Rumah Penjagaan Damai

Rumah Penjagaan Damai Whatsapp: +6013.3923664
Rumah Penjagaan Pesakit PSIKIATRI (lelaki). Ditubuhkan pada tahun 2004.

Dianugerahkan sebagai Rumah Pemulihan Riqab, kategori RUMAH HARAPAN pada tahun 2021 oleh MAIS.

Alhamdulillah, tamat sudah program memperkasa pentadbiran dan pengurusan Rumah Pemulihan Riqab anjuran MAIS. Ilmu yang s...
29/10/2025

Alhamdulillah, tamat sudah program memperkasa pentadbiran dan pengurusan Rumah Pemulihan Riqab anjuran MAIS.
Ilmu yang sangat bermanfaat dan positif.

Salam Jumaat, Seperti biasa min usaha ke premis Rumah Penjagaan Damai pada hari Jumaat untuk infaq Jumaat. Kadang beli m...
17/10/2025

Salam Jumaat,
Seperti biasa min usaha ke premis Rumah Penjagaan Damai pada hari Jumaat untuk infaq Jumaat. Kadang beli makanan, kadang infaq duit seringgit dua untuk diorang minum kopi sedap RM1 πŸ˜€

Harini datang, direzekikan bersua orang baik yang selalu datang ziarah anaknya dan tak lupa juga setiapkali datang akan belanja makanan minuman untuk kawanΒ² anak beliau.
Masyallah puan yang baik hati, min dan seluruh warga RPD mendoakan puan diberi Allah umur panjang, kesihatan, limpahan rezeki dan kebahagian dunia akhirat. Aamiin YRA.

08/10/2025
07/10/2025

Terima kasih Ya Allah, hadirkan insan hebat didalam kehidupan kami hari ini.
YAD Senator Dato' Setia Haji Salehuddin Saidin, pengerusi MAIS yang begitu 'humble' orangnya, tersusun kata-kata dan sopan budi bicaranya serta sangat menjiwai insan-insan istimewa. Semoga Dato' direzekikan umur yang panjang, kesihatan dan kebahagiaan serta dirahmati kehidupan dunia akhirat.

Mereka di Rumah Penjagaan Damai yang kebanyakkannya ada yang dikatakan golongan Yaumul Hisab turut mendoakan yang baik-baik untuk Dato' dan 'team' Dato'.

Alhamdulillah, semoga usaha kami semua diberkati dan semoga Allah terus mencampakkan kesabaran dan hidayah ke dalam hati...
07/10/2025

Alhamdulillah, semoga usaha kami semua diberkati dan semoga Allah terus mencampakkan kesabaran dan hidayah ke dalam hati kami semua dalam menyantuni serta bermuamalat dengan mereka yang diuji dengan masalah kesihatan mental. Setidaknya dapat meringankan beban dibahu keluarga serta menjamin keharmonian komuniti.
Kita hanya perantara.

Ustaz Hanafi
Majlis Agama Islam Selangor
Azli Bajuri

06/10/2025

Perkongsian dari TT Al-Fadhil Ustaz Hanafiah Abdul Malek.
Tips:
1. Ucapan Alhamdulillah
2. Amal kurma Ajwa
3. Berbekam
Ilmu paling istimewa, teknik & pembacaan Surah Al-Insyirah pada 4 ayat pertama.
Terima kasih Ustaz Hanafi dengan doanya, semoga direzekikan Rumah Penjagaan Damai beralih ke kompleks 3 tingkat 🀲

05/10/2025

Kami di Rumah Penjagaan Damai mendahului semua menyambut Hari Kesihatan Mental 😊 4 Oktober 2025.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Terima kasih Allah, terima kasih tetamu yg hadir dan wargakerja RPD serta seluruh penghuni yang memberi kerjasama dalam menjayakan majlis yg julungkali kami adakan semenjak RPD beroperasi dari tahun 2004.
Doakan kami direzekikan kesihatan dan umur panjang untuk adakan acara sebegini lagi dimasa akan datang.

Ucapan penuh takzim dari pihak pengurusan RPD kepada dif-dif VIP YBhg Tan Sri Dato' Hashim bin Meon-Pengerusi Jawatankuasa Dakwah MAIS (mantan Pengerusi Jwtnkuasa Riqab), YBhg Prof Dr. Salasiah binti Hanin Hamjah-Pengerusi Jwtnkuasa Riqab, En. Ahmad Muhidin Dasuki-Ketua Kampung & Pengerusi JPKK Kg Jln Kebun, Ust Fadzirul Akmal-Ketua Bhgn Pemulihan Riqab, Ust Mohammad-Pengajar & Pembimbing Kelas Asnaf Riqab RPD, Tn Hj Faizal-mewakili ahli keluarga penghuni, wakil dari Jabatan Psikiatri HTAR dan Al-Fadhil Ustaz Hanafi yang sudi bermuamalat dengan kami di majlis semalam.

Tidak dilupakan para tetamu dan ahli keluarga yang hadir, maaf dari kami tidak dapat menjemput lebih ramai tetamu di atas kekurangan ruang 'parking'.
Semoga semua tetamu tidak serik menyantuni kami lagi 😊.
Terima kasih Ustaz Hanafiah di atas perkongsian tazkirah yang penuh makna - tak puas kami mendengarnya.
Terima kasih pihak katering masdliciousncatering yang ohsem πŸ‘. Terima kasih emcee yg sporting & wargakerja RPD serta penghuni yg membantu.
Kami sayang semua 🀝

Azli Bajuri

Alhamdulillah, 30092025 Pengusaha-pengusaha RPR serta pegawai-pegawai Bahagian Pemulihan Riqab bergambar kenangan bersam...
01/10/2025

Alhamdulillah,
30092025

Pengusaha-pengusaha RPR serta pegawai-pegawai Bahagian Pemulihan Riqab bergambar kenangan bersama Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor YAD Senator Dato' Setia Hj Salehuddin Bin Saidin, YBhg Prof. Dr. Salasiah Binti Hanin Hamjah dan Dr. Hjh. Norraini Binti Nordin usai Perjumpaan Pengerusi MAIS bersama Pengusaha RPR.

Terima kasih YAD Dato yang sudi meluangkan masa mendengar keluhan dan lelah kami dalam menyantuni pelatih dan penghuni di rumah penjagaan yang telah lama kami usahakan. Semoga usaha kami selama ini membantu komuniti sejagat terus mendapat sokongan MAIS dan masyarakat.

Address

Seksyen 30
Shah Alam

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00
Friday 10:00 - 16:00
Saturday 10:00 - 12:00

Telephone

+60192625114

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Penjagaan Damai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category