Ezi Bekam Therapy

Ezi Bekam Therapy Rawatan bekam untuk LELAKI. Boleh datang ke pusat rawatan kami atau kami datang ke rumah tuan-tuan :)

30/12/2023

Jom! mulakan dengan 10,000 langkah anda yang pertama bagi menjadikan budaya aktif dalam kehidupan sebagai rutin.

29/05/2023

📢Sistem penghadaman yang sihat merupakan asas kepada kesihatan tubuh.

‼️Ketidakhadaman berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti gaya hidup yang tidak sihat dan menghidap beberapa penyakit terutamanya yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

✅Oleh itu, orang ramai perlu mengambil berat sistem penghadaman dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

29/05/2023

‼️Kesihatan yang baik bermula daripada sistem penghadaman yang sihat. Sistem penghadaman berfungsi untuk mencerna makanan sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair.

📌Proses penghadaman yang baik membolehkan lebih banyak nutrien diserap dari makanan yang dimakan. Selain itu, penghadaman sihat juga mempengaruhi imuniti tubuh dan dapat mengeluarkan bahan buangan dengan efisien daripada tubuh.

✅Oleh itu, orang ramai perlu memastikan proses penghadaman berlaku dengan sempurna dengan mengamalkan gaya hidup dan mengamalkan pemakanan sihat.

09/03/2023

🥥Air kelapa mengandungi rendah kalori dan membekalkan pelbagai vitamin & mineral semulajadi kepada tubuh badan.

❌ Sebaik-baiknya elakkan daripada menambah gula agar lebih memberi manfaat kepada tubuh.

🥤Minuman yang dikatakan sebagai “penyejuk badan” ini sangat mudah diperolehi di Malaysia dan yang mempunyai kebaikan untuk diamalkan.

Cegah sebelum parah
13/07/2022

Cegah sebelum parah

Gout merupakan penyakit artritis yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi terutamanya pada kaki.

Antara punca adalah disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin. Purin terdapat dalam kebanyakan tisu tubuh manusia dan juga daripada makanan. Antara contoh makanan tinggi purin ialah daging merah, organ dalaman (hati, paru, limpa), kerang, udang, ikan bilis, sardin.

Pada keadaan normal asid urik akan melarut dalam darah melalui buah pinggang dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing.Bagi pesakit gout, amalan diet rendah purin boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam darah.

Diet ini tidak boleh menyembuhkan sakit gout, tetapi ia boleh menurunkan risiko serangan gout dan melambatkan kerosakan sendi.

Jom sama-sama kita amalkan sunnah Nabi SAW iaitu berbekam
04/06/2022

Jom sama-sama kita amalkan sunnah Nabi SAW iaitu berbekam

"HIJAMAH ( BEKAM BASAH ) MERAWAT DEPRESSION."

ASSALAMUALAIKUM.
SUBHANALLAH , ALHAMDULILLAH ,ALLAHUAKBAR.

TAHUKAH ANDA BAHAWA MALAIKAT MENYURUH KITA MELAKUKAN HIJAMAH?

HIJAMAH ADALAH BEKAM BASAH ( BEKAM DARAH ).

TERDAPAT KAJIAN YANG MEMBUKTIKAN BAHAWA HIJAMAH MAMPU MERAWAT & MENCEGAH DEPRESSION.

JADI, TUNGGU APA LAGI,CARI MANA2 PUSAT RAWATAN BERDEKATAN DENGAN AMDA DAN DAPATKAN RAWATAM HIJAMAH UNTUK DEPRESSION.PASTIKAN PERAWAT ITU MENJAGA SOP KEBERSIHAN DAN MEMPUNYAI ILMU DIDALAM BIDANG HIJAMAH.

WALLAHUA'LAM.

28/10/2021

Selain makanan segera, makanan terproses seperti sosej atau bebola dan makanan dalam tin juga mengandungi kandungan garam yang tinggi.

Pengambilan garam berlebihan secara berterusan akan meningkatkan risiko darah tinggi atau hipertensi.

Darah tinggi yang tidak terkawal meningkatkan risiko strok, serangan jantung dan masalah buah pinggang.

Mengikut statistik, 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia menghidap darah tinggi.

Darah tinggi dianggap sebagai pembunuh senyap kerana sebahagian besar penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) ini, tidak tahu mereka menghidap darah tinggi.

Jika ada sejarah darah tinggi dalam keluarga, mereka berdepan dengan peluang 50% lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini.

Perubahan gaya hidup menyebabkan darah tinggi bukan lagi penyakit orang tua.

Peratusan golongan muda yang menghidap penyakit ini meningkat saban tahun disebabkan gaya hidup tidak sihat seperti mengabaikan pemakanan sihat.

Kurangkan risiko darah tinggi dengan mengehadkan makanan segera atau siap diproses dan lebihkan makanan segar seperti sayuran serta buah-buahan.

Untuk hidup bersama COVID-19, kita perlu kekal sihat dan tidak boleh bergantung kepada vaksin semata-mata.

Alhamdulillah selesai membekam Abg Zulkafli dari Johan Setia petang sebelum ifthor 6 Ramadhan 1442H hari ini. Berpuasa n...
18/04/2021

Alhamdulillah selesai membekam Abg Zulkafli dari Johan Setia petang sebelum ifthor 6 Ramadhan 1442H hari ini. Berpuasa nak bekam tak ada hal punya. Nak bekam roger booking wasap.my/601151155259

Selesai membekam Abg Wardi dari Jalan Kebun pagi ini. Semoga tuan diberi kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah Rama...
11/04/2021

Selesai membekam Abg Wardi dari Jalan Kebun pagi ini. Semoga tuan diberi kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah Ramadhan kurang 48 jam sahaja lagi. Sepanjang bulan Ramadhan kami beroperasi seperti biasa. Macam biasa booking slot dulu wasap.my/601151155259

.Assalamualaikum, selamat sejahtera, selamat pagi dan salam Nisfu Syaaban kepada semua yang ternampak posting ini.      ...
29/03/2021

.Assalamualaikum, selamat sejahtera, selamat pagi dan salam Nisfu Syaaban kepada semua yang ternampak posting ini.

Sudah bersediakah anda untuk memasuki madrasah Ramadhan yang berbaki beberapa hari sahaja lagi ?
Antara persediaan yang patut dilakukan tuan-tuan, encik-encik, abang-abang sekalian tak lain tak bukan kena servis dulu badan macam dalam gambar ni haa. Overhaul dari puncak kepala sampai kaki.

Insya-Allah mudah mudahan Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan kepada kita terutamanya untuk beribadah pada bulan Ramadhan nanti. Amin.
Berminat untuk berbekam dengan kami, jangan berlengah lagi BOOKING slot rawatan dengan kami wasap.my/601151155259/nakbekam SEKARANG!

Address

Shah Alam

Opening Hours

Monday 15:00 - 20:30
Tuesday 15:00 - 20:30
Wednesday 15:00 - 20:30
Thursday 15:00 - 20:30
Friday 14:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60103377191

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ezi Bekam Therapy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category