dan ia mengubah cara kita respon terhadap stres pada tahap yang paling asas.
Kajian menunjukkan bahawa stres kronik dan trauma yang tak dipulihkan boleh mengubah semula sistem saraf, seolah-olah menguncinya dalam keadaan berjaga-jaga yang berpanjangan.
Dalam keadaan ini, tubuh jadi terlalu peka, silap tafsir rasa biasa sebagai ancaman, lalu ia boleh muncul sebagai sakit kronik, ketegangan atau radang, walaupun tanpa punca perubatan yang jelas.
Apabila respon “fight-or-flight” ini berlarutan, tubuh kekal terperangkap dalam mode survival, memantulkan tekanan emosi yang belum diproses sepenuhnya.
Bila otot sentiasa tegang dan keradangan berpanjangan, simptom fizikal ini menjadi ekspresi somatik kepada kesakitan psikologi yang masih belum selesai.
Ini cara tubuh meneruskan “perbualan” yang belum tamat dalam minda, satu isyarat mendesak bahawa penyembuhan perlu berlaku bukan saja pada peringkat emosi tetapi juga pada peringkat fizikal.
Sumber: Fisher, E., Law, E., Dudeney, J., Eccleston, C., Palermo, T. M., & McCracken, L. M. (2024). Trauma and adverse childhood experiences and chronic pain in youth and young adults: A systematic review and meta-analysis. PLOS ONE, 19(5), e0309332.