16/11/2020
Sakit Lutut Di Kalangan Kanak-kanak
==============================
Kenapa Ia Selalu Berlaku?
Ada dua sebab utama
- Semakin menjangkau usia, mereka semakin terlibat dengan aktiviti fizikal dalam sukan/rekreasi dan menyebabkan mereka terdedah kepada risiko kecederaan
- Semasa usia ini, mereka mengalami pertumbuhan tulang yang pesat menyebabkan kecenderungan mengalami sendi dan otot yang kaku (stiff) dan lemah.
Apa gejala lain yang berlaku bersama-sama sakit lutut?
- “ Locking” – sendi ter’kunci’ atau tersangkut dalam 1 posisi (tidak boleh melurus atau membengkokkan lutut
- “instability” – ketidakstabilan lutut (lutut longgar) di mana pesakit akan merasa lutut itu lemah dan seperti akan tercabut
- Kesakitan lutut itu bertambah dengan melakukan aktiviti fizikal, dan jika terlalu teruk menyebabkan pesakit tidak bole berdiri atau berjalan.
Apakah Penyebab Utama Sakit Lutut Di Kalangan Kanak-kanak?
- Patellofemoral Pain Syndrome : sakit di tempurung lutut disebabkan terlebih aktiviti
- Patellar/knee instability : berpunca dari tendon patella yang terlalu longgar
- Inflamasi Tendon Patella : disebabkan kecederaan pada tempat perlekatan tendon patella pada tulang
- Referred pain from hip/spine : sakit yang berpunca dari sendi pinggul atau tulang belakang
Bila Anda Perlu Bawa Anak Yang Sakit Lutut ke Pakar Ortopedik?
- Bila berlaku kecederaan atau kemalangan yang serius
- Kesakitan lutut yang berpanjangan lebih dari 2 minggu
- Lutut yang tidak boleh bergerak (‘jammed’) – mungkin disebabkan “locking” pada lutut
- Kesakitan terlampau sehinggakan tidak bole berdiri atau berjalan
- Sakit melibatkan sendi-sendi lain, atau beserta simtom hilang berat badan atau selera makan