12/02/2026
BENGKEL PEMURNIAN LAPORAN TEKNIKAL BAGI TINJAUAN KEBANGSAAN KESIHATAN DAN MORBIDITI (NHMS) 2025: KESIHATAN WARGA EMAS
Tarikh : 10-11 Februari 2026 (Selasa-Rabu)
Tempat : Bilik Mesyuarat Dahlia, IKU, NIH Setia Alam
Bengkel strategik bersama pasukan penyelidik NHMS 2025 telah dilaksanakan bagi memperkukuh dapatan laporan teknikal serta merangka cadangan berasaskan bukti ke arah pengukuhan polisi kesihatan warga emas di peringkat nasional.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan IKU dalam menyokong agenda Healthy Ageing dan memastikan warga emas Malaysia dapat menua dengan sihat, bermaruah dan berkualiti.
Layari: https://iku.nih.gov.my/nhms2025