11/01/2026
9/1/2026 - Majlis Bacaan Yasin sebagai pembuka tirai tahun 2026. Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dalam setiap langkah, memperkukuhkan integriti dalam setiap amanah, melapangkan rezeki yang halal lagi diberkati, serta mengurniakan kejayaan berterusan kepada kita dan syarikat dalam setiap usaha yang dilaksanakan. Semoga dengan tahun baharu ini, azam yang baharu dan semangat yang diperbaharui terus menyemarakkan iltizam kita untuk bekerja dengan lebih berdisiplin, berintegriti dan bertanggungjawab. Semoga setiap usaha dipermudahkan, setiap perancangan dilancarkan, setiap cabaran dihadapi dengan kebijaksanaan, serta segala kejayaan yang dicapai membawa manfaat dan keberkatan kepada semua.